Showing posts with label Salam Takziah. Show all posts
Showing posts with label Salam Takziah. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Takziah Siti Nurhaliza Keguguran


Semalam aku terbaca tentang pemergian Pak Yus Jambu...hari ni terbaca di Instagram yang Siti Nurhaliza Keguguran kandungan yang berusia 2 bulan. Taksiah buat Siti Nurhaliza. memang sedih bila sesuatu yang diharapkan untuk menguatkan kebahagian pergi sekeip mata..macam tu jugak dengan adik aku yang baru- baru ini kehilangan. Adik aku jugak keguguran dan disahkan hamil luar rahim. Dia pun dah selamat menjalani pembedahan. Kini berehat di rumah di Seremban..
Semoga Siti dan keluarga arwah Pak Yus Jambu tabah mengahadadapi kehilangan ini...

Innalillahhiwainnailaihirojiun....


Tuesday, August 28, 2012

Susulan Nahas Ngeri Suami Ily Zafira


Rempuh lori melintang

ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.
ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.

MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid

SUMBER

Monday, August 27, 2012

Takziah...


Tak tau nak mulakan mcm mana..takziah buat Ily Zafira..salah seorang colleaque kami di Malakoff,
Ily telah kehilangan suami tercinta akibat kemalangan awal pagi tadi..dan meninggalkan Ily buat selamanya dengan satu2nya anak bujang yang masih kecil yang baru berumur setahun lebih...
Semoga Ily tabah dan kuat demi anak beliau Adeeb...
kami di office sangat terkejut dengan berita ini...Semoga roh arwah suami tenang disana...
Al Fatihah...
Inalillahiwainnailaihirajiun...

Monday, November 21, 2011

Salam Takziah..Al Fatihah


Takziah buat sahabatku..Intan Zarinah Johari
atas pemergian ibunda tercinta seawal 2.00 pagi tadi..
semoga roh bonda di tempatkan di kalangan orang2 beriman..
Al fatihah..
maaf tak dapat menziarahi diatas tuntutan kerja..terlalu banyak meeting nak kena handle hari ni..aku doakan semuanya berjalan dengan lancar..
Amin....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah