Showing posts with label Kisah Viral. Show all posts
Showing posts with label Kisah Viral. Show all posts

Thursday, February 20, 2020

KFC Promo RM20 Sempena 20022020

Hi korang...

Hari ni KFC buat promosi RM20 snack plate kan...SA pun makan gak KFC hari ni...patut makan lunch terus bawak ke teatime sebab lambat..kesian adik Intern kena beratur lama giler...dari kul 12 sampai pukul 3 lebih kot...kesian betul kat dia..rasa macam penderaan plak...eh..bukan penderaan..rasa macam buli plak..tapi bukan SA punya sorang...team kami yang punya...dia pun ok je masa kami mintak dia pergi belikan..


Ada 6 kotak..sayangnya kami x dapat roti tapi digantikan dengan french fries..


Mine

Memang sana- sini KFC penuh hari ni...ramai beratur..ada yang beratur sampai keluar outlet...gigih erk...kalau SA memang x gigih la nak beratur lama..ada jer kawan- kawan office SA yang beratur..nasib SA buat collection tadi..then tu yang suruh adik intern pi beli...dari sejam ke sejam tunggu tak balik- balik...risau gak..rupanya saf dia beratur panjang katanya...pandai dia buat lawak...ni la dia orang Malaysia kan..bab viral tu memang laju je....

Monday, June 10, 2019

Viral Duit Raya..Tolong Hormat Rezeki Orang..

Macam- macam hal viral kan raya tahun ni...Ketika viral isu seorang wanita yang melahirkan kekecewaan apabila anak saudaranya hanya memberi duit raya RM5 di laman Twitter. Terus SA terasa sebab tahun ni SA tak dapat nak bagi duit raya yang lebih macam tahun- tahun lepas...Nasib baik takde yang viralkan...bagus anak- anak buah SA...Semalam SA terbaca luahan tentang perkara ni di FB Fynn Jamal. Apa yang diperkatakan tu sangat betul..SA terpanggil untuk share di sini sebagai pengajaran buat kita semua. Apapun kena hormat rezeki orang. Sekurang- kurangnya dia masih ada rezeki lebih nak bagi duit raya.

Sumber instagram Sharnaaz Ahmad


SUMBER DARI FB FYNN JAMAL

aku ni mmg susah nak komen mende2 tgh viral. tapi sbb mood aku pagi ni kat laut china selatan;
meh la aku tambah serbuk ikan bilis knorr.

ini,
tuan2 dan puan2,
adalah analoginya kenapa bidaah ni takde nye cabang2 baik dan buruk.

bukan bagi duit raya tu bida’ah.
tapi ni analogi. kita borak konsep je lah.

secara kasarnya, SEMUA org tau duit raya ni BUKAN satu tuntutan. adat je pun. cuma ye la. segala jenis iklan raya mesti ada shot bersalam2an sepupu sepapat tanpa mengira siapa ajnabi sambil menghulur duit raya dgn girang dan tawa. org pikir KENA.

nak bagi?
bagilah.
kalau mmg tak ada tasyabbuh dgn adat agama lain—
sila.

yg jadi penyakit adalah apabila ada jenis2 maklong ni yg merasakan duit raya ni tolok ukur sebuah aidilfitri.

itulah dia.
yang benda tak wajib gini bila tak dibuat terus berpeluh sejuk belakang leher. takut dipertikai dan ditanya2 kenapa tak buat macam SEMUA org.

contoh lain
kenapa tak sambut birthday.
kenapa tak tahlil masa mak kau meninggal.
kenapa tak buat majlis berinai.

benda tak wajib
pandai2 suruh buat, kena dan mesti.

berbagi duit raya dimulakan dgn niat baik. takpelah. apa salahnya. utk hepikan orang, katanya.

ni.
hepi mende.

aku ingat lagi zaman melingkup dulu— pagi raya lepas solat baru balik kampung. kat keluarga aku, ckp kena balik keluarga mertua terus. ada hal. sampai keluarga mertua, ckp kena balik rumah keluarga terus. ada hal. nak lari dari sesi salam2 raya punya pasal.

walau aku xde makcik pakcik macam maklong ni— kitorg yg pressure sendiri laki bini.

dlm dunia ni mmg ada kategori2 maklong gini. yang masa kita melingkup dulu, kije mulut dia mencirit je dgn perli. pastu bila kita dah berjaya, bukan reti ambik hati. tapi amboi. dia pulak nak test kita konon nak tgk kita ni kenang tidak dia punya budi.

ye. mmg betul peribahasa apa yg tidak membunuh kita akan buat kita lebih kental. mulut2 mak long lah yg mmg pemangkin kejayaan2 kita. tapi jgn la harap sgt nak claim cirit mulut tu semula.

kalau berani, tadahlah tangan tu: “ya rabbi, seandainya selama ni fitnah keji cela dan maki aku lah yg buat dia berjaya, kau tunjuklah kebenarannya”.

maklong kalau tak cukup rm5 tu,
daftar asnaf la.


Mak long 2
ini adalah sambungan entri maklong tadi;
tapi DITUJUKAN khas utk bakal2 maklong satu hari nanti.

dgn ucapan:
kita mampu mengubahnya.

UNTUK SEMUA MAKPAK.
mohon praktikkan.

1) duit raya bukan investment.

anak dpt duit raya— tengok.
“oh, maktam bagi rm20 ye. ok. kita bagi balik anak mak tam rm20 juga (atau lebih)”

2) duit raya bukan nilai kasih-sayang.

anak dpt duit raya— tengok.
“wahhh, along dpt rm50 laaa. terima kasih mak andak. salam mak andak, long. cakap apa? haaa. tengkiyu mak andak. ok salam pak usu pulak. wahhh. rm10? alhamdulillah... ok salam salam. cakap terima kasih”

persamaan dua2 situasi ini adalah;
mak pak anak yg menerima tu akan tengok.

so.
ini adalah teguran utk SEMUA mak bapak dlm dunia industri duit raya ni.

JANGAN TENGOK.
even sampul pun jgn tengok.
dlm nya apatah lagi.

org hulur pada anak, cakap terima kasih, terus masuk beg. TERUS. jgn hafal sampul ni siapa punya, nilai ni siapa bagi.

org dah bagi.
dah.

dia tak mintak balasan.
itu dia mampu.
dah.
terima je apa pun dlm tu.

kita tak tau overhead org lepas raya weh. paham tak. ada org kereta mewah— rumah kena lelong. tau tak. baru pindah rumah ke. bisnes tgh sulit ke. JANGAN AMBIK TAU. apa dia bagi— kalau pun kosong sampul tu— ambik je jgn berbunyi.

banyak mana org bagi— TIDAK PUN memberitahu nilai kasih-sayangnya pada penerima.

suami aku ada bapa saudara OKU, kot. mcm juna aa jenisnya. allahu akbar ahli syurga. dia bagi laki aku dgn adik laki aku je duit raya. anak2 aku tak bagi pun. sbb dari kecik dia diajar bagi duit raya pada anak sedara je. level cucu xde yg ajar. haha. tak sampai rm5 pun. tapi by الله aku tau dia sayang anak2 aku sbb dgn beriya dipeluk ciumnya kami anak-beranak.

dgr lah cakap aku.
ajar anak2 kita yg duit raya bukanlah sejenis duit gaji dia.

dapat — jgn tengok — terus masuk beg. balik rumah nanti, terus keluarkan, lambak, susun. kira. dah. xde ambik tau siapa bagi berapa.

berapa kita bagi sebagai balasan adalah kemampuan kita. takde benda nak malu la kalau kita bagi lagi sikit dari dia. dah itu jumlah kita lega.

raya dah macam pameran kekayaan qarun dah mcm pertandingan qarun kaya xpelah.

kita?
asnaf.


Lepas ni SA nak spam gambar raya SA ye....tungguuuuuuu.....

Friday, July 28, 2017

Nasi Lemak 50 sen??

Hi korang...

Pagi tadi kan..SA sarapan Nasi lemak...terkejut dengan harga 50sen je sebungkus kecik...dalam gambar tu nampak besar plak bungkusan kan..sebenarnya kecik je..kawan opis yang bawak sebab husband dia beli banyak. Lagi satu nasi lemak ni viral sebab harganya 50sen. SA x pernah plak baca viral kisah nasi lemak ni....nampak...nampak x SA ni kurang alert bab viral...


Dua bungkus  kecik je..dalam gambar nampak besar...


kalau sambal banyak sikit sure kick



Baru ni sekejap SA mencicah pelam/ pauh kat pantry opis....ramai gak yang terjebak mencicah mangga muda dan tak muda ni ha....kicap tu SA bawak dari rumah siap ada cili bagai....hahaha...
heaven betul mencicah weh....


Thursday, March 31, 2016

Dunia Tak Bersalah, Manusia Yang Mewarnakan


Memalukan la kan...sana- sini troll pasal duit hantaran dan pergaduhan dalam rumah allah tu....adoi la..benda nya between family pengantin  lelaki dan perempuan serta Pengurusan Masjid..yang selebihnya tokok tambah dari netizen- netizen yang mengecam kejadian.
Betul perkara ni tak sepatutnya berlaku dalam rumah allah, tapi ada sebab musabab kenapa allah seolah tidak merestui pernikahan diorang..terus kantoi kat dalam masjid jugak kan...
sapa salah..sapa biar diorang yang tentukan dan selesaikan..malu la kat bangsa lain...kat rumah ibadat macam tu berlaku pergaduhan...diorang bertekak menegakkan kebenaran..bangsa lain gelakkan dari belakang...
Benda dah jadi memang tak leh nak patah balik...ada sebab tak jadi kahwin...yang netizen2 ni cukup2 la berhuja macam pakar sangat dalam citer ni..sikit2 nak viral..aku pun pernah kena viral so serik la..sebab tu aku tak komen kat mana2 entry yang up kisah pergaduhan ni...malu la...stop la besar2kan cerita...sebab apa?
Sebab agama kita mulia, malah dipandang mulia sesetengah bangsa..bila viral macam ni...apa pandangan bangsa lain terhadap agama kita...respect tu jatuh sama sekali tau...

Fikir- fikirkan la...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah