Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Wednesday, April 29, 2026

Luahan Hati SA Yang Burn Out..

Assalamualaikum wrt....

Hi korang....Entry ni lebih kepada luahan perasaan aje...harap korang tak bosan baca ye sebab jarang- jarang SA luahkan perasaan macam ni...layankan aje la SA ni  ye..sebab SA yakin korang pun rasa apa yang SA rasa...

Dulu SA ingat bila dah dewasa, hidup akan jadi lebih bebas..Tak ada siapa nak larang, boleh buat keputusan sendiri dan macam- macam lagi..Tapi SA tak tahu..rupanya adulthood datang sekali dengan penat yang tak nampak. Bukan mengeluh, tapi realisation benda yang dulu kita bayangkan lain, tapi realitinya berbeza. Dulu selalu boleh jumpa dan berkumpul adik beradik..sekarang semua dah berkeluarga dan jarang berjumpa, semua ada tanggungjawab dan kehidupan sendiri..berhubung melalui telefon aje...berkumpul time perayaan aje la...

Kat tempat kerja fikir tentang workload, hubungan dengan Boss dan rakan sekerja, adakala OK adakala tak ok, macam- macam perangai kan..Bila balik kerja nak rehat...tapi otak masih "ON" ada je benda nak kena fikir. Penat yang bukan sekadar fizikal, tapi lebih kepada mental. 



Ada hari, SA balik kerja badan memang letih, tapi yang lebih penat sebenarnya fikiran. Macam-macam benda bermain dalam kepala, adakala fikir kerja yang belum settle, benda yang kena fikir untuk esok, dan kadang-kadang… perkara yang kita sendiri pun tak tahu kenapa kita overthink.

Dulu juga SA ingat, bila dah ada income sendiri ni, bolehlah beli apa yang kita nak tanpa fikir panjang (bertuah kalau dapat). Reality dia, duit memang ada tapi komitmen lagi banyak. Dengan bil, tanggungjawab, perancangan masa depan semua tu datang sekali tanpa kita sedar. Akhirnya kita belajar, bukan semua benda kita boleh ikut kehendak. Ada masa, kita kena dahulukan keperluan bukan kemahuan.

Satu lagi yang SA tak expect adalah masa dengan orang tersayang makin limited. Dulu senang nak jumpa kawan, nak plan outing, semua pun ON. Sekarang, nak cari masa yang semua free pun dah jadi satu cabaran. Weekend pula kadang bukan untuk berjalan, tapi untuk recharge balik tenaga yang dah habis sepanjang minggu. Kadang weekend pun dah penuh dengan program sedia ada..

Dalam masa yang sama, SA juga belajar tak semua benda kita boleh explain pada orang. Ada perkara yang kita simpan sendiri, bukan sebab tak nak share, tapi sebab kita tahu tak semua orang akan faham. Dan di situ, kita mula belajar untuk jadi lebih kuat dan lebih quietly.



Tapi kan di sebalik semua tu, ada satu benda yang SA tak sangka sebenarnya..small things actually matter more sekarang.  Moment kecil macam dapat duduk diam lepas hari yang panjang, minum kopi tanpa rushing atau makan malam simple dengan orang tersayang. Semua tu rasa cukup kan?

Dan mungkin yang paling besar sekali..

SA ingat orang dewasa ada semua jawapan.

Rupanya tidak ye...Sebenarnya kita semua masih figuring things out..almost setiap hari masih belajar, masih mencuba jadi versi diri yang lebih baik, walaupun kadang rasa lost. 

Betul tak?

Adulthood memang tak seperti yang SA bayangkan macam dulu. Ia lebih sunyi, lebih mencabar, dan kadang-kadang memenatkan. Belum lagi anak-anak dah dewasa dan mula tinggalkan rumah untuk kehidupan mereka. Masa tu nanti lagi sunyi..sama macam apa yang PZ luahkan kat SA sebelum ni.. Tapi dalam diam, ia juga mengajar SA banyak perkara tentang sabar, tentang tanggungjawab dan tentang apa yang sebenarnya penting dalam hidup.

Mungkin kita tak ada semua jawapan sekarang, tapi MUNGKIN itu pun tak apa..Sebab dalam proses mencari jawapan tu…kita sebenarnya sedang menjadi DEWASA...

SA sendiri pun masih belajar, masih cuba faham kehidupan ni satu per satu. Masih figuring things out, sambil cuba jadi lebih baik daripada semalam. Adulthood memang tak seperti yang SA bayangkan dulu.

Ia lebih sunyi, lebih mencabar, dan kadang-kadang lebih memenatkan.


**Apa la yang SA luahkan ni...sorry ye kawan- kawan...ada masa memang kita burn out...ni la berlaku kat SA minggu ni...selalu 2-3 entry blog kan..ni semangat blogging tu macam sedikit merudum..semalam 1 entry je..hari ni dan esok SA akan busy dengan AGM di Hilton Shah Alam, Glenmarie..SA berkampung bermula hari ni...bakal tambah penat lagi..tapi fikir KPI...kena la hadap jugak...


Tuesday, November 9, 2021

Jangan Jadi Pelangi Untuk Mereka Yang Buta Warna..

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA nak share sebuah cerita kawan SA...cerita benar tentang kisah percintaan dia yang SA rasa sangat- sangat menyedihkan..SA namakan dia A dan dia merupakan seorang wanita berkerjaya besar yang tidak pernah bercinta. Setau SA la dia x pernah ada sesiapa hinggalah dia ditakdirkan berjumpa dan berkenalan denga seorang lelaki rakyat Singapore.



A menghabiskan masa dengan belajar dan seterusnya menjadi wanita bekerjaya. Mengenali F yang merupakan pesakit kronik kanser darah. Mereka bercinta dari kejauhan kira macam PJJ la..hubungan mereka semakin hari semakin rapat cuma dipisahkan oleh seberang tambak sahaja. A di Johor Bharu dan F di Singapore. Disebabkan PKP yang melanda dunia rancangan untuk ke stage seterusnya dalam hubungan mereka terbantut. Namun mereka sabar dan F hari- hari akan call, text dan video call. Setiap hari never failed. Hubungan mereka berjalan lancar selama 5 bulan hingga lah suatu hari F menjauhkan diri. Tidak tahu apa punca dan A berserah sahaja. Apapun A tetap menyayangi F. A cuba hubungi tapi tidak dilayan. Whatsaap bluetick, call tidak berjawab dan ada masa declined. Maknanya F ada tetapi tak pedulikan A. A mengadu dengan SA dan SA banyak menasihati dia..akhirnya A nekad lupakan walau terpaksa melalui keperitan. 

A walau kecewa tetap meneruskan kehidupan seperti biasa..namun dalam hati masih mengharapkan keajaiban berlaku. Hari- hari dia akan update whatsaap status sebab  dia tau F akan skodeng status dia...pada dia cukup la macam tu. Dia nak F tau yang dia masih mengharap..3 bulan hubungan yang tiada titik noktah itu berlangsung. Giler kan?

Suatu hari A call SA..katanya F sakit tenat...sepanjang F senyap rupanya F sakit katanya. SA tanya dari mana dia dapat tau..ada bukti ke. A cakap dia nampak F update di sosial media dan whatsaap status..A tak semena- mena terus hubungi F dan F jawab. Pada SA mungkin ada sebab kenapa F buat macam tu memandangkan dia pesakit kronik Leaukimia. Mungkin dia tak nak A masih berharap pada dia yang mungkin tidak dapat membahagiakan A kan? 

Lepas dari itu hubungan mereka yang kono terputus di tengah jalan berlangsung kembali. SA happy tengok A kembali happy dan kembali bertenaga tidak seperti sebelum ni. Penangan cinta kan...

Tetapi!!!

Baru ni A hubungi SA semula...katanya apa yang diharapkan indah sampai bila- bila tu hanya permainan semata- mata. F kembali ke perangai asalnya sebelum ni. Tidak pedulikan A dan ignore semua cubaan untuk A hubungi dia. Sampai la F memuat naik di media sosial milik beliau yang dia sedang berbahagia dengan wanita yang bergelar kekasihnya sejak sekian lama. SA memang sakit hati sangat -sangat sebab A berikan SA bukti kecurangan F. SA x tau sebenarnya F ni berjanji atau tidak dengan A cuma apapun kisah antara mereka berdua, apa yang F buat ni pada SA memang kejam. Pengecut sebab berterus terang melalui sosial media.

Jadi macam mana dengan A. A yang selalu memberikan dia semangat, ambil tahu kesihatan dia...hari- hari bertanyakan keadaan dia? Kali ke 2 A kecewa. Kecewa yang x tau SA nak cakap macam mana. Semua media sosial F penuh dengan gambar- gambar kebahagiaan yang sedang F lalui sekarang. 

Sampai hati kan...pada SA la...kalau tak suka, jangan permainkan perasaan wanita. Kalau tak nak teruskan baik tak perlu teruskan dan berterus terang sahaja. 

A kembali kecewa. Tapi SA tau A kuat. kecewa bercinta ni sekejap aje...2 kali dipermainkan...SA hanya mampu memberi kata- kata peransang. SA hanya mampu memujuk. Selebihnya hanya A yang harus ambil langkah. SA pasti F akan cari A semula dan cuba menabur janji lagi. A kena berhati- hati...memang hubungan jarak jauh ni susah nak dipastikan kejujuran dia macam mana. Susah nak nampak kesetiaan. Nak pulak mereka tak pernah bertemu dua mata. Hanya call, msg dan video call. 

Semalam lepas borak dengan A, SA pesan kat dia..

"JANGAN JADI PELANGI UNTUK MEREKA YANG BUTA WARNA"

Semoga A terus tabah. 

Buat F...awak ada adik perempuan kan, awak mungkin akan ada anak nanti...allah akan balas perbuatan awak..walau bukan sekarang...tak mustahil akan datang....Ingat satu ye...semasa awak mengadu dan hilang semangat bila awak sakit tenat, awak cari A. Segala usaha A dah tunjukkan demi sayangnya dia pada awak. Tapi apa balasan yang awak berikan. Kalau awak nak cakap awak SENGAJA cipta content itu agar A tidak terus berharap dengan awak. Awak SILAP. Itu bukan caranya. Awak musnahkan harapan A dan tak mustahil akibatnya lebih pada A. 


Korang yang baca kisah ni macam mana?

Apa pendapat korang...


Wednesday, January 4, 2017

Peluang Laksanakan Tanggungjawab Sebagai Ibu

Semalam berjaya jugak laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang Ibu..semalam aku cuti so dapatlah siapkan bekal Dania pergi sekolah, sebelum ni rasa cemburu sangat dengan kawan blogger yang lain yang siapkan bento anak- anak diorang..setiap pagi..semalam aku dapat jugak pengalaman tu walau sehari je...dia pun tak nak bekal berat2 so buatkan sandwich sardine dan bekalkan sebotol air putih..kebetulan masih program orientasi so belum mula belajar lagi...tengok Dania happy je masuk form 1. Tanya gak dia nak mama temankan ke pagi tu...dia kata..alahai..kakak dah besar dah mama..tak yah la teman- teman...malu la kat kawan- kawan..Kalau korang kat tempat aku apa korang rasa?
Hahaha...bukan apa..nak gak la experience macam ibu bapa lain kan...temankan anak sessi persekolahan baru..lagipun form 1 kan..bukan darjah satu...so nak tak nak..aku ikut je la kehendak dia..kawan- kawan dia pun mak ayah tak datang teman...


bekal Dania ke sekolah...


Sandwich sardine

Sebelum pi sekolah tu memang temankan dia sarapan dulu...sekolah tak jauh dari rumah so bleh rileks lagi...loceng bunyi 7.20am..cikgu memang pesan...kena ada kat sekolah sebelum pukul 7.20 pagi...7.21 dah dikira lewat dan kena denda. Dendanya RM1...Bila citer kat mak pasal denda ni...mak cakap kejam betul pihak sekolah..tapi aku betulkan balik..sebenarnya bagus macam tu...boleh didik anak- anak murid menepati masa...semua tu untuk kebaikkan....

Haih dah Form 1 kakak Dania...sekejap je...macam baru je bulan lepas hantar dia masuk tadika...kalau boleh diputarkan masa dan akalau la aku ni tak sandang jawatan sebagai Ibu dan Ayah pada satu masa..sure aku dapat besarkan dia depan mata...sure aku dapat peluang hantar dia pi sekolah jemput dia balik sekolah...how i wish i could experience that..tapi tu la..perancangan allah tu maha hebat kan..kalau tak..tak dapat aku laksanakan tanggungjawab aku..kalau tak aku tak bekerja dalam company besar macam sekarang...pengorbanan aku tu dah terbalas dan aku dah buktikan ianya bukan sia- sia...moga allah permudahkan perjalanan aku seterusnya....

Tuesday, May 31, 2016

Cuti Sekolah Yang Suram Demi UPSR


Hi korang...
Cuti sekolah dah mula kan....tahun ni takde istilah bercuti bagi Dania..Dia kena focus UPSR bulan September nanti...Alahai kesian anAK mama..takpe la kakak..lepaskan exam dulu nanti lepas exam Kita pi bercuti kat Penang...
Aku sebenarnya tengah panas hati..Aku Tak tau macam mana nak lepaskan apa yg terbuku di hati..Ni tentang seseorang yg pertikai Aku cuti masa Mak Aku warded kat IJN last week padahal Aku tak report kat Dia pun..siap pertikaikan Aku takde adik beradik lain ke yg boleh take over..even Aku ada adik beradik lain pun..Tetap tanggungjawab aku selagi Mak aku hidup..lain la Mak Aku dah takde..time tu ko nak pertikai OK ko boleh pertikai..Takde perikemanusiaan langsung..
Kadang2 org yg jenis x faham Ni Agak kejam kan...bercakap atau bagi pandangan Tak fikir hati orang..Benda Tak kena kat batang hidung sendiri..Cuba kalau kena kat Dia..Agaknya apa yg dia rasa...

Haih lagi banyak Dia bercakap lagi Terserlah kebodohan Dia walau jawatan Dia lagi besar dari Aku...


Sunday, April 24, 2016

Mulut Longkang Memang Susah Ditutup

Hi korang...

Kadang- kadang kan aku tak faham kenapa sesetengah orang masih ada yang bermulut longkang...bertanyakan soalan - soalan yang kurang bijak terhadap sesetengah orang kan...nak plak soalan yang cepu emas tentang jodoh, tentang anak dan macam - macam la....

Contoh macam kat bawah ni kan....



Korang pernah alami?

Aku memang sentiasa alami la...dari awal kahwin dulu sampai la ni dah 11 tahun aku menjanda...pas tu macam biasa aku akan dapat soalan part jodoh jer la...

Sampai satu tahap aku malas nak join kenduri...

aku malas nak pi beraya...

Sampai satu tahap kalau ada orang datang rumah aku lebih rela duduk kat dapur dari duduk ngan diorang sekali...

tak faham aku kenapa dalam dunia moden ni masih ada lagi yang kuno tak reti nak jaga perasaan orang...

Mungkin diorang tak rasa kot kan?


Wednesday, November 4, 2015

Potong Leher Rakyat Marhaen Macam Aku......


Ini la yang aku alami sebagai seorang rakyat Marhaen...sangat-sangat terasa beban sebab untuk ke lokasi yang hanya 10 minit dari KL Sentral aku terpaksa bayar RM17....PANGGG!!!ini bukan mimpi ye kawan-kawan...bukan mimpi...ini betul -betul kejadian....

Semalam lepas balik dari training dalam pukul 5pm aku bergegas ke Menara UOA Jalan Dungun dan memang ini bayaran yang aku kena bayar...kot jauh amik masa 1/2 jam ke aku faham la...dengan traffic clear xde jammed...erm.....minyak dah naik harga kan...segala tambang pun dah naik harga...LRT..KTM...so nak cakap apa lagi kan....10 min kot lokasi aku pi semalam....nak naik bas Rapid aku tak tau bas no berapa..berenti kat mana...dah la sekian alam aku kena bayar RM17, driver taxi salah jalan plak...berentikan aku kat area Istana Baru...dah aku cakap ..Pakcik...saya nak pi menara UOA,bukan nak pi masuk Istana ni...pusing balik....tapi still kena berenti tepi jalan la sebab dia dah salah jalan....nak tak nak aku kena la melintas...masuk ke O'Briens sebelah CIMB kat Wisma Chase Perdana...malas aku nak mengamuk kang tak pasal-pasal glemer kena viral...so..aku dengan langkah diva pergi je la...sib baikmdah ada arah tuju..kalau takde memang terpinga-pinga la aku....

Lepas ni nak beli basikal la...BMX ke kan...tak pun basikal yang siap ada bakul kat depan kaler pink or pepel...bawak basikal la nak pi memana..senang...ye tak....tapi kalau naik basikal takleh pakai kain plak...nanti seksi...kena la plak pakai seluar je...

Sapa setuju aku beli basikal Pink???

Thursday, June 4, 2015

Sila Jeles!!! Untuk Tatapan Sahaja

Kenduri Udang Pemberian Nelayan

Hi korang...
Ye aku tau entry ni mmg kejam..yang hantar gambar  ni pun mmg kejam...dia saja je bagi aku gambar ni..mmg bikin panas....stress mak yg tgh stress ni ha....
Ni la keja adik aku malam tadi..tau la nelayan bg udang free sbb dia keja LKIM kat Penang....saje je dia provok aku kan sbb dia tau aku mmg hantu seafood...x pe...x pe...tayang la..... ( mmg tgh x puas hati)



Segar bugar udang ni...baru naik dari laut kot


Dia buat masak lemak cili api...

Suka la dia...selalu dapat ikan free, udang free....
Kalau aku dapat ni aku buat tom yam...x pun aku buat udang goreng butter....
Ermmmm....ni semua salah adik aku....tgpk..aku dh termengidam dah.....huh...mana nak cari ni......aku pun minggu ni xde...ermmm...


Tuesday, November 6, 2012

No..No...No....LAKI ORG not my taste

Sapa2 yang ada FB aku mesti perasan status yang aku update hari ni...

Meh aku kong si kat sini..

"Jgn nak tuduh aku macam2..LAKI ORG not my taste ok...marriage aku pernah runtuh..so..aku x kan runtuhkan marriage org lain..cukup la cik abg aku sorang ni aje...."

Kontroversi tak? hehehehe...

Ye..aku dalam dilema sekarang di mana aku di tuduh penyebab rumahtangga mereka bergoyah..aku yang x tau apa2 ni di jadikan bahan eksperimen...ko nak tgok sangat aku menggelabah eh.....tp tolong la..aku dah masak dengan masalah macam ni..whatever between ko dan bini ko..atau bini ko ngan ko...ITS NONE OF MY BIZNESS...aku x pernah amik tau pasal ko laki bini...now aku plak yang dapat tempias...please la.....
tunang aku sekarang ni pun jauh lagi bagus...bujang trang tang tang lagi...aku pun ada taste la...xde makna aku nak terhegeh2 kat laki ko....

Buat si laki...kalau ko ada masalah rumahtangga...itu between ko ngan bini ko....xde kena mengena ngan hidup aku...walau mcm mana baiknya aku melayan korang selama ni...x pernah ada udang di sebalik mee...
aku dah ada kehidupan aku..x payah cuba nak memporak perandakan dengan melibatkan aku dalam permasalahan korang..kamon la..korang dah matured..berfikir secara matang..

Sebelum melibatkan aku dalam permasalahan korang...fikir..kenapa x libatkan dari awal? knp baru sekarang...fikir jugak..pernah ke aku enterprem dalam masalah rumahtangga korang...masalah dalam kain bincang sesama sendiri...bukan tiba2 aku dijadikan tempat meletakkan punca segala masalah...fikir la...allah tu maha kuasa...allah ada sebab kenapa dia turunkan musibah atau dugaan pada korang...

Sorry...sekali lagi aku nak bg tau...No..No..No....LAKI ORG is not my taste..ok?

________________________________________________________________

Suriaamanda :

Bila susah libatkan aku...
sedangkan masalah ko x pernah aku amik tau
lepas ko nampak hidup aku x macam dulu
ko cipta masalah kononya aku punca amarahmu
kenapa x ko timbulkan masalah ni 7 tahun yang dulu
kenapa lepas aku bahagia dengan jalan pilihanku..
ko mmg suka buat aku buntu...
Sedangkan ko yang tinggalkan aku dulu...


Monday, October 8, 2012

Honeymoon Is Over


Seminggu jer aku Merdeka..
Honeymoon is over..
Ingatkan dia jadi terbang ke Sri Lanka
Rupanya x jadi...oh bisanya....
Sudah Cukup..Cukup Sudah...
Honeymoon is over...
Semua Kembali caca marba..
Honeymoon is over..
Oh Hatiku terluka..
Kalau Ada Masa aku curi2 BW yer...


#moodsentapbossxjadipiobersea#

Friday, June 8, 2012

Hati Aku Tengah Panassss!!!


Yea....aku tengah sakit hati....
kenapa?
Somebody hack my blog and delete all the auto publish entry...
semalam sebelum aku balik kerja...aku memang dah siapkan auto publish untuk appear 
hari ni...suddenly pagi ni tgok dah xde...3 entry plak tu...
aku menyirap and mengadu kat cik abg sampai aku lak bergaduh ngan dia
bagai nak rak..
x kisah la sapa pun yang hack tu...aku just nak ckp kat dia
KO MEMANG GAMPANG HARAM!!!
aku tau dia baca blog aku...tgok segala aktiviti blog aku kan...so mendapat la ko...
phuiiii!!!!!!



Monday, April 18, 2011

BUKAN KUPINTA..


Kamu...kamu..dan kamu...kenapa terlalu kejam menuduh membabi buta...


Kamu..kamu...dan kamu...kenapa terlalu selfish?


Kamu..kamu dan kamu...dimana sifat perikemanusiaan...


kenapa terlalu angkuh bermain dengan kata2?


Kenapa hanya tahu mengeluh tidak mahu mendalami?


Kenapa suka mempersalahkan orang lain tanpa mahu menyelami perasaan orang?


Kenapa seolah -olah menyalahkan takdir atas apa yang terjadi?


Ketahuilah kamu wahai insan...mungkin suatu ketika dulu memang aku disisimu..


Tapi tidak kini...kerana keadaan dan dalam keterpaksaan...


Keterlupaan atau ketidakstabilan memori ingatan....


Usah kau kecam diri ini..kerana...kau sendiri tidak mampu memulihkan keadaan...

Wednesday, March 23, 2011

Ada Pekdah ke?

X PUAS HATI KUTUK...
BILA PUAS HATI JADI KAWAN..
BILA X DAPAT SESUATU UNTUK DIRI SENDIRI JEALOUS
DAH JEALOUS SAKIT HATI
SAKIT HATI MENGUMPAT
LAGAKAN ORANG SANA SINI
X FIKIR KE SEMUA ITU REZEKI
KENAPA NAK JADIKAN REZEKI SENDIRI X BERKAT
USAHALAH SENDIRI
DAH BERJAYA APA KO NAK BELI KO BOLEH BELI..
NI TAK JUMPA BOMOH SANA SINI NAK KASI MATI
KO TUNGGU LA JANJI ALLAH DI AKHIRAT NANTI
TERUSKANLAH BUSUK HATI...



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah