Wednesday, April 29, 2026

Luahan Hati SA Yang Burn Out..

Assalamualaikum wrt....

Hi korang....Entry ni lebih kepada luahan perasaan aje...harap korang tak bosan baca ye sebab jarang- jarang SA luahkan perasaan macam ni...layankan aje la SA ni  ye..sebab SA yakin korang pun rasa apa yang SA rasa...

Dulu SA ingat bila dah dewasa, hidup akan jadi lebih bebas..Tak ada siapa nak larang, boleh buat keputusan sendiri dan macam- macam lagi..Tapi SA tak tahu..rupanya adulthood datang sekali dengan penat yang tak nampak. Bukan mengeluh, tapi realisation benda yang dulu kita bayangkan lain, tapi realitinya berbeza. Dulu selalu boleh jumpa dan berkumpul adik beradik..sekarang semua dah berkeluarga dan jarang berjumpa, semua ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri..berhubung melalui telefon aje...berkumpul time perayaan aje la...

Kat tempat kerja fikir tentang workload, hubungan dengan Boss dan rakan sekerja, adakala OK adakala tak ok, macam- macam perangai kan..Bila balik kerja nak rehat...tapi otak masih "ON" ada je benda nak kena fikir. Penat yang bukan sekadar fizikal, tapi lebih kepada mental. 



Ada hari, SA balik kerja badan memang letih, tapi yang lebih penat sebenarnya fikiran. Macam-macam benda bermain dalam kepala, adakala fikir kerja yang belum settle, benda yang kena fikir untuk esok, dan kadang-kadang… perkara yang kita sendiri pun tak tahu kenapa kita overthink.

Dulu juga SA ingat, bila dah ada income sendiri ni, bolehlah beli apa yang kita nak tanpa fikir panjang (bertuah kalau dapat). Reality dia, duit memang ada tapi komitmen lagi banyak. Dengan bil, tanggungjawab, perancangan masa depan semua tu datang sekali tanpa kita sedar. Akhirnya kita belajar, bukan semua benda kita boleh ikut kehendak. Ada masa, kita kena dahulukan keperluan bukan kemahuan.

Satu lagi yang SA tak expect adalah masa dengan orang tersayang makin limited. Dulu senang nak jumpa kawan, nak plan outing, semua pun ON. Sekarang, nak cari masa yang semua free pun dah jadi satu cabaran. Weekend pula kadang bukan untuk berjalan, tapi untuk recharge balik tenaga yang dah habis sepanjang minggu. Kadang weekend pun dah penuh dengan program sedia ada..

Dalam masa yang sama, SA juga belajar tak semua benda kita boleh explain pada orang. Ada perkara yang kita simpan sendiri, bukan sebab tak nak share, tapi sebab kita tahu tak semua orang akan faham. Dan di situ, kita mula belajar untuk jadi lebih kuat dan lebih quietly.



Tapi kan di sebalik semua tu, ada satu benda yang SA tak sangka sebenarnya..small things actually matter more sekarang.  Moment kecil macam dapat duduk diam lepas hari yang panjang, minum kopi tanpa rushing atau makan malam simple dengan orang tersayang. Semua tu rasa cukup kan?

Dan mungkin yang paling besar sekali..

SA ingat orang dewasa ada semua jawapan.

Rupanya tidak ye...Sebenarnya kita semua masih figuring things out..almost setiap hari masih belajar, masih mencuba jadi versi diri yang lebih baik, walaupun kadang rasa lost. 

Betul tak?

Adulthood memang tak seperti yang SA bayangkan macam dulu. Ia lebih sunyi, lebih mencabar, dan kadang-kadang memenatkan. Belum lagi anak-anak dah dewasa dan mula tinggalkan rumah untuk kehidupan mereka. Masa tu nanti lagi sunyi..sama macam apa yang PZ luahkan kat SA sebelum ni.. Tapi dalam diam, ia juga mengajar SA banyak perkara tentang sabar, tentang tanggungjawab dan tentang apa yang sebenarnya penting dalam hidup.

Mungkin kita tak ada semua jawapan sekarang, tapi MUNGKIN itu pun tak apa..Sebab dalam proses mencari jawapan tu…kita sebenarnya sedang menjadi DEWASA...

SA sendiri pun masih belajar, masih cuba faham kehidupan ni satu per satu. Masih figuring things out, sambil cuba jadi lebih baik daripada semalam. Adulthood memang tak seperti yang SA bayangkan dulu.

Ia lebih sunyi, lebih mencabar, dan kadang-kadang lebih memenatkan.


**Apa la yang SA luahkan ni...sorry ye kawan- kawan...ada masa memang kita burn out...ni la berlaku kat SA minggu ni...selalu 2-3 entry blog kan..ni semangat blogging tu macam sedikit merudum..semalam 1 entry je..hari ni dan esok SA akan busy dengan AGM di Hilton Shah Alam, Glenmarie..SA berkampung bermula hari ni...bakal tambah penat lagi..tapi fikir KPI...kena la hadap jugak...


20 comments:

  1. Samalah kak.. Sha pun tak sangka yang dewasa tu lebih penat dari menjadi kanak-kanak.. Kadang tu bukan nak mengeluh tapi meluah rasa..

    Bagus juga diluahkan.. dari tersimpan dan di pendam.. Semoga yang baik-baik sahaja buat akak.. Lots of love.. Virtual Hugs for you..

    ReplyDelete
  2. kak...don't overthink. kadang-kadang jadi macam ni sebab kita terlalu banyak berfikir.

    ReplyDelete
  3. ambil sedikit masa cuba tenangkan fikiran, tarik nafas dalam2 & hembus perlahan2. InsyaAllah semuanya akan baik2 je. memang kadang2 jadi kanak2 lagi bagus tak payah fikir segala komitmen.

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudah kan semua urusan SA. Hugs.

    ReplyDelete
  5. Kadangkala kalau kita buat small things tapi lebih bermakna jauh lebih baik. Adulthood tidaklah seperti yang kita jangkakan, pasti ada pasang surut dia.

    Kak SA kalau penat rehat la dulu, ambil nafas panjang2 dan tenangkan fikiran. Memang bagus kalau kita meluahkan, ianya juga satu terapi. Jangan disimpan lama2, nanti sakit.

    ReplyDelete
  6. Saya juga seorang wanita dewasa, faham apa yg SA alami. Pengalaman adulthood seseorang berbeza-beza. Semoga Allah SWT memudahkan urusan SA dalam setiap hal.

    ReplyDelete
  7. Moga baik2 ajer SA....buat satu satu kerja tu....bila banyak benda kita kena buat satu2 masa jadi serabut juga. Tarik nafas dan lepaskan...you can do it!!!

    ReplyDelete
  8. Antara reason saya nak travel dan travel sebab ini jugalah.. melepaskan beban di kepala sbb burn out dgn urusan kerja dan sekeliling huhuu.. apa pun sy doakan moga dipermudahkan segala galanya buat SA..

    ReplyDelete
  9. Betul lah kak. Dewasa itu artinya tanggung jawab makin berat. Hidup makin sunyi. Dulu saya pun merasa, saat masih kerja, balik rumah malam, penat, tp masih banyaak yg dipikirkan. Paling seram, kalau sampai terbawa mimpi. Bangun tidur pun bukan fresh badan, tapi makin penat.

    Dah resign, mungkin kecemasan saya ttg pekerjaan memang berkurang. Tapiii saya lebih sepi. Dan baru sadar kalau teman2 kantor itu hanya sebatas dekat di kantor. Begitu resign, bye... Tak ada lagi yg namanya teman dekat 😄. Jarang sangatpun saya msh berhubungan dengan mereka.

    Teman dekat saya tetap balik ke travelmates dan suami. Hidup JD makin sunyi kan.

    Namun, adakalanya saya happy dengan kesunyian. Justru makin tenang... Ntah apa yg sebenarnya saya mau nih 🤣.

    ReplyDelete
  10. Semoga tenang-tenang je Kak SA...
    Takpe kadang-kadang kita luahkan apa-apa yang tersangkut dalam hati...proses of healing...In sha Allah OK nanti-nanti (semoga boleh kurangkan burnout tu)...

    ReplyDelete
  11. ada masa memang kita akan rasa burn out..itu normal..cuma jangan berpanjangan..
    memang bila fikir2.. seronok masa kanak2.. main,makan,belajar, kena marah.. esok nya ulang lagi benda tu.. hahahha

    ReplyDelete
  12. Stay strong sis. Sharing is caring =D. Kdg2 meluah pd tempat yg betul mmg bleh buat kita rasa tenang sikit =D

    ReplyDelete
  13. Semuga Allah mempermudahkan urusan SA. Masa akak muda-muda dulu struggle dengan banyak benda memang kepala otak fikir macam-macam. Tapi bila semakin berusia apa juga rintangan yang datang akak cuba anggap dan fikir mana yang ada je. Penat fikir yang kadang kala ianya sebenarnya mudah tapi sebab terlalu fikir ianya jadi susah. Akhirnya lepaskannya dan anggap ah malaslah nak fikir. Nak tenang-tenang je dalam apa juga keadaan walaupun sebenarnya sekeliling kita hiruk pikuk dengan manusia dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  14. burn out tu normal bg org yg berkerjaya kak.. yg penting cara kita manage.. kalau dh exhausted sgt mental tu betterlah ambik cuti.. healing duduk rumah, tdo, x perlu ke mana pun xpe.. sy selalu buat mcm ni jugak.. cuba kalau balik keja jgn fikir dh keja opis, try lah.. take care kak

    ReplyDelete
  15. Allahu Akbar!
    Pagi tadi, sebaik buka mata, terus termenung. Hati berbisik... apa sebenarnya yang aku ingin cari dalam hidup ini?
    Semoga kita semakin matang dan dewasa dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mudah-mudahan Allah sentiasa lapangkan dada kita. Amin.

    ReplyDelete
  16. Akak pinjam kan mata untuk baca... nak pinjamkan bahu jauh pula.
    Nak komen tak reti.
    Ajomlah kita tidak mengejar kesempurnaan dan cuba hidup tenang²

    ReplyDelete
  17. burnt out tu norm jer cuma kita kena handle it wisely..kita semua human beings, ada limitation masing2...may Allah ease for u. hugs utk SA. MZ tgh countdown nak fly dah ni weekend ni

    ReplyDelete
  18. Harini saya stress kt tmpt kerja.. bila baca entry akak yg ni, rasa berkolam pulak mata ni.
    Bila stress keje, lepastu mulalah fikir benda2 yg negatif, kenapa tak itu kenapa tak ini haha penatt..

    ReplyDelete
  19. Bila dapat luahkan pasti akan rasa lebih lega dan ringgan sikit. betul tak?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah