Tuesday, August 28, 2012

Susulan Nahas Ngeri Suami Ily Zafira


Rempuh lori melintang

ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.
ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.

MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid

SUMBER

11 comments:

  1. Ya Allah, kesiannya.
    baru lepas pulang berhari raya.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah.. salam takziah buat beliau.

    ReplyDelete
  3. al fatihah.. allah lebih menyayangi ye

    ReplyDelete
  4. Innalillah, sedih..Moga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  5. moga roh beliau ditempat dalam kalangan org2 yg beriman, ameen

    ReplyDelete
  6. Salam takziah mewakili para guru dari SMK Laksamana, Kota Tinggi buat isteri arwah...

    Semoga roh beliau dtempatkan di kalangan orang yang beriman... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  7. Sedih kalau berlaku pada keluarga kita. nauzubillah.. jauhkanlah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah