Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Saturday, June 20, 2026

Kami Dah Sampai Muar & Check In Di 52 The Grace Hotel

Assalamualaikum wrt....

Semalam SA gerak ke Muar dari Seremban by 3.30pm...xde la x cepat sangat dan xde la lambat sangat....plan nya...sampai Muar terus ke rumah adik lelaki SA, Angah di Taman Melati....hujan la plak Muar semalam...kami sampai dalam pukul 5.30pm lebih kurang dan terus check in hotel dulu...lepas dah check in hotel baru gerak ke Taman Melati dan sampai dalam pukul 6 lebih...xde la jauh mana pun dari hotel SA..
Angah tanya SA amik hotel mana...SA cakap la 52 The Grace Hotel...terus dia ngan suara menakutkan kata apesal ko amik hotel berhantu..eh..eh....dh kenapa plak berhantu..elok je SA masuk bilik amik gambar bagai...xde pun rasa meremang bulu roma....saje je nak menyakat kitorang...dia dh tau dua2 akak ngan abang ipar dia penakut....

Jom la tengok gambar yang sempat SA snap....



Semalam masa sampai di Bandar Muo


Terus check in hotel dulu...

Hotelnya lawaa..murah pun murah....total stay 1 malam RM115...apa SA dapat dengan harga tu?

















 

Penginapan yang selesa, bilik air yang bersih...lobby hotel pun cantik giler..staff pun sangat friendly dan sangat beretika baik...panggil kita pun dengan proper panggilan, Puan, Encik atau Cik...macam ni la best..

SA sangat recommend hotel ni untuk korang kalau korang cari penginapan di Muar...Hotel ni pun dekat dengan Bandar...

Lepas check in hotel, kami terus ke rumah Angah...lepak situ, lepas Maghrib makan...sementara tunggu Maghrib tu sempat la kami tengok Dendam Seorang Mentua...Herlina tu dh kena penjara korang...baru puas hati SA..padan muka dia..

Lepas makan kat rumah Angah semalam, SA gerak ke pasaraya Wetex, PZ dengan Angah akan ke homestay..PZ x jadi stay kat homestay....hehehe..dia nak tido kat rumah Angah...so kita biar Angah takeover PZ....

SA dan suami ke satu tempat lain...nanti SA share ye kat next entry...

Tuesday, January 31, 2023

Trip JB ~ Pasar Borong Pandan

Assalamualaikum...

Sebenarnya kan...banyak tempat nak explore kat JB..ada banyak je hot spot tapi mana yang sempat jer la..nasib En Tunang SA jenis sporting, dia yang cadangkan banyak tempat untuk blog SA. Dia okey dengan minat SA ni...dia pun x halang SA menulis. Ye la...dari takde buat apa yang tak bermanfaat kan...update blog pun bleh dapat duit...hahaha...

Pasar borong Pandan merupakan sebuah tempat yang mempunyai daya tarikan di mana semua barangan dijual secara pukal kepada peruncit, industri, perdagangan, institusi, atau sebarang pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain dan perkhidmatan bawahan yang berkait. Secara umum, ia merupakan jualan barangan kepada sesiapa yang bukan pengguna biasa. Biasanya semua barangan ini dijual secara pukal. Tetapi kadang kala ada juga barangan dijual dalam kuantiti yang sedikit bergantung kepada permintaan para pelanggan.

Menurut En Tunang, Pasar Borong Pandan ni memang akan meriah bila tiba musim perayaan...memang ramai orang turun mencari keperluan raya. Selain dari penduduk JB, kawasan ini pun menjadi tumpuan orang- orang Singapore tidak kira hari biasa mahupun hari- hari perayaan serta hujung minggu. So SA berpeluang la ke sini hari tu...sama la lebih kurang dengan Nilai 3. Suatu ketika dulu pun Nilai 3 sangat menjadi tumpuan..siap adayang dari negeri- negeri lain buat rombongan ber bas- bas datang...tapi selepas PKP ni macam tak hidup dah Nilai 3. Tapi diorang yang meniaga guna platform lain..iaitu meniaga dalam Tik Tok...

Jom tengok gambar yang sempat SA snap untuk blog ni...



Source from google.com
 
























Menurut Division Statistik Bangsa-bangsa Bersatu, "pemborong" adalah julan kembali (jualan tanpa perubahan barangan baru dan terpakai pada peruncit, industri, perdagangan, atau pengguna profesional, atau kepada pemborong yang lain, atau bertindak sebagai agen atau broker bagi membeli barangan bagi atau menjual barangan kepada, orang sedemikian atau syarikat. Pemborong biasanya secara fizikal memsang, menyusun dan mengred secara pukal, memecah pada bungkusan lebih kecil, membungkus kembali dan mengedar dalam bilangan lebih kecil. Ketika pemborong kebanyakan barangan biasanya beroperasi dari tempat berlainan, pemborong makanan mungkin terdapat di pasar borong khusus di mana kesemua pemborong berkumpul.

Pada kebiasaannya operasi pasar borong bermula pada waktu malam hingga awal pagi. Purata pelanggan-pelanggan pasar borong ini terdiri daripada peniaga-peniaga kecil, pengusaha restoran dan orang biasa yang ingin mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan barangan segar.

SA x beli apapun kat sini sebab takde keperluan rasanya...hahaha..betul- betul beli air kelapa je sebab dah terlalu haus kan...then balik sebab esoknya pagi- pagi SA dah nak gerak balik ke Seremban...

Ada satu tempat lagi yang SA x sempat nak pergi...ekceli boleh jer kalau nak pergi cuma perut cramp...membuatkan mood SA nak explore kelaut..SA nak pi JPO..ada la benda yang SA nak survey..tapi takpe la..next time bleh datang lagi kan...


Trip JB ~ Bazaar Karat...

Assalamualaikum...

Hi korang..

Jom sambung citer trip JB, Lepas makan kat Menate Steak Hub JB tu, En Tunang bawak SA ke Bazar Karat JB. Mulanya SA macam malas nak pi..tapi dia kata sesuai kalau SA nak blog out pasar tempat- tempat kat JB so better kita pergi. SA bukan apa..dengan jammed teruk, dengan nak cari parking...sekali En Tunang kata..alaaa jom je la..untuk blog you. See dia plak yang prihatin bab blog SA...ye la..SA kena maintain PV dan Google Adsense kan...input kena banyak untuk tarik perhatian pembaca. Takkan asyik nak citer bab masakan je...jemu plak ornag nanti...

Pasar Karat Johor Bahru sangat terkenal dalam kalangan rakyat Johor dan Singapura. Ia terkenal sebagai syurga membeli-belah bagi rakyat Singapura. Pasar ini mendapat gelaran karat kerana pada awal pembukaannya barang yang dijual adalah bersifat langka dan antik. Macam- macam barang rare korang boleh cari kat sini...oh ye..SA masuk kejap kejap kedai gadjet. Nak tukar screen protector hp SA...

Jom tengok apa yang sempat SA snap...kena hati- hati especially handbag sebab orang terlampau ramai kan...wah...tempat ni jadi tumpuan juga ye...SA x pasti plak kat Seremban ada ke Bazar Karat. Rasa macam ada...



Kena ajar En Tunang amik gambar...dah kudung kaki SA ha...






Brader ni macam buskers la..cari makan ngan main guitar ..ramai plak amik gambar ngan dia..









Handbag imitation banyak berlambak


Smiggle pun ada




selipar budak2

 

Tak banyak pun gambar SA amik...orang terlampau ramai...risau plak kalau- kalau kena pick pocket kan...pusing- pusing...xde rasa nak membeli...so En Tunang ajak pergi tempat lain...eh..eh...pakcik ni tak penat agaknya...hehehe...dia ajak SA pi tempat paling banyak orang Singapore lepak...then SA kata okey la...jom...

SA mengadu penat, dia siap perli SA lagi...ooo...jalan sikit penat...kalau naik Gunung tu tak penat plak...alaaaa....itu lain kan..takde lautan manusia...haha....

Next entry kita ke Pasar Borong Pandan

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah