Wednesday, February 4, 2026

First Time ke Tanjung Karang & Kenduri Orang Jawa

Assalamualaikum wrt...

Minggu lepas, SA dan keluarga berkesempatan ke Tanjung Karang untuk menghadiri kenduri kahwin kawan kepada Dania. Terus terang, ini memang first time kami jejakkan kaki ke sini… dan lebih menarik, first time juga menghadiri kenduri orang Jawa.

Rupa-rupanya, majoriti masyarakat di kampung ini terdiri daripada orang Jawa. Dari saat kami sampai, suasana kampung tu sendiri dah buatkan kami rasa lain macam tenang, sederhana dan penuh dengan nilai kekeluargaan. Memang seronok dapat explore budaya yang berbeza, walaupun masih dalam negara sendiri. Masyarakat nya memang sentiasa bantu membantu..seawal 11am dah ramai yang datang kenduri...



semasa dalam perjalanan


tengok la PZ tu...


ntah macam mana boleh sedondon warna navy blue, SA, Suami, PZ dan kawan kolej Dania


Wajib la bergambar..yang lain2 ntah mana ntah


suami hilang x tau kat mana..so tarik PZ bergambar sekali..Dania dah jumpa kawan dia terus hilang la..


Bab makanan… memang tak mengecewakan langsung. Semua yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Dari lauk pauk sampai ke kuih-muih, rasa dia lain sikit daripada kenduri yang biasa kami hadiri. Ringkas tapi kena dengan tekak. Makan pula ramai-ramai, makin bertambah selera.

SA lupa snap pinggan nasi kami...lauk pauk pun sedap...ada sambal goreng jugak...


Cakoi


Cendol


Cucur udang dan keladi goreng




cakoi


comel je cucur udang dia


Pelamin yang indah


Goodies...

Paling kelakar bila terdengar perbualan orang kampung yang semuanya menggunakan dialek Jawa. Kami sekeluarga hanya mampu berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Memang betul-betul menganga, sebab satu patah pun kami tak faham 😂 Tapi dari nada dan gelak tawa mereka, jelas terasa keakraban dan kemesraan komuniti di situ.

Pengalaman ni memang membuka mata betapa kayanya budaya yang ada di sekeliling kita. Kadang-kadang tak perlu pergi jauh pun untuk rasa pengalaman baru. Cukup sekadar keluar dari zon biasa, kita dah boleh belajar dan menikmati sesuatu yang berbeza.

Insya-Allah, kalau ada rezeki dan peluang, memang nak datang lagi ke Tanjung Karang.

Lepas kenduri ni kami terus ke Sekinchan....bawak PZ jalan- jalan.


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah