Thursday, November 2, 2023

Gegirls Day Out To Luna Wonderland

Assalamalaikum...

Jenjalan gegirls 5 orang ke Luna wonderland Seremban..apa ni..haaa..Luna Wonderland merupakan events Luna Lights Wonderland 2023 Malaysia Tour Seremban di Taman Malaysia September lepas. Program Luna Wonderland 2023 berlangsung dari 25 Ogos 2023 sehingga 24 September 2023 bermula dari jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam telah mendapat. pengiktirafan The World Book Of Records - The Largest Lighting Event In A Park. Untuk makluman korang, julung kalinya Majlis Bandaraya Seremban dengan kerjasama Red Bear Event  menganjurkan Program Luna Wonderland 2023 Malaysia Tour , Seremban yang bertempat di Taman Malaysia.

Menarik la sebahagian Lake Garden Seremban di area Galeri Di Raja tu di jadikan Taman yang penuh dengan lampu 850,000 lampu LED Blinking  warna warni. Mulanya nak pergi awal tapi hujan kan..x berani plak nak pergi..ye la dah melibatkan lampu2 dan letrik kalau hujan risau la kan..sure jalan ada lecak bagai..so 10hb malam tu SA bawak la anak- anak dara SA tu ke sini sebab dah janji. Eh sebenarnya Uncle diorang yang janji nak bawak..tapi Uncle dah balik so mama je yang pergi..Uncle balik JB dah petang tu...

Kami keluar agak lambat..ingat senang dapat parking..sudahnya kami terpaksa parking kat Galeri Di Raja dan jalan sikit..sebelum meneroka kita amik gambar dulu...




























































Jenuh uiiii...x ingat la berapa ekar keluasan taman ni...dengan orang ramai, ada jalan berbukit..ada yang kena naik jambatan...tapi bebudak ni semua happy la..nak sanagt pergi kan...bising penat kan...nasib gambar semua cantik..semua SA dah masukkan dalam album kat FB...rasanya la..hahahahah....

Okey settle dah citer pasal event Luna Wonderland...

Next nak citer bab bukak hadiah kahwin plak..muahahahahaha...

9 comments:

  1. Wahhh....Menariknya... Cantik pula tu... Lama dah tak ke Seremban... hehe..

    ReplyDelete
  2. Cantik view...
    Seronoklah anak fruits.. mamalong bawak gi jalan-jalan.

    ReplyDelete
  3. cantiknya... plan nak bawak Ibu pegi sana, sbb Ibu memang suka bab lampu2 ni but bila ramai yg ckp luas & penat berjalan..cancel. Nak bawak wheel chair pun mcm x sesuai je..so tgk gambar je la

    ReplyDelete
  4. sronok tu geng gegel outing ...ala2 mcm dh nk new year gitu sbb byk2 lampu kan

    ReplyDelete
  5. ammi tak pergi pun masa event ni. Ada sorang kakak sedara ammi cakap "eh ko ni bawaklah anak-anak gi situ"...ater anak-anak taknak ammi pun tak kuasalah nak pergi. Dorang kalau di ajak ke muzium sukalah. kalau takat tengok lampu tengok pokok memanglah taknak.

    Mana boleh nak samakan minat anak masing-masing. Nyibuk je akak sedara tu. nyampah. Ehhhh termengadu domba pulak kat sini

    ReplyDelete
  6. best gegirls outing gini!!! MZ kalau nak gegirl outing, kena tunggu time outing dgn my adik dan my kakak jer lahhhh tu pun time balik kg jerrr ie if kami ber3 ada kat kg pd masa yg sama

    ReplyDelete
  7. wah..syok tgk lampu warna-warni..:)

    ReplyDelete
  8. Sukaaaaaa sangat dengan lightingnyaaa ❤️❤️😍😍😍. Cantiiiik. Pantas saja bisa masuk record kan 👍.

    Saya suka dengan tempat seperti ini, tapi biasanya masalah 1. Confuse nak posing macam mana 🤣🤣🤣. Kecuali ajak teman yg memang suka foto macam model, naah bisalah diarahkan dengan dia. Tapi kalo dah saya dan suami ke sana, macam sapu style foto semua 😂. Kaku..😅

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah