Tuesday, April 14, 2026

Menu Berbuka Puasa 6 ~ Day 4

Assalamualaikum wrt...

Rupanya SA x share lagi entry ni....menu berbuka  hari Sabtu lepas, day 4 untuk SA tapi day 6 untuk PZ...malas SA nak masak berat-berat...ada baki mee kuning dan lambat lagi expired date so SA masak je la...buat mee goreng...SA letak rencah udang besar2 tu ada banyak balance lagi...lepas tu SA campur ayam...SA potong kecik2 bahagian kepak dan peha...SA plak malas nak makan nasi kan...tapi masak gak la nasi sebab PZ sejenis yang makan nasi walau dah makan makanan lain...dia akan ulang makan nasi...

SA berbuka berdua je ngan PZ, suami balik kerja lambat sebab dia terus buat grab sampai malam..

Mee goreng x basah sangat dan x kering sangat by SA

Cili potong berdesing telinga..

Ikan keli masak lemak cili api

Sotong goreng campak2 je

Buah harumanis...


Hari ni PZ ada call tadi..tanya SA nak makan apa untuk buka puasa..SA ckp x kisah la apa -apa cuma x nak la MLCA..SA suruh dia gorengkan ikan siakap dan sempat kang SA buat la sambal...ingat kalau sempat gak kang..SA nak beli la 1 lauk...we see how la...semalam..SA tersangkut dalam jammed..ada accident kat nak masuk susur keluar Seremban tu...km268 katanya ada accudent lori ngan kereta...jenuh la nak keluar Seremban je 47 minit..nak ikut Ainsdale lagi la jammed..sudahnya hadap je laaa...

Siapa masih puasa?


22 comments:

  1. MZ tak puasa hari ni sbb ada kelas full..tak larat nak puasa..insya Allah plan nak puasa esok dan lusa ie nak abihkan semua puasa ganti...jumaat tu raya yayyy sbb jumaat tu last day syawal kan

    ReplyDelete
  2. Adui, dua fav kita tuh, mee goreng dengan keli masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  3. Saya masih puasa 🙋🏻‍♀️ Minggu terakhir ni baru ada kesempatan berpuasa hihi. Berbuka lauk simple2 je sbb saya sorang je puasa kat rumah ni. Smlm buat sayur bayam bening gu dgn rendang ayam lebihan masa potluck raya Sabtu lepas 😄

    ReplyDelete
  4. linda masih puasa, InsyaAllah.. baru nak masuk hari ke3.. moga2 sempat la habiskan puasa6.. lewat sunguh mula kali ni..
    sedapnya mee goreng tu

    ReplyDelete
  5. Aduhai..Trliur tgk ikan keli tu =D

    ReplyDelete
  6. Ya allah ternampak harumanis tu SA....insya allah hari ni last day saya berpuasa.

    ReplyDelete
  7. Harumanis tu sedap betullll...

    ReplyDelete
  8. Sedap tengok mee goreng SA. Selera buka puasa ada mee goreng. 😋

    ReplyDelete
  9. Sedapnya mi goreng kak SA tu terliur pulak. Sedang2 tu yang sedap.

    ReplyDelete
  10. Hirisan buah harum manis tu no 1 menggoda..hehehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah saya dah selesai puasa Syawal. Tinggl hutang puasa ramadhan sisa 3 hari lagi 😄.

    Waah mie nyemek atau mie bun atau mie lembab di sini istilahnya kak. Tak terlalu berkuah, tp tak kering juga. Yg begituuu yg saya sukaaa 😍😍.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah selesai sudah puasanya.
    SA masak campak² sotong tu pun nampak sedap 😋

    ReplyDelete
  13. sedap nampak mee goreng SA tu.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, selesai sudah... dh raya dh semalam kak.. hehehe
    sedapnya mee goreng basah² tu

    ReplyDelete
  15. Cili potong berkicap tu la yg paling dirindukan sepanjang kat Lombok sbb tak de.
    Bestnya SA dah nak habis puasa 6.

    ReplyDelete
  16. Mangga harum manis tu terasa-rasa di tekak kita tau.

    ReplyDelete
  17. mee goreng lembap macam tu sedap kak..saya pun suka style tu

    ReplyDelete
  18. banyaknya lauk akak masak! sedap mee goreng tu ada udang banyak2, pastu ada sotong campak2 lagii

    ReplyDelete
  19. ikan keli masak lemak cili api tu mengoda sungguh lah.

    ReplyDelete
  20. Sotong masak campak² tu pun sedap.

    ReplyDelete
  21. mee goreng tu..menggoda sungguh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah