Tuesday, January 20, 2026

Dania Bedah ikan Keli Untuk Kajian.

Assalamualaikum wrt...

SA dah start kerja hari ni...alhamdulillah suami pun dah dalam.keadaan baik...nasib x berpanjangan tekanan darah tinggi dia...ntah apa yang di stress kan x tau la...semalam jugak Dania hantar gambar...dia bagi SA homework untuk buat...kata blogger tegar kan soa dia bg banyak homework..SA x siapkan lagi homework SA sebab mama dia ni ada keja hakiki..time x busy boleh la buat..

Semua pun tahu yang Dania sekarang ni sedang menyambung pengajian Degree Business Management in Agriculture di UCAM. Kursus yang mungkin bunyinya sedikit berbeza berbanding bidang popular lain, tapi sangat dekat dengan realiti dan masa depan.

Semalam Dania hantar gambar mereka sedang membedah ikan keli. Terus SA tersenyum antara bangga dan sedikit geli..macam rare kan..selalunya bedah katak atau tikus kali ni bedah ikan keli..first time la SA tengok sesi kajian menggunakan ikan keli.














Tujuan pembedahan itu adalah untuk kajian jantina ikan keli, sama ada jantan atau betina, dan dalam masa yang sama mereka belajar mengenal organ dalaman ikan serta fungsi setiap organ. Nampak mudah bila cerita, tapi sebenarnya ia perlukan fokus, keberanian dan kesungguhan untuk belajar secara praktikal..Dania cakap dia tak berani nak pegang tapi sebab perlu belajar so kena la buat...

Inilah yang SA nampak beza bila Dania ambil course ni. Pembelajaran bukan sekadar teori dalam kelas, tapi terus turun ke lapangan, sentuh, lihat dan faham dengan mata sendiri.

Sebagai Mama, SA mungkin tak faham semua istilah saintifik yang mereka belajar. Tapi bila lihat usaha dan kesungguhan Dania dan kawan- kawannya, SA tahu mereka sedang belajar sesuatu yang bermakna untuk masa depan mereka.

Kadang-kadang ilmu itu berbau tanah, berlendir ikan, dan tidak kelihatan glamor. Tapi dari situlah lahirnya kefahaman sebenar tentang kehidupan, makanan dan kelestarian.

Doa SA sama seperti selalu..semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat, bukan saja untuk kerjaya, tapi juga untuk manusia dan alam.

Jumpa lagi next entry.
 


9 comments:

  1. Unik dan menarik ni SA....Dania saya so far bedah kambing dan pernah masa asasi bedah burung puyuh. Tapi bab burung puyuh tu sedih sikit sebab lecturer kata dia baru makan pagi tu. Moga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua Dania kita ya?.

    ReplyDelete
  2. nasib baik bedah ikan keli,Dania plk dah biasa siang ikan...kalau bedah katak acik tak sanggup nak tengok...huhu

    ReplyDelete
  3. Aduhaiiii dania. Bedah ikan keli lah pulak. Kalau acik notie lah bedah ikan keli ni lepas tu bagi tabur garam dan kunyit terus buat goreng. hehehehe makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  4. Bila bedah ikan ni teringat masa akak amali biologi time SPM. Masa tu soalan mengenai ikan dan jagung. Kena bedah ikan dan lukis bahagian dalam ikan. Yang kelakornya kawan akak dia bedah ikan tu lepas tu di sangnya bagi bersih. Bila tenguk kawan sebelah lukis bahagian dalam ikan baru dia kelam-kabut ambik balik sirip dan insang iakan yang dia dah buang. Lepas tu jagung tumbuk kasar-kasar dan uji apa dalam jagung tersebut. Yang kalakornya bila time kawan akak tumbuk jagung lesung kaca tu ok. Sekali bila bagi kat akak (Satu meja share berdua peralatan sains) sekali tumbuk je jagung terus pecah lesung kaca tersebut. Bila tunjuk kat cikgu penjaga riak muka dia macam terkejut dalam hati agaknya YA Allah ganas sungguh budak ni menumbuk jagung pun boleh pecah lesung kaca. Kawan sebelah akak dah kekeke gelakkan akak tapi sebab tengah ujian amali SPM terpaksa tahan. Bila balik hostel apa lagi masing-masing bantai gelakkan akak dan kawan yang siang ikan kasi bersih. Memori time exam SPM dolu2

    ReplyDelete
  5. Menarik pulak course dania ni ada bedah² pulak.. lepas bedah tu boleh goreng ke tak? hehehe.. gurau je... semoga kak SA & husband cepat sihat ye

    ReplyDelete
  6. Ikan keli jantan ni sebab takde telur.

    ReplyDelete
  7. bedah ikan ok lagi..kalau kena bedah benda2 besar, seriau la menengoknya heheeh

    ReplyDelete
  8. terus teringin ikan keli goreng la pulak hehehhe

    ReplyDelete
  9. Menarik juga course Dania ni ye. Tak terfikir pula pasal usus ikan, testis. Biasa selalu sebut buat insang dan perut ikan. hehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah