Thursday, June 20, 2013

Cubalah untuk setia

Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga.
Memang sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun lautan, semuanya perlu diredah bersama.
Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’ di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada.

Bercinta sekadar sebulan masih mampu diterima, tapi jika sudah mempunyai tiga anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’, itu bukan sesuatu yang kelakar.

Jika dulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumah tangga kekal bahagia selama-lamanya.

Tapi adakah kita mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan menerima kunjungan si perampas itu? Jangan simpan dendam dan ingat akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun dikurniakan anak.

Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku.

Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu `pertarungan’ menarik di ranjang. Jadikan diri anda yang paling hebat dan takluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.

Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka, ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. 

Kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga. Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah. 

Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘tahi’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali paksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Jika mereka yang menimbulkan masalah, maka gunakan senjata itu untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga.

Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.

Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri.

Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.

Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. 

Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya. Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. 

Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.

Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu perhubungan anda. 

Usah biarkan dugaan yang datang sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06SUMBER HARIAN METRO ONLINE

13 comments:

  1. Tuding ke Tudung kak hehe #gurau :)

    Bab ini lah dah buat sy fobia. Single is better now hehe :)
    Cukup ckup sudah, cukup sampai disini saje..

    Do visit me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh I like that statement. ..single is better....

      Delete
  2. belajar la menghargai apa yang kita ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sebab tu kena ikhlas dgn pasangan kita...

      Delete
  3. Kalau dah hati suami dekat org lain. Buat apa pon tak jalan. Isteri buat mcm mana pon, suma dah tak peduli. Dah hanyut dalam dunia mereka sendiri.

    Betul tu, bertepuk sebelah tgn takkan berbunyi. Tapi kalau yang kena tepuk tu dah ditepuk hari². Yang tak berbunyi pon lama² keluar juga bunyinya kan.

    Utk org ketiha tu plak, What goes around comes around. Remember? It's the price you have to pay for it. Harga sebuah kebahagiaan tak kan pernah mampu di beli dengan melukakan hari orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena fikir kun fayakun..if allah dh tentukan kita berkongsi kasih..itu dh ketentuan allah aturkan bukannya dugaan..terpulang pd kita untuk menilai sejauh mana ketentuan..nak salahkan pihak ketiga pun x boleh sebab kita kena tgok diri kita..mungkin ada silap pd diri kita yg menyebabkan org yg kita syg berpaling tadah..

      Delete
  4. SA.... tapi kalau curang dan ada orang ketiga, tidak mudah untuk kita sebagai wanita memaafkannya...tapi bagi Okjelah... jangan sesekali nak cuba bermain api...hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...tp if dh ditakdirkan siapa kita nk menolak ketentuan allah...maybe ada jugak salah dari pihak kita orang perempuan..mungkin x cukup bg perhatian..ambil mudah pelbagai perkara sampai tanpa sedar org yg kita sayang berpaling pada orang lain...

      Delete
  5. pergh... ini memang entry cliche' ni akak diva... *_^... yang boleh mengiggit hati dan perasaan wanita secara umumnya dan sesetengah wanita secara spesifiknya...

    "Orang Ketiga"... Perlu diingat, dalam dunia ni x ada mana2 perempuan yang SUKA bila ada "Orang Ketiga" dan x ada mana2 perempuan yang SUKA bila menjadi "Orang Ketiga"...Semua perempuan x mintak macam tu... Kalau boleh dijauhkanlah... Ho ho ho... Kalau boleh elak, kita elak... Tapi kalau itu yang telah tertulis di garisan takdir hidup kita oleh Allah? Siapa kita untuk say NO kalau Allah say YES?

    Memang perit dan sakit kan berhadapan dengan kenyataan hidup dan realiti hidup yang macam ni? SIAPA YANG NAK? Kalau "Orang Ketiga" tu jenis yang bagus dan bertimbang rasa... sekiranya dah jodoh... Alhamdulillah... Bersyukurlah pihak yang satu lagi... Seandainya "Orang Ketiga" tu jenis memang PERAMPAS... dan BERNIAT JAHAT... memang nak kena SEYLANG la kan? Buat apa lah nak jadi PERAMPAS...tak ada untungnya...

    Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99: 7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

    Ho ho ho... dah boleh jadi entry pulak comment ni...

    Jodoh? Fate? Mcm mcm perkataan yang dikaitkan dengan jodoh... such as "kalau ada jodoh x ke mana", "x ade jodoh", "jodoh x panjang"...bla bla bla ... so on and so forth... dulu might be saya sendiri tak hayati or faham perkataan jodoh tu... tapi skang ni dah belajar cket-cket dah... hee... boleylah dari tak paham or buat-buat tak paham... orang kata, ajal maut jodoh pertemuan semua kat tangan Allah SWT... and jodoh setiap orang dah ditetapkan... kite cume perlu berdoa jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari kat mana jodoh kita... bila sampai waktu, sampai seru... kahwin la kita... kalau dah jodoh tak ke mane ye tak? (cube menerima dalam keterbukaan separuh minda nih...)

    If jodoh kita memang dengan that someone tu, even datang cabaran banyak mana sekali pun, takkan dapat pisahkan kita dan dia. Kalau dah memang jodoh kita dengan dia, kita elak la cam mana sekali pown, kita bencilah dia banyak mana sekali pown, gaduh la dengan dia sampai bergegar bumi, kita xkan dapat lari dari ketentuanNya.

    Pernah seseorang pesan kat saye, kalau nak jodoh yang baik, setiap kali lepas solat, doa dan minta pada Allah supaya jodoh kita adalah yang terbaik dan dari kalangan yang baik-baik. Kalau jodoh kita bukan orang yang baik sebelum kita bersama dia, doa dan mohon pada Allah supaya dia berubah menjadi baik dan lebih baik bila bersama kita. Jodoh tu x kenal beza umur, paras rupe, siapa seseorang tu, dari mane, bla bla bla... jodoh tu ketentuan dari Allah SWT. Jodoh itu kerja Allah. Jodoh itu anugerah Allah. Siapa kita untuk menghalang dan mengkritik kerja Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha menentukan atas sesuatu yang dikehendakiNya... Kun Fa Ya Kun...

    *Erks...seriously boleh jadi entry ni akak...wakakaka...Diva la katakan... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oi...panjangnya adik diva...
      Thats y I need to share artikel ni with everyone..betul it is jodoh dan ketentuan allah..x semuanya salah org ketiga..as long as if this happend maybe ada salahnya pada diri sendiri...yes..kita x lalui tp org yg melalui kena fikir balik. ..is it mmg slh org ketiga? Then..xde ke salah dari diri sendiri kan..dari pasangan kita juga...mesti ada...if jelas kita ditakdirkan berkongsi kasih..itu adalah hakikat dan ketentuan allah turunkan buat kita...kita mmg xde kuasa untuk menidakkan...

      Delete
    2. siapa kita untuk cakap kita suci, innocent, x bersalah langsung dan orang lain yang salah? semuanya sebab orang lain yang salah... tanpa kita sebenarnya tahu apa yang terjadi sebenar2nya? bila jadi macam ni, kita sebenarnya tak tau pun the whole story macam mana boleh terjadi sesuatu tu kan? sebab ada yang disembunyikan dari kita... entah2 memang tak ada siapa pun yang salah dalam hal ni...dah memang kehendak Allah... mungkin perkara2 yang disembunyikan itu demi menjaga kerukunan hubungan rumah tangga...

      ada orang yang ada "Orang Ketiga" kerana sesuatu di dalam rumahtangga yang tidak kena dan rasa sayang tu dah tak ada...tapi ada orang yang ada "Orang Ketiga" dia tetap sayang dengan rumah tangga, sayangkan pasangan dan juga sayangkan pasangan yang baru juga... mungkin itu yang dah tertulis? who knows? No one... Allah je yang tau...

      Again, kalau "Orang Ketiga" tu evil... jenis buat onar sampai ganggu rumah tangga in terms sampai pasangan tu langsung tak ingat rumah tangga asyik berkepit jer dengan "Orang Ketiga", langsung tak hirau tanggungjawab dan nafkah zahir dan batin... itu memanglah...mintak pelempang la "Orang Ketiga" tu...

      Pada yang jadi "Orang Ketiga", jangan jadi "Orang Ketiga" yang boleh dipanggil slut or murahan... Act Classy but Not Trashy... Jangan rendahkan martabat diri sebagai manusia yang dicipta oleh Allah SWT yang lebih tinggi dari segala makhluk di muka bumi Allah...

      But then, bila cakap pasal "Orang Ketiga" ni... muahahaha... perkara yang paling takut bila salah satu pihak demi kepentingan diri sendiri, atas dasar insecurity mula percaya pada perkara2 khurafat, ghaib, mistik, so on and so forth...Nauzubillahminzalik... Bawak2lah ingat pada Allah... Segala yang datang dari Allah...dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya... Setiap yang berlaku tu bersebab...bukan saja2 jer...

      Beriman pada Qada' dan Qadar...Bukan mudah, tapi itulah yang perlu kita tanamkan dalam hati... pasti hidup lebih tenang....*_^

      Peace No War....

      Delete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah