Friday, June 12, 2026

Rezeki Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum wrt//

Murah rezeki kami hari ni, ada colleague yang baik hati sudi sedekah sarapan sempena hari lahir dia semalam. Alhamdulillah!

Meriah betul menu pagi ni. Ada Nasi Goreng Bunga Kantan, Kuih Keria, Popia Sira, sehinggalah ke Rojak Buah. Memang rambang mata dibuatnya, tak tahu nak makan yang mana satu dulu. Bila dah rezeki depan mata, kita nikmati sajalah kan?

Selamat hari lahir buat colleague SA tu. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah, dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

Terima kasih atas belanja sarapan yang sedap ni!



Nasi Goreng Bunga Kantan


Telur Goreng


Kuih Keria


Popia Sira


Buah Melaka


Kuih Kaswi gedik


APAM pISANG


Rojak Buah


Leny...tetiba je dia dah get ready pose...snap je gambar dia


Rojak Buah SA nyer portion


Dengan adik2 WTE team...


Seronok bila tempat kerja penuh dengan persekitaran yang positif dan saling berkongsi rezeki macam ni. Sekali lagi, Happy Birthday buat kawan SA! Terima kasih untuk makanan yang sedap-sedap ni, kenyang perut senang hati.

Semoga hari Jumaat korang juga dipenuhi dengan rezeki dan berita yang baik-baik ya. Sehingga jumpa lagi di next entry!


5 comments:

  1. Selamat harijadi kawan kakSA. Memang best dapat colleagues yang positive. Sedap2nyaa makanan yang ada. Selamat menjamu selera..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Happy birthday dekat kawan SA. Sedapnya nasi goreng bunga kantan, lama tak buat 🤤

    ReplyDelete
  3. rezeki jumaat..sedap smua makanan..lama tk mkn kuih keria

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, cukup lengkap menunya. Ada manis, pedas, lemak. Masin ada?

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir buat yg bersedekah makanan tu. Dapatlah dibawa bekalan ke sana nanti, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah