Monday, August 11, 2025

Hero Lunch SA Hari Ini, Masak Lemak Cili Api Ikan Keli

Assalamualaikum...

Dah makan ke tu?

Ada tak rasa macam ni...tengah hari, perut mula berbunyi, buka bekas makan, terus semerbak bau lauk kegemaran? Itulah moment bahagia SA hari ini..😂😂

Hari ni bekal SA simple je tapi cukup buat hati rasa gembira..ecehhhhh...Dalam bekas, ada nasi sesenduk cukup-cukup untuk alas perut, tak lebih tak kurang. Teman dia, sayur buncis goreng yang rangup dan manis semula jadi, ditumis ringkas saja dengan bawang dan ikan bilis ..

Paling istimewa, ada lauk hero ikan keli masak lemak cili api! Kuahnya pekat, pedasnya sedang-sedang, tapi cukup buat makan sampai licin. Aroma santan dan cili tu memang menggoda betul..bila lauk MLCA korang tau la sape yang masak kan? Itu memang speciality dia tu..



Nasi sesenduk...


Masak lemak cili api ikan keli (terima kasih adik SA Ateh sebab bagi ikan keli)


Kadang-kadang, bekal yang simple macam ni la yang paling sedap. Bukan saja jimat, tapi puas hati sebab kita tahu rasa dia memang ikut selera sendiri.

Kalau korang la, apa lauk wajib ada dalam bekal? 

Jom kongsi, mana tahu boleh tambah idea untuk bekal SA esok...SA tengah buntu ni x tau nak masak apa esok...dalam fridge ada udang dan sotong kalau x salah.

Ingat nak buat sambal ikan bilis macam.sambal nasi lemak tu...tgok la apa yang jadi malam karang...silap hari bulan PZ masak lagi...


5 comments:

  1. Hari tu nampak dalam Mind Your loghat mamak puteh masak mee sotong versi orang penang. Macam sedap je. Pz pun masakan tetap tip top. Udang masak sambal perghhh sodap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, saya suka masak lemak ikan keli. Nanti nak cari ikan keli.
    Saya pun tak de idea masakan untuk bekal SA. Dalam freezer saya di belakang, ada ikan nyok nyok. Cadangnya nak buat asam pedas je.

    ReplyDelete
  3. Mmg ngam MLCA dgn kacang buncis tu...

    ReplyDelete
  4. setakat hari nie..memang main dish kita ayam lah.. hahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah