Showing posts with label Review by Suriaamanda. Show all posts
Showing posts with label Review by Suriaamanda. Show all posts

Tuesday, June 11, 2024

Review Filem Hindi Crew Di Netflix

Assalamualaikum...

Korang dah tengok filem Crew ni kat Netflix?

SA dah tengok dah seminggu dah tapi x buat review lagi..banyak je citer yang SA x buat review lagi..ada satu citer Korea, macam x leh in la citer dia tapi SA dah tengok episode ke 3...jalan citer macam slow..tajuk citer Korea tu THE ATYPICAL FAMILY...sekarang ni SA stop kejap...sebab jalan citer dia slow..kalau rasa nak sambung SA sambung la...

Sekarang balik kerja naik bas SA lebih suka dengar lagu2 kat MP3 list hp SA...mood nak tengok movie tu macam kelaut dalam plak...ntah bila nak sampai mood tu ntah..



 
CREW (2024)

Filem Hindi bergenre Komedi ini mengisahkan tiga orang pramugari dari Kohinoor Airlines, Geeta Sethi ( Tabu) , Jasmine Kohli ( Kareena Kapoor) , and Divya Rana ( Kriti Sanon) yang berdepan dengan masalah kewangan syarikat. Mereka bertiga dari latar belakang yang berbeza namun persamaan antara mereka, mereka perlukan wang untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. Giler la kerja dab 6 bulan tapi gaji takde kan..

Satu hari mereka bertiga berdepan dengan kecemasan apabila salah seorang ketua pramugara meninggal dunia di dalam kapal terbang. Yang lebih mengejutkan, pada badan pramugara tersebut penuh dengan jongkong emas. Mereka terkejut dan mula menyedari terdapat sindiket penyeludupan emas ke luar negara adalah nyata dan mahu menyertai sindiket tersebut. 

Filem ni ada babak kelakar, ada babak mencemaskan dan ada plot twist. 

Lakonan pelakon ok, SA terhibur cuma filem ni tak sesuai di tonton seisi keluarga, mereka bertiga agak seksi dan ada sikit babak yang tak sesuai ditonton oleh anak anak. 

Best la citer ni...recommended cuma jangan tengok dengan anak- anak la..

SA bagi 9/10 bintang...


Monday, April 1, 2019

Mudahnya Masak Pasta..Hanya 3 Minit Dengan Master Pasto!!

Spaghetti  Segera Tanpa Perasa Tiruan Dan Tiada Bahan Pengawet


Hi korang..

Siapa kat sini pencinta pasta? Selalu mengambil masa yang lama untuk menyediakan sendiri pasta? Kini korang tak perlu risau lagi kerana dah ada instant pasta di pasaran yang memudahkan kerja korang..Menarik kan? Sesuai la untuk SA yang duduk bujang ni...agak- agak malas nak masak beria pasta ni..beli yang instant je..Cara masak pun mudah dengan 2 kaedah iaitu secara direct rebus dalam air panas atau panaskan sahaja di dalam microwave. SA sediakan 2 video cara mudah menyediakan pasta kegemaran korang di akhir entry ini tau...jangan lupa tengok sebab sememangnya sangat mudah..nak sediakan kat office pun boleh kalau takde masa nak keluar beli makanan..instant pasta Master Pasto penyelamat anda....


Master Pasto adalah hidangan ready to eat yang lazat yang dibuat dari bahan-bahan segar tiada pengawet dan tiada MSG dan ianya memudahkan serta mengikut citarasa pencinta pasta Malaysia. Tiada pembekuan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk dipanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL.



Master Pasto  di kilangkan oleh Lioco Food Industries Sdn Bhd. Terdapat 2 pek kedap udara yang di bungkus dengan teknologi tinggi di dalam setiap kotak Master Pasto. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan sebungkus sos pilihan korang. Dan jangan tak percaya dalam pek sos tu terdapat isi ayam dan juga cendawan yang telah siap di masak. Spaghetti juga telah siap di rebus , jadi mudah sangat kerja cuma panaskan sahaja mengikut dua kaedah iaitu letak dalam air panas mendidih selama 3 minit atau panaskan je dalam microwave ..memandangkan SA takde microwave kat rumah...maka SA guna cara pertama iaitu panaskan guna air mendidih..serious senang..


Jom kita masak pasta!!


Terdapat cara-cara memasak di belakang kotak


SA panaskan didalam air panas mendidih selama 3 minit


Spaghetti mushroom cream sauce untuk Dania


eem...yummy...


Spaghetti Aglio Olio untuk SA


Terdapat hirisan ayam dalam pek yang disediakan..


Spaghetti Bolognese ni simpan untuk Dania bawa bekal ke sekolah..hehe..


SA sediakan 2 video cara-cara menyediakan instant pasta dari Master Pasto ..korang ikut video ni je ..senang sangat...



Pada SA memang instant pasta keluaran Master Pasto sangat memudahkan SA..tak perlu ambil masa yang lama untuk menyediakan pasta..selain mudah..ianya sangat sedap..tak lari pun dari rasa pasta yang terdapat di pasaran...trust me..ianya memang sedap...


Dapatkan Master Pasto Anda....

Instagram: 

Website: 

Instagram: 

Facebook: 

Monday, December 24, 2018

Flower Chimp Bekerjasama dengan Usahawan Bunga Tempatan

Usahasama Dalam Talian ke Luar Talian Meningkatkan Perusahaan Bunga

“Lafazkan dengan bunga!” Bayangkan seorang lelaki yang berjalan ke sebuah kedai bunga untuk membeli tiga jambak bunga untuk ibu, isteri dan setiausaha khas untuk sambutan berlainan. Dia meminta pandangan daripada penggubah bunga tersebut dan si penggubah bunga akan menerangkan jenis bunga yang dipilih dan maksud setiap jenis bunga tersebut apabila digubah.



Kemahiran menggubah bunga ibarat satu seni dan sama seperti bakat seni yang lain, ada yang dilahirkan dengan bakat semulajadi dan ada pula yang belajar menggubah bunga. Semakin digilap, semakin menyerlah bakat menggubah bunga, tetapi hakikatnya mengikut peredaran zaman, industri ini dianggap keinginan mewah yang tidak penting. Sekiranya diberi pilihan antara sejambak bunga setiap bulan atau menonton wayang setiap minggu, ramai yang akan memilih untuk menonton wayang. Siapa tahu nasib yang menimpa si penggubah bunga yang baharu sahaja berkongsi pengetahuannya kepada lelaki yang membeli bunga sebentar tadi. 




“Di Flower Chimp, kami mahu menyediakan platform perusahaan bunga mampan yang adil dan menguntungkan semua pihak terbabit. Daripada fasa golongan petani yang menyediakan bunga segar setiap hari hinggalah kepada penggubah bunga kami yang meluangkan masa untuk mereka gubahan yang cantik untuk semua orang. Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan banyak penggubah bunga tempatan dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura untuk memenuhi tempahan di luar kawasan,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif. 




Beliau dan rakan kongsinya/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa telah lama menceburkan diri dalam bidang e-dagang di Asia Tenggara sebelum memulakan perniagaan penghantaran bunga secara dalam talian. Mereka pernah menetap di Belanda yang terkenal di seluruh dunia sebagai pusat perkembangan industri bunga global dan mendapat pendedahan awal di situ. “Kami memutuskan untuk menggabungkan kemahiran kami - kami dalam bidang e-dagang dan pemasaran dalam talian; usahawan bunga dalam bidang menggubah bunga - untuk mengembangkan lagi industri ini. Kami mahu kedua-dua pihak untuk mendapat manfaat daripada usahasama dalam talian ke luar talian (Online-to-Offline, O2O) dan bukan melihat platform e-dagang sebagai pesaing kepada perniagaan sedia ada,” kata Lotz lagi. Buat masa ini, Flower Chimp menjalinkan usahasama dengan lebih daripada 100 usahawan bunga di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura dan menjangkakan lebih ramai usahawan akan menyertai mereka sejajar dengan perluasan rangkaian mereka di daerah lain di setiap negara. 



Berikutan pengumuman kemasukan pelaburan berjumlah RM6 juta (diterbitkan pada bulan Ogos 2018), usahawan bunga dalam talian terkemuka ini telah melihat perubahan positif dari aspek kesedaran penjenamaan dalam kalangan pelanggan terutama di Malaysia. “Dalam masa kurang daripada dua tahun, kami telah menyediakan satu rangkaian kukuh untuk penggubah bunga kami dan pembekal kami (usahawan bunga tempatan) untuk bekerjasama dan mengikut garis panduan yang disediakan untuk menunaikan janji kami menyediakan bunga segar berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” kata Frassa. 




