Friday, February 27, 2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Ex - GCEO Meninggal Dunia

Assalamualaikum wrt...

Seawal subuh selepas sahur tadi kami warga Malakoff dikejutkan dengan berita perginya Mantan GCEO kami Hj Anwar Sharin Bin Dato' Abdul Ajib...sana sini bertubi-tubi messages di group WhatsApp..

Arwah meninggal di hospital pukul 3 am lebih hari ini...

“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
"Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia.”
Al fatihah telah dibaca.

Semoga roh Allahyarham Hj. Anwar Syahrin bin Dato' Abdul Ajib dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.. 

Amiinn ya mujib..

Rezeki arwah meninggal di bulan Ramadhan yang mulia..




 اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Hj. Anwar Syahrin bin Dato’ Abdul Ajib (C90) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.17 pagi, Jumaat 27 Februari 2026 / 9 Ramadan 1447.

Aturan selanjutnya:

- 9.30 pagi: Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

- Solat Jenazah sebaik selesai Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

- Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan Allahyarham bersama kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

 آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah