Saturday, August 23, 2025

Resepi Sambal Ayam Penyet

Assalamualaikum...

Selain dimakan dengan ayam penyet, Sambal Penyet juga sesuai dimakan bersama aneka lauk-pauk yang lain. Bahkan jika makan dengan telur dan nasi putih saja pun pasti terasa kenikmatannya.

Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi sambal ini pula.

SA jumpa  kat FB resepi sambal ayam penyet ni, copy dah share kat sini..kalau korang nak save resepi pun ok...ambik je kat sini ok...SA makan kena ada sambal..xde sambal memang tak sedap...



Resepi yang dikongsikan oleh Cik Kikie ini dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Memang akan auto jatuh cinta! Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya!

Bahan-bahan:

  • Cili hidup merah 3 tangkai
  • Cili api kampung ½kg
  • Bawang besar 4 biji (saiz sederhana) boleh guna bawang merah kecil juga kalau tak nak bawang besar
  • Bawang putih 4@5 ulas
  • Tomato 1 biji
  • Belacan ½ inci (boleh letak lebih jika suka)
  • Ikan bilis lebih kurang segenggam
  • Minyak
  • Garam
  • Ajinomoto/perasa (kalau suka)

Cara-cara:

1. Goreng cili merah, cili api kampung, bawang besar, bawang putih, tomato, belacan dan ikan bilis sehingga layu dan garing.

2. Boleh angkat dan biarkan sejuk seketika. Seterusnya kisar tanpa letakkan air. Kalau nak tumbuk pun boleh, lebih sedap. Pastikan jangan kisar/tumbuk terlalu halus.

3. Kemudian, guna minyak yang sama tadi, tumis semula sehingga sedikit garing. Perasakan dengan garam dan ajinomoto/kiub ayam jika suka.

4. Tak perlu letak gula sebab tomato dan bawang besar dah cukup manis. Tapi terpulang pada selera masing-masing, boleh letak gula jika suka.

5. Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Selamat mencuba!

Sumber: Cik Kikie


3 comments:

  1. Cili padi 1/2 kg mesti pedas tu. Walau ada bawang besar dan tomato tapi tetap rasa pedas. Kalau saya memang kena bubuh gula.

    ReplyDelete
  2. Saya termasuk yg tak bisa tanpa sambal, kecuali memang makanannya tak perlu sambal macam pasta. Tapi kalo dah bab makanan Melayu dan Indonesia, sebisa mungkin pedas lah 😄😄. Jadi sambal wajib selalu ada di rumah

    ReplyDelete
  3. Banyak juga kuantiti bahan esp cili padi tu .. boleh buat stok banyak² la ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah