Assalamualaikum wrt....
Semalam Alhamdulillah, murah betul rezeki SA dan kawan-kawan yang terpilih. Ada insan berhati emas sudi belanja kami makan Nasi Beriani Kambing!
Bila makanan sampai, mak ai... terkejut SA tengok portion dia. Memang betul-betul portion besar! Daging kambingnya pun lembut, secukup rasa, pendek kata memang sedap betul. Penangan portion besar ni, punya lah kenyang sampai membawa ke malam. Percaya tak, malam tadi SA cuma mampu ambil light dinner aje sebab perut masih terasa padat, itupun temankan suami makan kat Mamak je semalam, semua sebab penangan beriani kambing tengah hari semalam punya pasal.
Melalui entri santai ni, SA nak titipkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan badan yang sudi belanja kami semalam. Terima kasih banyak-banyak buat Kak Norainy Ahmad Zathu.
Untuk pengetahuan semua, Kak Norainy ni pun baru sahaja selamat pulang daripada menunaikan ibadah haji baru-baru ni. Semoga mendapat haji yang mabrur buat akak.
Bungkusan yang sampai semalam
Haaa tepukkkk....terpaksa makan nasi ha...x makan rugi...
nampak? cukup besar portion dan buat SA kenyang betul
Lauk kambing ni x habis..SA simpan dalam fridge..tengahari nanti makan semula
Muka kenyang lunch semalam
Bukan itu sahaja, tak lama lagi iaitu pada bulan Oktober nanti, Kak Norainy akan melangkah ke fasa baharu iaitu alam persaraan setelah genap usianya 60 tahun. Serius, rasa macam tak percaya langsung! Kalau tengok raut wajah dan gaya Kak Norainy, langsung tak nampak macam umur dah nak bersara. Maintain awet muda, nampak macam baru early 50-an tahu tak!
Apa-apapun, terima kasih sekali lagi Kak Norainy atas ingatan dan rezeki belanja makan semalam. Kami doakan semoga Kak Norainy sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan menjelang hari persaraan nanti, dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Amin...
Apa hadiah sesuai untuk orang bersara ye? boleh bagi suggestion x?









pagi2 tengok nasi beriani tambah pula tengah puasa ni mak aissshhh tak tahan pula rasa lapar
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga bertambah rezeki Kak Norainy. Mesti dia tak sabar nak tunggu bulan Oktober ni 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah. Hehe kalau saya buka puasa boleh habiskan. Insya Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Trliur tgk lauk kambing tu =D
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur atas rezekinya.
ReplyDeletealhamdullilah rezeki....sedapnyaaaa briani kambing
ReplyDeleteNampak sedap nasi tu SA....
ReplyDeleteCie hari tu bagi staf Cie periuk Dessini.
ReplyDeleteAiiiiih saya yg melihat pun dah langsung teringiiiin lah kak. Kari kambing pulaaa 😍😍😍. Memang kelaut kalau diet nih 🤣🤣.
ReplyDeleteTergantung passion atau hobi dia apa kak. Kalau suka masak, bagi peralatan masak . Kalau suka traveling, peralatan travel boleh juga. Ntah2 kan selepas pensiun nak keliling dunia 😄
sedap tu beriani kambing
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki jangan ditolak. Porsi nasi beriani memang banyak. Makan kongsi berdua pun boleh kenyang.
ReplyDeleteHmm..nak bagi apa ek.Barang elektrik atau telekung, tudung. Tengok juga apa yang dia minat atau hobi ke. Boleh beli barang yang berkaitan.
Alhamdulillah rezeki..ni potion orang Arab makan ni Kak SA hihi
ReplyDeleteNampak pun sedap tuuuuu
ReplyDeleteMungkin boleh belikan handbag atau perfume.
Waaa terliurnyaaa.. hadiah....tgk org tu suka apa..if jenis suka perfume or make up boleh jer beli dior ker apa cthnya🤩☺️
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki..moga mendapat haji mabrur buat kak Norainy..
ReplyDeleteHadiah boleh bagi telekung ke, minyak wangi ke..yang dia boleh pakai..kalau perhiasan yang unik, ada tulis nama dia ke..ok gak
alhamdulillah org memberi kita merasa
ReplyDeletenampak sedap lauk kambing tuuuuu
Selamat bersara kak Norainy.
ReplyDelete