Pelanggan Flower Chimp akan terus bersukacita menikmati bunga kegemaran mereka dengan insentif penghantaran PERCUMA ke seluruh negara dan penghantaran pada hari yang sama di keempat-empat negara. “Buat masa ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasaran kami di Asia Tenggara, tetapi pada masa akan datang, kami mahu membina Flower Chimp sebagai satu jenama global yang memenuhi semua keperluan bunga anda, daripada hadiah sempena sesuatu sambutan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan musim perayaan hinggalah ke penghantaran bunga segar sebagai hiasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas bekerja seharian,” katanya lagi. 

Hubungi Kami: 

Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph


Tuesday, November 13, 2018

Review| B&B Labs Express Blemish Spot Away Solution..

Rawatan Terhadap Bintik-Bintik Untuk Menutup Kesan Tersebut, Menghilangkan Jerawat Dan Kekal Bersih.


Jerawat adalah punca masalah remaja mengalami perubahan hormon.  Tetapi orang dewasa hanya terdedah kepada jerawat disebabkan oleh tekanan atau perubahan dalam tahap androgen.  Jerawat dihasilkan apabila pori-pori tersumbat oleh sebum yang berlebihan, bakteria dan sel-sel kulit mati. SA percaya ramai yang putus asa bila membabitkan masalah jerawat kan? Untuk itu hari ini SA nak share dengan anda semua tentang satu produk yang SA dah cuba keberkesanannya iaitu B&B Labs Express Blemish Spot Away Solution.



Sebelum kita share tentang produk ini, jom kita baca sedikit tentang Jerawat.

Jerawat boleh dikategorikan sebagai : 

  1. Bintik-bintik putih – pori-pori tersumbat disebabkan lebihan sebum dan sel-sel kulit mati.
  2. Bintik-bintik hitam – bintik-bintik putih yang telah teroksida dan berubah menjadi hitam.
  3. Jerawat kecil – keras, pori-pori tersumbat yang merah dan meradang.
  4. Jerawat bernanah – benjolan merah mengandungi cecair putih atau nanah kuning.
  5. Nodul – besar, merah, meradang dan jerawat yang menyakitkan.
  6. Benjolan – nodul berisi nanah yang berkemungkinan menjadi parut.

B&B Labs, ialah jenama penjagaan kulit kosmetik yang mengutamakan ‘Performance First!’ dalam semua inovasi canggih, ia menawarkan penyelesaian kulit yang mendatangkan hasil untuk memperbaiki pengelupasan, mengurangkan keradangan, mengawal aliran sebum dan meningkatkan peredaran mikro untuk memenangi pertempuran keatas jerawat dan menjaga kulit sentiasa bersih.



Membersihkan jerawat dan membuang kecacatan dengan formula serbuk yang bertindak pantas itu mencapai target untuk mengakhiri kesengsaraan jerawat anda dan membantu kulit anda tetap bersih dan menakjubkan.  Salix Alba (Willow) Bark Water yang menenangkan kulit berfungsi dengan cepat untuk meredakan kemerahan dan kesakitan sementara Origanum Vulgare Leaf Extract berkesan meneutralkan radikal bebas untuk mencegah keradangan.  Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract astringen menyerap minyak yang berlebihan dan mengecilkan saiz liang pori secara ajaib manakala Allantoin mempercepatkan penyembuhan dan menambah sel kering dengan meningkatkan penghidratan segera.  Oleh kerana parut jerawat memudar, kulit bercahaya dan cantik sempurna



PENCAPAIAN SAINTIFIK: Gabungan berkesan dua bahan aktif, menyediakan kesan rahang anti-jerawat yang menurunkan aktiviti antimikroba sebanyak 32% hanya selepas 28 hari penggunaan! Digunakan secara popular dalam perubatan tradisional Cina kerana kesan antioksidan dan anti-radang yang unggul. Scutellaria Baicalensis Root Extract melambangkan kelas baru antioksidan semulajadi – memberikan pelbagai manfaat kulit termasuk anti-radang, anti-penuaan dan kesan mencerahkan kulit. Paeonia Suffruticosa Root Extract dapat meningkatkan peredaran mikro untuk merangsang saluran limfa dan memulihkan cahaya semula jadi kulit.



RAMUAN 
Air, Alkohol, Zink Oksida, Air Chamaecyparis Obtusa, Gliserin, Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis, Ekstrak Akar Paenoia Suffruticosa, Butilena Glikol, Coceth-7, PPG-1PEG-9 Eter Glikol Lauril, Minyak Jarak Terhidrogen PEG-40, Ekstrak tanaman Hamamelis Virginiana ( Witch Hazel), Beta-Glucan, Lactobacillus /Ekstrak Penapaian Biji Kacang Soya, Salix Alba (Willow) Bark Water, Ekstrak Daun Origanum Vulgare, Ekstrak Portulaca Oleracea, Ekstrak Daun Chamaecyparis Obtusa, Ekstrak Kulit Cinnamomum Cassia, Asid Salisilik, Allontoin, Natrium Hyaluronat, Besi Oksida, Menthol, Dipotassium, Glycyrrhizate, Wangian, Disodium EDTA, Ekstrak Dryopteris Crassirhizoma, Tokoferil Asetat, Dimethyl Sulfone.

BAIK UNTUK : Kulit yang berjerawat termasuk bintik -bintik putih, bintik- bintik hitam, jerawat kecil, jerawat bernanah, nodul dan benjolan.

CARA GUNA:  Selepas pembersih, toner dan essence, celupkan kapas baru ke dalam larutan serbuk dan sapukan ditempat yang dijangkiti.  Apabila serbuk itu kering, gunakan pelembab yang sesuai diikuti dengan pelindung matahari (Sunblock) pada siang hari.

* SA tunjuk cara dibawah..guna sebelum apply make up di muka ye...


SA gunakan putik kapas


Apabila cecair tadi bertukar menjadi kering..terus gunakan pelembab muka yang sesuai atau sunblock


*Jangan goncang botol untuk mencampurkan serbuk dan cecair bersama-sama.




Science Series by B&B Labs boleh di beli di  B&B Labs retailers yang diiktiraf dan dalam talian  di www.mysmink.com dan www.zalora.com.my

Untuk Info lanjut hubungi di 03-7880-8118.

atau layari laman web dan social media mereka seperti berikut:

Instagram : https://www.instagram.com/bblabs.international/

Website  : https://bb-labs.com/

Website : https://bb-labs.com/shop/special-treatments/express-blemish-spot-away-solution

Tentang B&B Lab

B & B Lab menawarkan produk yang terbaik cosmeceuticals yang disahkan secara klinikal moden yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berasal dari Asia yang terbaik dan murni. Produk ini diteliti dan dikembangkan oleh ahli sains kosmetik, doktor dan saintis anti-penuaan Asia yang bekerjasama dengan Wellness Cosmetology Alliance Lab SB, Malaysia. B & B Labs hanya menggunakan ekstrak bioaktif, vitamin, mineral, sel stem, peptida, asid hyaluronik dan unsur surih dos berkhasiat tertinggi. Formulasi direka untuk menyediakan homeostasis pada kulit, meningkatkan fungsi selular, mengurangkan alahan kulit, radikal bebas anti dan meningkatkan peredaran darah untuk hasil anti-penuaan yang unggul. 

B & B Labs - 'Performance First'!

Selamat Mencuba!!!!

Wednesday, September 19, 2018

WD-40® adds 5 more to its Specialist Series!

We  all  know  different  tasks  call  for  different  tools.  This  is  especially  true  for  some  tough  or  delicate  jobs,  which  require  products  that  are  specially  designed  for  specific  applications.

Realising  this,  WD-40®  introduced  WD-40®  Specialist  line  of  products  in  2011.  Specifically  formulated  to  meet  the  specialty  task  needs  of  professional  end-users,  these  products  will  help  technicians  get  their  specific  jobs  done  more  efficiently.  



To  catch-up  with  the  evolutions  of  Science  &  Technologies,  WD-40®  adding  5  new  solutions  to  its  WD-40®  Specialist  line,  to  complete  your  maintenance  needs.  

Below  are  the  5  new  additions  to  the  WD-40®  Specialist  family.  Check  them  out  to  see  if  your  job  or  task,  requires  the  help  of  a  Specialist! 


WD-40®  SPECIALIST  FOOD  GRADE  SILICONE  SPRAY


  
  • Specially  designed  for  food  industry  handling  application  and  food  processing,  this  forms  a  colourless,  odourless,  non-staining  film  that  lubricates  and  protects  surfaces  like  plastics,  rubber,  metal,  galss,  wood  and  more. 
  • It  is  a  good  release  and  parting  agent  for  food  sorting  lines,  mixers,  molders,  roller  chain,  conveyor  belts  and  roller,  and  etc  


WD-40®  SPECIALIST  DUST  FREE  AIR  DUSTER  




  • This  air  duster  gives  out  a  dry  powerful  blast  that  removes  dust  and  dirt  easily  
  • Non-abrasive  and  non-corrosive,  this  easy-to-use  product  helps  keep  electronics,  households,  workshops,  and  vehicles  clear  of  dust,  wood  shavings,  crumbs  and  etc  --with  no  residual  left  behind  
  • It  is  safe  on  all  plastics  and  delicate  precision  equipment  (e.g.:  cameras,  microscopes,  printers  and  laptops)  


WD-40®  SPECIALIST  HIGH  PERFORMANCE  SPRAY  GREASE


A premium quality, long-lasting lubrication for metal surfaces, this is specially formulated for              use in areas where long-lasting lubrication and corrosion protection are required

It is non-drip, with excellent adhesion and sealing properties to provide resistance to water

There are limitless applications for this product throughout the home, trade and industries (e.g.:          pulleys, gears, chains, nuts and bolts, pipes, taps, machinery)


WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL



This is designed to prevent pitting and metal seizures, to ease mechanical processing of metals            by reducing frictional heat accumulation and frictional forces

It reduces cutting torque and improves cutting efficiency and is suitable for use on all metals

With extreme pressure and anti-wear additives, it also improves machine finishes and extends              tool life


WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK



This removes rust quickly by dissolving it without harming surrounding parts or paint

Non-toxic, non-flammable, and biodegradable, it is ideal for restoring rusted parts to bare metal          without scraping, chipping or scrubbing

For more information on these and others under the Specialist Series, go to https://wd40.asia/SpecialistNewSoloutions.

Monday, September 3, 2018

Tips Membeli Kereta Pertama Anda

Tahu mengenai kos, kemampuan, perlindungan dan penyelenggaraan apabila anda membeli kereta pertama – baharu atau terpakai

Jumlah Kos Pemilikan kereta jadi faktor membuat keputusan
Faktor liberalisasi tarif seperti usia kenderaan, buatan dan model dan jantina tentukan premium          insurans kereta anda.
Memilih bengkel kereta biasa dan menggunakan jenama alat ganti dikenali mampu optimum              bajet penyelenggaraan anda




Memiliki sebuah kereta menjadi satu daripada pembelian terpenting dilakukan oleh rakyat Malaysia dan ia mungkin perkara paling besar dilakukan oleh kebanyakan belia di negara ini.

Dalam situasi masa kini, kebanyakaan rakyat di negara ini memperolehi gaji permulaan antara RM2,500 hingga RM3,000 dan ditambah dengan kos hidup yang tinggi terutama di bandar ia menjadikan keupayaan membeli sebuah kereta sama ada baharu atau terpakai adalah sukar.

Sebagai pakar dalam bidang automotif, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch) bertindak menganjurkan satu sesi meja bulat komprehensif bersama RinggitPlus dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad bagi membincang dan memberi pandangan mengenai perancangan kewangan, skim perlindungan dan penyelenggaraan kenderaan serta perspektif kos faedah apabila membeli kereta pertama.



“Apabila anda membeli kereta pertama, terdapat dua soalan perlu ditanya pada diri sendiri – Adakah anda memerlukan kereta baharu? dan Adakah anda berkemampuan?. Kesilapan paling besar dilakukan kebanyakan pembeli kereta pertama ialah jika anda mampu membayar wang pendahuluan dan ansuran bulanan anda selamat,” kata En. Hann Liew, Pengasas dan Pengarah RinggitPlus Malaysia.

Masuk ke topik insurans kenderaan, En. Sazali Abdul Rahman, Ketua Francais, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad berkata, “Sama ada ia kereta baharu atau terpakai, faktor liberalisasi tarif perlu diambil kira bagi menentukan jumlah premium insurans. Faktor liberalisasi tarif ini termasuk usia kenderaan, tahun dan model dikeluarkan, jantina, umur, kenderaan berisiko dicuri dan kapasiti enjin.

En. Sazali berkata, kereta terpakai kebiasaan memiliki premium insurans lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta baharu. Sebagai contoh, sebuah kereta berusia 3 tahun berbanding kereta baharu, perbezaan premium ialah 4.4% untuk kereta nasional, 13% kereta buatan Jepun dan 22% untuk kenderaan Eropah.



Kedua-dua mereka sama ada En, Hann dan En, Sazali turut menekankan bahawa terdapat banyak kos tersembunyi yang perlu kita letak sebagai faktor dalam menentukan keupayaan membeli kereta. Kos tersembunyi ini menghasilkan jumlah yang dipanggil Jumlah Kos Pemilikan (TCO) yang meliputi susut nilai, faedah, bahan api, parkir dan tol, insurans, cukai jalan dan penyelenggaran serta ditambah wang pendahuluan dan ansuran bulanan. Syarat utama, TCO bulanan anda tidak boleh melebihi 20% daripada pendapatan kasar dan perlu mengikut jumlah 36% hutang kepada nisbah pendapatan.

Bagi mengelakkan peningkatan TCO kereta anda dalam beberapa tahun akan datang, penyelenggaraan kereta adalah faktor kos yang penting.

“Apabila melibatkan penyelenggaraan dan alat ganti kereta,  buat pilihaan terbaik untuk poket dan kereta anda. Jika anda ingin mengoptimumkan bajet penyelenggaraan, ganti sendiri beberapa bahagian alat ganti seperti menukar bilah pengelap atau memilih menggunakan jenama dikenali kerana ia mampu menurunkan kos sehingga 25-50%,” kata En. Go Boon Wah, Pengurus Pemasaran, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

En. Go merumuskan sesi tersebut dengan menekankan bahawa penyelenggaraan yang betul penting untuk jangka hayat kereta dan adalah wajar untuk mengetahui maklumat berkaitan ekosistem seperti mengetahui mekanik yang boleh dipercayai, bahagian alat ganti mana yang perlu dikekalkan atau ditukar, pinjaman terbaik dan insurans apakah sesuai dengan anda.


Friday, August 24, 2018

Imaan Suci Family Wipes Tisu Lembab Sesuai Seisi Keluarga

Hi korang...

Baru- baru ini negara kita dikejutkan dengan penularan wabak HFMD di negara. Ramai kanak- kanak menjadi mangsa penyakit HFMD dan banyak sekolah terganggu sesi pembelajaran kerana terpaksa ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Dari sehari ke sehari jumlah mangsa semakin tinggi yang melibatkan kanak- kanak dan ada juga dewasa yang berjangkit. Disebabkan itu hari demi hari pelbagai langkah berjaga-jaga yang diperkenalkan. Amalan kebersihan diri dan tempat tinggal perlu dipertingkatkan. Salah satu cara ibu- ibu telah mula membekalkan anak- anak dengan tisu lembab anti bakteria atau apa sahaja tisu lembab yang bagus dibawa sebagai bekalan ke sekolah. 

Baru- Baru ini SA diperkenalkan dengan Tisu Lembab keluaran Wow Mission Sdn Bhd. Apa yang menarik adalah packaging yang sangat- sangat attractive sesuai di bawa kemana- mana kerana ianya bersaiz poket. Boleh diletakkan ke dalam tas tangan dan juga bag sekolah. Tisu ini sangat- sangat sesuai digunakan seisi keluarga untuk kebersihan, kesegaran dan Hygiene. Sememangnya SA sangat puas hati kerana anak dara SA sendiri cakap dia suka sangat dengan tisu ni. Sesuai digunakan bila dia tamat aktiviti sukan di sekolah dan apabila dia berasa kurang selesa akibat peluh dan sebagainya. SA sendiri gunakan tisu Imaan Suci Family Wipes ini.

Terdapat 4 jenis tisu lembab Imaan Suci iaitu:

  1. Imaan Suci Family Wipes
  2. Imaan Premium Wet Tissue
  3. Imaan Facial Wipes
  4. Imaan Feminine Hygiene Wipes




Terdapat 10 helai tisu lembab dalam setiap bungkusan dengan bauan wangi yang menyegarkan...


Kandungan Imaan Suci Family Wipes


  1. Purified Water
  2. Phenoxyethanol
  3. Polysorbate 20
  4. Glycerin
  5. Aloe Barbadensis Leaf Juice
  6. Tocopheryl Acetate
  7. Honey Extract
  8. Cetylpyridinium Chloride
  9. Perfume



Imaan Family Wipes merupakan tisu lembap hasil formulasi Madu, Aloe Vera & vitamin E yang memberi perlindungan seisi keluarga.

  • Tiada alkohol
  • Untuk kegunaan luaran sahaja
  • Jangan dibuang atau pam ke dalam tandas
  • Lapkan seluruh tubuh termasuk wajah
  • Selamat untuk bayi
  • Sekiranya ada iritasi, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor jika perlu

Imaan Family Wipes sangat baik digunakan untuk :

  1. Anak- anak menyusu, makan, tukar lampin dan muntah
  2. Aktiviti bersama keluarga ( travel,riadah & sukan)
  3. Sesuai dibawa kemana sahaja mahupun ke pejabat dan sekolah
  4. Menghilangkan bau badan ( deodorant)
  5. Membersih & Menyegarkan Kulit
  6. Menjaga kebersihan ibu menyusu badan
  7. Membersihkan peralatan mainan, perabot & lain- lain
  8. Sesuai digunakan selepas bersukan
  9. Sesuai digunakan ketika berada di tempat awam

Berita baik untuk korang yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dan berminat menjadi angel/agent boleh ke link https://angel.imaanworld.com/daftar/000048  bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan.

Semua rangkaian tisu pelembab diatas boleh di beli di: 



Info lanjut:





NO TEL: 03-42854919
WASSUP NO :019-2862828

Wednesday, July 18, 2018

Dapatkan Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee Julai Ini

Jaminan Harga Terendah dengan potongan harga sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.






“Shopee telah tumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.





Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.





Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah.


Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka.




Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.




Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

Thursday, April 19, 2018

Promosi Buffet "Iftar In The Sky"Arina Skyview Kuala Lumpur

Perluaskan Rasa Masakan Mewah Continental di Arina Skyview Kuala Lumpur


Hi korang...

Alhamdulillah sekali lagi SA dan kawan- kawan blogger yang lain  dijemput menghadiri sesi preview ramadhan buffet  dan kali ini kami berada di Arina Skyview Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Berada di ketinggian tingkat 20 memberikan SA satu pengalaman menikmati hidangan dengan selesa ditemani pemandangan sekitar Kuala Lumpur dan menurut pihak Arina Skyview kalau cuaca baik boleh nampak Genting Highland dari Arina Skyview. Menarik kan?Tidak hanya menyediakan lokasi untuk Iftar, Arina Skyview terkenal dengan lokasi majlis pernikahan dan perkahwinan, Seminar, Training dan pakej institusi.



Sekiranya korang sedang mencari sedikit pilihan luar biasa dan lain dari yang lain dalam pilihan menu iftar, tetapi tidak terlalu jauh lari dari hidangan konsep masakan kampung kegemaran anda, mengapa tidak menuju Arina Skyview Kuala Lumpur. Pelbagai hidangan Masakan Melayu Kampung ditawarkan di sini dengan harga yang sangat- sangat berbaloi.




Ramadhan ini, Arina Skyview Kuala Lumpur berbesar hati kerana sekali lagi menjadi tuan rumah bagi hidangan tempatan dan antarabangsa khas untuk promosi buffet "Iftar in the Sky". Arina Skyview kembali dengan hidangan buffet yang lazat bersempena dengan Ramadhan ini. Menjanjikan hidangan yang sederhana namun lazat, akan disediakan pakar Masakan Melayu tempatan diketuai oleh Chef Sabirin Mohd Yusof dan pasukannya untuk Ramadhan kali ini.

Menurut pihak Arina Skyview konsep yang diketengahkan  itu adalah untuk mencipta suasana yang santai untuk pengunjung di mana mereka boleh menikmati makanan mereka pada pemandangan 360 darjah langit KL yang indah.




Jom tengok hidangan makanan yang sempat SA rakamkan untuk anda semua..

Hidangan utama yang diketengahkan, diperap dalam gabungan rahsia rempah dan dipanggang untuk kesempurnaan. Tahun lepas, hidangan kegemaran orang ramai adalah kambing panggang dengan pilihan pelbagai sos; Sos Blackpepper, Cendawan Cendawan dan BBQ dengan tambahan pelbagai salad.

Kambing panggang dan ayam panggang

Dengan hidangan harian yang disediakan di gerai aksi varian, menu ini juga menjanjikan pelbagai hidangan masakan malayu iaitu Nasi Tomato, Sambal Sotong, Ayam Masak Kurma, Rendang Daging, Udang Goreng Kunyit, Pemanis mulut  bubur lambuk,bubur nasi, bubur pulut hitam dan sup tulang rawan (sup sumsum tulang dengan kentang)


Ayam Kurma


Rendang Daging ( SA suka)


Kari Kepala Ikan


Ayam Goreng Kunyit


Sambal Sotong


Sayur Campur


Sup Tulang Rawan ( kredit photo to Zayn Propa Rengers)


Jangan ketinggalan! Mereka juga menyediakan pelbagai ulaman kampung di gerai pembuka selera yang termasuk Ulaman dan Pecel Kampung, pelbagai sos kampung; sambal belacan, budu dan cencaluk, dan hidangan kerabu juga. Nama pun masakan kampung kan..so hidangan ini agak nostalgia dengan dekorasi yang cantik.


Ulam- Ulaman


Sambal Belacan, Sambal Cencaluk dan Budu


Kerabu Mangga


Ikan kering


Kerabu Perut


Pecal Condiments


Kuah Pecal



Dan kesimpulannya, Arina Skyview Kuala Lumpur menjangkakan kepuasan pengunjung menikmati hidangan yang agak popular iaitu Pengat Durian gaya kampung (disajikan dengan pulut kukus), pilihan kuih Melayu dan Nyonya, buah-buahan segar, pelbagai minuman dan banyak lagi.


Pengat Durian


Pulut Kukus


Buah Melaka


Apam


Kuih Cara


Untuk keselesaan para tetamu, semasa tempoh promosi bufet Ramadhan, Arina Skyview  akan
menyediakan surau dan menetapkan Imam untuk Solat Maghrib, Isya 'dan Tarawih.

Ruang solat dan ruang mengambil wuduk juga turut disediakan.

Arina Skyview Kuala Lumpur "Iftar In The Sky" Buffet Ramadhan hanya boleh didapati untuk tempahan korporat dengan minimum tempahan 50 pax. Harga yang ditawarkan adalah RM 68 setiap pax. Tetapi terdapat berita hebat!. Tawaran  harga pada RM58 setiap pax  bagi tempahan awal untuk pakej iftar.


Untuk sebarang tempahan, sila hubungi di nombor ini +603.2202 7468 / +6012.708 7135



Sedikit tentang Arina Skyview Kuala Lumpur

Arina Skyview adalah lokasi unik  Golden Triangle di Kuala Lumpur City Centre. Restoran ini mempunyai 3 tempat dalam satu (satu konsep yang dipanggil 'Multi-Branding') Satu Tempat Perkahwinan, Mesyuarat & Pusat Seminar dan Perkhidmatan Bersenam Perkhidmatan Penuh. Konsep ini menawarkan pelbagai pelanggan, menawarkan pelbagai pilihan tempat makan dan hiburan dalam satu pertubuhan. Bahagian spatial dan menu akan memperluaskan agenda kami dan memberikan pelanggan kami pengalaman yang berbeza pada setiap lawatan.

"A Contemporary Malay Experience" menanti di Arina Skyview Kuala Lumpur. Perasaan akan menjadi hidup apabila menikmati pelbagai Masakan Melayu Benua dan meraikan tradisi lama Malaysia khususnya.

Keutamaan adalah untuk memenuhi keperluan orang ramai tak kira  dewasa atau golongan muda. Arina Skyview adalah tempat makan keluarga. Jumlah keperluan ruang adalah 3,000 kaki persegi. Secara keseluruhan, restoran akan menyediakan tempat duduk untuk 150 pelanggan minimum. Jika Lebih, pertimbangan akan diberikan untuk menggabungkan tempat makan. Isu zon, letak, dan kebolehaksesan akan dikaji semula sebagai kriteria utama.

Untuk maklumat lanjut

MOHD HAIDER ABD. HAMID
Chief Operating Officer
Office  : +603.4010.8444
RSVP/Sales : +6012.7087135
Email: sales.arinaskyview@gmail.com

NOOR HABIBAH BT ABDUL SAMAD
Sales & Marketing Executive
Office  : +603.4010.8444
RSVP/Sales : +6012.7087135

Email: sales.arinaskyview@gmail.com


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah