Monday, December 24, 2018

Flower Chimp Bekerjasama dengan Usahawan Bunga Tempatan

Usahasama Dalam Talian ke Luar Talian Meningkatkan Perusahaan Bunga

“Lafazkan dengan bunga!” Bayangkan seorang lelaki yang berjalan ke sebuah kedai bunga untuk membeli tiga jambak bunga untuk ibu, isteri dan setiausaha khas untuk sambutan berlainan. Dia meminta pandangan daripada penggubah bunga tersebut dan si penggubah bunga akan menerangkan jenis bunga yang dipilih dan maksud setiap jenis bunga tersebut apabila digubah.



Kemahiran menggubah bunga ibarat satu seni dan sama seperti bakat seni yang lain, ada yang dilahirkan dengan bakat semulajadi dan ada pula yang belajar menggubah bunga. Semakin digilap, semakin menyerlah bakat menggubah bunga, tetapi hakikatnya mengikut peredaran zaman, industri ini dianggap keinginan mewah yang tidak penting. Sekiranya diberi pilihan antara sejambak bunga setiap bulan atau menonton wayang setiap minggu, ramai yang akan memilih untuk menonton wayang. Siapa tahu nasib yang menimpa si penggubah bunga yang baharu sahaja berkongsi pengetahuannya kepada lelaki yang membeli bunga sebentar tadi. 




“Di Flower Chimp, kami mahu menyediakan platform perusahaan bunga mampan yang adil dan menguntungkan semua pihak terbabit. Daripada fasa golongan petani yang menyediakan bunga segar setiap hari hinggalah kepada penggubah bunga kami yang meluangkan masa untuk mereka gubahan yang cantik untuk semua orang. Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan banyak penggubah bunga tempatan dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura untuk memenuhi tempahan di luar kawasan,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif. 




Beliau dan rakan kongsinya/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa telah lama menceburkan diri dalam bidang e-dagang di Asia Tenggara sebelum memulakan perniagaan penghantaran bunga secara dalam talian. Mereka pernah menetap di Belanda yang terkenal di seluruh dunia sebagai pusat perkembangan industri bunga global dan mendapat pendedahan awal di situ. “Kami memutuskan untuk menggabungkan kemahiran kami - kami dalam bidang e-dagang dan pemasaran dalam talian; usahawan bunga dalam bidang menggubah bunga - untuk mengembangkan lagi industri ini. Kami mahu kedua-dua pihak untuk mendapat manfaat daripada usahasama dalam talian ke luar talian (Online-to-Offline, O2O) dan bukan melihat platform e-dagang sebagai pesaing kepada perniagaan sedia ada,” kata Lotz lagi. Buat masa ini, Flower Chimp menjalinkan usahasama dengan lebih daripada 100 usahawan bunga di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura dan menjangkakan lebih ramai usahawan akan menyertai mereka sejajar dengan perluasan rangkaian mereka di daerah lain di setiap negara. 



Berikutan pengumuman kemasukan pelaburan berjumlah RM6 juta (diterbitkan pada bulan Ogos 2018), usahawan bunga dalam talian terkemuka ini telah melihat perubahan positif dari aspek kesedaran penjenamaan dalam kalangan pelanggan terutama di Malaysia. “Dalam masa kurang daripada dua tahun, kami telah menyediakan satu rangkaian kukuh untuk penggubah bunga kami dan pembekal kami (usahawan bunga tempatan) untuk bekerjasama dan mengikut garis panduan yang disediakan untuk menunaikan janji kami menyediakan bunga segar berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” kata Frassa. 




Pelanggan Flower Chimp akan terus bersukacita menikmati bunga kegemaran mereka dengan insentif penghantaran PERCUMA ke seluruh negara dan penghantaran pada hari yang sama di keempat-empat negara. “Buat masa ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasaran kami di Asia Tenggara, tetapi pada masa akan datang, kami mahu membina Flower Chimp sebagai satu jenama global yang memenuhi semua keperluan bunga anda, daripada hadiah sempena sesuatu sambutan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan musim perayaan hinggalah ke penghantaran bunga segar sebagai hiasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas bekerja seharian,” katanya lagi. 

Hubungi Kami: 

Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph


5 comments:

  1. Bestnya penghantaran percuma tu kak

    ReplyDelete
  2. Wah.. bestnya.. dah ada kat Malaysia..

    ReplyDelete
  3. cantik cantik bah tu gubahan bunga semua ...
    siapalah yang mau bagi mrs pip ni bunga aaa?
    hehe.

    ReplyDelete
  4. Baguslah inisiatif yang Flower Chimp ambil. Bekerjasama dengan oenguasaha bunga yang lain untuk kembangkan business gubahan bunga

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah