Hi korang,
Selalu aku dalam train nampak la beberapa kakak atau abang2 yang baca Al-Quran melalui telefon bimbit...macam mana aku tau..ye la kekadang aku tak dapat tempat duduk so aku ternampak la akak sebelah tgh baca Al-Quran..atau baca surah yassin ke apa kan..so baca paper hari ni ada yang tanya bab ni so aku share kat sini aje...
Soalan :
Apakah sama pahalanya membaca Al- Quran melalui telefon bimbit atau mushaf al-quran?
Jawapan :
Isunya bukanlah soal alatan tetapi soal membaca Al-Quran. Kadang-kadang kita membaca Al-Quran melalui hafalan melihat mushaf dan membelek- belek telefon bimbit.Kesemua termasuk dalam kategori membaca Al- Quran.Dalam aspek pahala Allah SWT Maha pemurah dan ganjaran pahala adalah amat besar bagi orang yang membaca Al-Quran x kira menggunakan alatan apa...
Ha...bukan sama aje pahalanya ye...malah berlipat-lipat kali ganda lagi....
Sharing is caring.....
Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts

Friday, December 11, 2015
Saturday, January 5, 2013
Hukum Penuhi Hajat Si Mati
Soalan:
APAKAH kita perlu memenuhi hajat si mati? Sebelum meninggal dunia, nenek saya berhajat supaya saya berkahwin dengan calon pilihannya walhal saya sudah lama berkawan dengan seorang rakan perempuan dan merancang untuk berkahwin. Adakah benar jika kita tidak tunaikan hajatnya, si mati tidak akan tenang?
JAWAPAN:
MEMENUHI hajat atau permintaan itu dituntut, tetapi hendaklah meneliti terlebih dahulu apakah hajat tersebut.
Jika hajat seperti yang ditanya oleh pembaca ini ia merupakan perkara yang tidak wajib dipenuhi kerana permintaan arwah neneknya untuk dia berkahwin dengan pilihan neneknya sedangkan dia telah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri.
Dalam situasi ini, tidak berdosa jika tidak menunaikan permintaan tersebut, bahkan berdosa jika ditunaikan kerana dikhuatiri jika anda menikahi orang yang bukan pilihan hati anda, pasti akan timbul pelbagai perkara yang tidak sepatutnya, akhirnya akan menimbulkan dosa dan sebagainya.
Persoalan si mati tidak tenang dengan tidak tertunai hajatnya adalah tidak tepat sama sekali
SUMBER

Wednesday, June 20, 2012
Bayar fidyah ganti puasa
Soalan:
SAYA mengidap gastrik yang serius. Saya tidak dapat menggantikan puasa disebabkan penyakit yang dihidapi itu.
Bolehkah saya ganti dengan membayar fidyah saja? Jika sudah bayar fidyah
perlukah untuk saya ganti puasa itu lagi?
SITI, Johor
BERPUASA Ramadan adalah sebahagian daripada rukun Islam. Ia mempunyai banyak hikmah daripada pelbagai sudut termasuk kesihatan dan sebagainya.
Tujuan utama puasa adalah untuk mencapai ketakwaan kepada Allah. Kita
hendaklah sedaya upaya melaksanakan kewajipan berpuasa ini.
Islam mengharuskan berbuka puasa bagi mereka yang sakit dan dalam musafir.
Mereka diwajibkan mengganti puasa yang tertinggal di hari-hari lain (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Sekiranya tidak dapat menggantikannya kerana tidak berupaya langsung seperti sakit kuat dan sangat tua, wajib memberi fidyah makanan kepada seorang miskin setiap hari.
Puasa tidak perlu diganti. Sementara bagi penyakit gastrik pula, pesakit masih boleh berpuasa sekiranya penyakit itu tidak menyebabkan perubahan tabiat kepada kerosakan.
Menurut pembacaan umum saya, mereka yang ada penyakit gastrik masih lagi boleh berpuasa tanpa masalah jika mengamal kaedah pemakanan yang betul seperti dianjurkan Islam dan pakar pemakanan.
Antaranya seperti melambatkan bersahur, segera berbuka puasa dan makan secara sederhana, iaitu sedikit demi sedikit (lihat http://annehashim.com/gastrik-boleh-puasa/).
Begitulah dalam kes anda di atas. Bagaimanapun, apabila puasa membawa mudarat kepada diri bolehlah berbuka.
Sekiranya tidak dapat menggantikannya, bolehlah membayar fidyah seperti di atas.
Ada baiknya anda mendapat nasihat yang betul daripada doktor perubatan sebelum mengambil tindakan untuk tidak melaksanakan fardu puasa Ramadan.
Itulah keindahan Islam yang sentiasa meraikan maslahat seseorang Muslim.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah