Assalamualaikum wrt...
Petang semalam...lepas masak-masak..adik- adik nak buat lauk frozen, dalam pukul 6pm macam tu kami 34 beradik ke kubur arwah mak..sekejapan aje jiran- jiran mak dah bertambah...sedikit keliru nak cari kubur mak...bukan x jenguk..selalu jenguk tapi keliru sebab kebanyakkan jiran- jiran mak semua dah buat kepuk...dah cantik..termasuk rumah mak sekarang..Abah jaga elok hari- hari datang....sebelum ni pokok bunga tu macam nak mati..bila PZ jaga...tengok- tengok dah cantik balik..hari tu macam mati sekejap sebab PZ x sihat..so jarang datang ziarah kubur mak..sekarang dah rajin dah...
Kalau SA galau di hati..SA akan ke kubur mak...kat sini SA rasa tenang...berbual dan meluahkan walau mak tak pernah membalas...Al-Fatihah selalu SA sedekahkan..semoga arwah mak damai di sana....
Abah anjakkan batu dari keliling pokok tu...tambah tanah baru pokok tu bernyawa semula..sebab batu- batu tu punca pokok tu hampir mati..
Tihani first time datang ziarah Uwan...terpinga- pinga dia x faham...hehehe..
Masa ni hujan turun plak dah...so kami x dapat nak berlama- lama kat sini...
Balik la...hari dah hujan...
Hujan makin lebat plak...risau kena anak- anak nanti demam kan...so kami pun gerak balik..boleh tahan gak basah SA...Dah la dari pagi SA perit tekak macam nak start batuk...asal bulan 2 aje mula la x sihat...geram betul..siapa ingat? bulan 2 ke bulan 3 tahun leps SA warded lama kat hospital...ni SA jenuh pulun makan ubat x nak la demam teruk dan batuk teruk..sebab SA ni dah x boleh makan antibiotik bentuk tablet..kena antibiotik yang disuntik melalui urat atau salur darah..berdoalah supaya tak batuk teruk...ni dah start batuk jenis yang gatal tekak tu...dan siap ada phlegm dah...rimas dah SA..kejap- kejap nak ke toilet buang...
SA sebenarnya ada kat office ni..SA akan cuti Khamis nanti je sebabnya nak ke KWSP uruskan yuran pembelajaran Dania...lepas tu puasa pertama kan..nak la masak sedap2 sikit first day berbuka berempat...













No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......