Thursday, July 2, 2026

Rezeki Nasi Beriani Kambing & Dedikasi Buat Kak Norainy

Assalamualaikum wrt....

Semalam Alhamdulillah, murah betul rezeki SA dan kawan-kawan yang terpilih. Ada insan berhati emas sudi belanja kami makan Nasi Beriani Kambing!

Bila makanan sampai, mak ai... terkejut SA tengok portion dia. Memang betul-betul portion besar! Daging kambingnya pun lembut, secukup rasa, pendek kata memang sedap betul. Penangan portion besar ni, punya lah kenyang sampai membawa ke malam. Percaya tak, malam tadi SA cuma mampu ambil light dinner aje sebab perut masih terasa padat, itupun temankan suami makan kat Mamak je semalam, semua sebab  penangan beriani kambing tengah hari semalam punya pasal.

Melalui entri santai ni, SA nak titipkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan badan yang sudi belanja kami semalam. Terima kasih banyak-banyak buat Kak Norainy Ahmad Zathu.

Untuk pengetahuan semua, Kak Norainy ni pun baru sahaja selamat pulang daripada menunaikan ibadah haji baru-baru ni. Semoga mendapat haji yang mabrur buat akak.



Bungkusan yang sampai semalam


Haaa tepukkkk....terpaksa makan nasi ha...x makan rugi...


nampak? cukup besar portion dan buat SA kenyang betul


Lauk kambing ni x habis..SA simpan dalam fridge..tengahari nanti makan semula


Muka kenyang lunch semalam

 

Bukan itu sahaja, tak lama lagi iaitu pada bulan Oktober nanti, Kak Norainy akan melangkah ke fasa baharu iaitu alam persaraan setelah genap usianya 60 tahun. Serius, rasa macam tak percaya langsung! Kalau tengok raut wajah dan gaya Kak Norainy, langsung tak nampak macam umur dah nak bersara. Maintain awet muda, nampak macam baru early 50-an tahu tak! 

Apa-apapun, terima kasih sekali lagi Kak Norainy atas ingatan dan rezeki belanja makan semalam. Kami doakan semoga Kak Norainy sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan menjelang hari persaraan nanti, dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Amin...

Apa hadiah sesuai untuk orang bersara ye? boleh bagi suggestion x?

17 comments:

  1. pagi2 tengok nasi beriani tambah pula tengah puasa ni mak aissshhh tak tahan pula rasa lapar

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga bertambah rezeki Kak Norainy. Mesti dia tak sabar nak tunggu bulan Oktober ni 😄

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Hehe kalau saya buka puasa boleh habiskan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Trliur tgk lauk kambing tu =D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Syukur atas rezekinya.

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah rezeki....sedapnyaaaa briani kambing

    ReplyDelete
  7. Cie hari tu bagi staf Cie periuk Dessini.

    ReplyDelete
  8. Aiiiiih saya yg melihat pun dah langsung teringiiiin lah kak. Kari kambing pulaaa 😍😍😍. Memang kelaut kalau diet nih 🤣🤣.

    Tergantung passion atau hobi dia apa kak. Kalau suka masak, bagi peralatan masak . Kalau suka traveling, peralatan travel boleh juga. Ntah2 kan selepas pensiun nak keliling dunia 😄

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak. Porsi nasi beriani memang banyak. Makan kongsi berdua pun boleh kenyang.

    Hmm..nak bagi apa ek.Barang elektrik atau telekung, tudung. Tengok juga apa yang dia minat atau hobi ke. Boleh beli barang yang berkaitan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki..ni potion orang Arab makan ni Kak SA hihi

    ReplyDelete
  11. Nampak pun sedap tuuuuu
    Mungkin boleh belikan handbag atau perfume.

    ReplyDelete
  12. Waaa terliurnyaaa.. hadiah....tgk org tu suka apa..if jenis suka perfume or make up boleh jer beli dior ker apa cthnya🤩☺️

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..rezeki..moga mendapat haji mabrur buat kak Norainy..

    Hadiah boleh bagi telekung ke, minyak wangi ke..yang dia boleh pakai..kalau perhiasan yang unik, ada tulis nama dia ke..ok gak

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah org memberi kita merasa
    nampak sedap lauk kambing tuuuuu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah