Monday, July 27, 2026

Sarapan Pagi Di Nyorok Kopitiam..

Assalamualaikum wrt...

Salam Isnin korang....jumpa lagi kita hari ni...SA cuti half day, tapi sudahnya terpaksa full day sebab ada urusan di KWSP dan JPJ bab roadtax kereta...PSV license suami jugak sebab dia part-time bawak Grab Car kan...Insurance kereta dh renew dah...kali ke 2 renew untuk si Meyun ni tapi mileage dah seratus ribu sebab sebelum suami dapat kerja di Putrajaya, dia buat fulltime grab kan...

Ada sedikit problem pagi ni dimana document belajar Dania kurang 1...so sementara tunggu nak dapatkan document tu SA dan suami sarapan kejap kat Nyorok Kopitiam..Nyorok Kopitiam ni memang antara hidden kopitiam vibe dalam Seremban yang ramai suka cari untuk breakfast santai-santai...ramai gak yg sarapan kat sini dan merupakan pekerja di Wisma Persekutuan terdrkat dan orang orang setempat. Chinese pun ada sarapan kat sini.

Vibes sama macam kopitiam-kopitiam sedia ada cuma kena ambil nombor dulu...bila nombor dah dipanggil baru boleh masuk dan dapatkan tempat samada kat luar atau kat dalam..SA nyer mood dah tercalar sikit sebabkan document Dania x complete tu...so x berapa nak enjoy sangat...

















 
SA masih mengamalkan pemakanan sihat...suami je makan nasi lemak..dia suka nasi lemak macam tu..sedap katanya...

Environment OK..makanan OK...

Next time boleh repeat lagi...

Total damage sarapan kat sini : RM23

Highly recommended pada sesiapa yang suka vibes Kopitiam dan sarapan santai-santai..

Jumpa lagi next entry..




23 comments:

  1. cute nama cafe ni...memang kalau kat kelantan, menyorok maksud bersembunyi..satu lg perkataan maksud yg sama ialah 'nusuk/nusup' -- pun maksud bersembunyi (bahasa kelate)

    ReplyDelete
  2. Saya dah menyorok juga pagi tadi makan nasi lemak.

    ReplyDelete
  3. Suka betul vibe kopitiam macam ni. Semoga dipermudahkan urusan SA hari ni

    ReplyDelete
  4. cantik tempatnya kak, suka tengok roti jala dan lempeng tu kak....

    ReplyDelete
  5. Happy breakfast SA & suami. Half cooked egg tu yummy nya makan dgn roti bakar pulak tu

    ReplyDelete
  6. Saya dah lama ddk Kedah...baru setahun kot tahu nyorok tu apa...kalo orang Kedah sembang lagi la saya nga nga....

    ReplyDelete
  7. Nk mkm sini sekbaik x suruh nyorok dulu ye heeehe
    Permainan zaman kanak2 nyorok

    ReplyDelete
  8. Telur tu, geramnya tengok 😋
    Nyorok ni org Kedah selalu sebut, maksudnya sarapan. Owner org Kedah kot SA. Hehe....

    Anyway, semoga dipermudahkan urusan ye 🤲🏻

    ReplyDelete
  9. Tak ingat hari tu blog siapa ada dah share makan kat nyorok ni. Cie suka kedai macam ni memang best nak lepak sarapan.

    ReplyDelete
  10. udah macam makan nyorok2 pula.. hihihi..
    semoga dipermudah urusan SA..

    ReplyDelete
  11. Nak nyorok mana tu kak SA hehehe...

    ReplyDelete
  12. hi sis SA..sihat2 hendaknya.. tq so much sbb selalu jengah blog Ayu. sowie lama x jenjalan blog kengkawan, busy....
    ada lalu 2-3 kali tapi lum sempat lagi nak nyinggah nyorok kat sini

    ReplyDelete
  13. Nama kopitiam ni unik betul, vibes kedai pun nampak sangat menarik dan santai untuk sarapan pagi. Tapi itulah, kalau tengah serabut memikirkan urusan dokumen anak yang tak lengkap dengan nak kena hadap kaunter JPJ lagi, memang boleh potong mood nak menikmati makanan dengan tenang. Apa-apapun, moga segala urusan dokumentasi dan roadtax tu dipermudahkan serta selesai dengan lancar ya!

    ReplyDelete
  14. alaaa satu hal nak kena menyorok pula. bestnya lepak dan santai2 begini.

    ReplyDelete
  15. Terbaca di blog lain sebelum ni tentang Nyorok Kopitiam ni, hope sampai nanti.

    ReplyDelete
  16. Nak pergi sini jugak tapi tak sampai-sampai lagi. Menarik dia punya dekorasi dalam tu. Kopitiam versi moden sikit walaupun ada macam nampak hiasan vintage. Okay baik, boleh cuba nasi lemak dia jugak nanti. Ramai yang review kata makanan kat sini sedap.

    ReplyDelete
  17. ammi belum try lagi. Lorong Jawa ni kat sekolah TAmil tu lah kan?

    ReplyDelete
  18. Pas baca nama kedai, langsung ingat perkataan sorok. Tp biasanya yg menggunakan orang2 sumatera. Kalau pulau Jawa tak pernah pakai istilah itu 😄. Ternyata arti lainnya sarapan yaa.

    Semua kliatan sedap. Teringjn pula nak coba kesana , 😄. Tp lumayan jauh dr KL ya kak?

    ReplyDelete
  19. Ouh, utara cakap menyorok tu sarapan pagi.. Baru tahu loghat depa, haha.

    ReplyDelete
  20. Nyorok ni certain area kat Kedah masih guna.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah