Saturday, August 16, 2025

Kopek/Belah Sendiri Ikan Bilis, Mana Satu Pilihan?

Assalamualaikum..

Kalau bab ikan bilis ni, memang ramai ada “team” masing-masing. Ada yang suka beli siap kopek sebab senang balik rumah terus boleh masak. Ada juga yang macam SA, lebih puas hati bila kopek sendiri.

Bukan sebab nak menyusahkan diri, tapi ada rasa 'satisfying' bila tengok hasil tangan sendiri. Lagi satu, hati pun yakin ikan bilis tu betul-betul bersih. Kadang-kadang bila buat sendiri, kita boleh pilih yang elok-elok, buang yang tak berapa cun.

SA suka beli ikan bilis belum siap kopek dari Tik Tok. Seller pilihan adalah dari Tanjung Dawai atau Lumut. Ikan bilis sana besar-besar dan fresh..Cantik bersih, bila goreng dia akan rangup lama ..





Orang Kata Ikan Bilis Lauk Kecil, Tapi Ada Kisah Besar Di Sebaliknya

SA teringat arwah Mak dulu. Dia memang suka beli ikan bilis yang belum dikopek. Aktiviti kopek ikan bilis tu macam satu “ritual” dia. Kadang-kadang sambil duduk depan TV, kadang sorang-sorang di meja makan. Sambil kopek sambil borak, sambil tu ada jugak seketul dua yang terus masuk mulut. Hahaha. Simple je, tapi sampai sekarang kenangan tu lekat dalam kepala.

Bila SA buat benda yang sama hari ni, rasa macam dekat balik dengan Mak. Walaupun nampak remeh, sebenarnya itu antara memori kecil yang buat kita rasa hangat dengan kasih sayang dia. Rindunya kat arwah Mak...sorry..meleleh plak airmata..korang yang masih ada maknayah..kumpul kenangan banyak-banyak..record video banyak-banyak..bila dah xde boleh imbau kembali dengan tengok gambar dan video..SA ada banyak gambar tapi x banyak video...

Lagipun, kopek ikan bilis ni kadang boleh jadi “me time” juga. Sambil tengok drama, sambil bersembang dengan family tangan tetap jalan.

Sekilo ikan bilis, sejuta kenangan.

So… korang team mana?
👉 Team beli siap kopek?
👉 Atau team puas hati kopek sendiri?

Bagi SA, kopek ikan bilis bukan sekadar kerja dapur tapi kenangan manis bersama arwah mak yang kekal dalam ingatan...kan?

8 comments:

  1. Cie suka kopek sendiri & akan belag jadi 4 seekor tu. Kalau beli yang siap kopek tu selalunya belah 2 je & masih ada lagi tulang melekat.

    ReplyDelete
  2. Team siap kopek😅
    Ada juga beli yang tak kopek tapi bilis yang kecik².

    ReplyDelete
  3. Masa kecik2 dulu selalu dikerah kopek ikan bilis. Time tu rasa bosan je....bila dah besar pilih ikan bilis siap kopek je la....nak lalui mengopek ikan bilis tu macam tak sanggup dah.

    ReplyDelete
  4. suka beli yg belum kopek...akk suka kopek sorang2..."me time" gitu...healing..

    ReplyDelete
  5. Mak-mak kita memang suka amalkan kopek ikan bilis ni. Nampak dia tengah kopek tu, kita tolonglah sekali. Syok jugak kadang. Tapi kalau saya, tak ada masa beli yang dah siap kopek je. So saya team beli siap kopek.

    ReplyDelete
  6. kita team beli kopek sendiri. memang sama dgn arwah mak kakSA, kopek sambil layan drama, hahaaa. kdg kerah adli-arrizqi kopek, biasanya byk masuk mulut.

    ReplyDelete
  7. Masa kecik-kecik dulu memang suka tolong mak kopek ikan bilis, sesekali masuk sekor dua dalam mulut. Sejak duduk LD tak pernah kopek sebab memang beli yang siap kopek.

    ReplyDelete
  8. MZ memang beli bilis yg dh siap kopek/dh dibelah2

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah