Monday, October 2, 2023

Gegurls Trip To Muzium Negara Part 2 ~ Melawat Muzium Etnologi Dunia Melayu

Assalamualaikum..

Jom ler sambung lagi citer tetiba je plan ke Muzium Negara ni..Muzium orang asli dah SA citerkan di part 1, kita sambung plak melawat ke Muzium Etnologi Dunia Melayu. Best uii masuk sini sebab aircond kuat..hahaha..orang plak x berapa ramai dalam ni...dah macam muzium tu kami yang punya plak dah..

Muzium Etnologi Dunia Melayu mempamerkan koleksi dan penyelidikan mengenai dunia Melayu. Pameran koleksi meliputi pelbagai jenis seperti tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya.. Apa yang menarik di sini, muzium ini turut menyertakan bahan-bahan pameran dari serata kawasan rumpun Melayu termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Afrika Selatan, Madagaskar dan juga daripada rumpun Melayu Polenesia. Haa..menarik kan...

Jom tengok gambar..





















Antara koleksi pameran yang diperagakan di muzium ini termasuklah barangan tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya. Tidak lupa juga aktiviti riadah lain orang Melayu seperti wau, wayang kulit (yang merangkumi beberapa buah negara Malaysia, Indonesia dan Thailand), gasing dan lain-lain lagi. Melalui pendedahan ini maka agak mudah untuk kita memahami mengenai kaitan antara kita yang sebenarnya berada di dalam satu rumpun yang besar.

Banyak lagi bahan-bahan pameran di sini yang akan menimbulkan banyak pertanyaan mengenai Dunia Melayu sebenarnya. Mungkin sebahagiannya akan terjawab dan yang selainnya anda perlulah mengusahakan jawapannya. Ia bagaikan menyatukan cebisan-cebisan teka-teki yang agak menarik untuk diperhatikan. Namun setelah anda mengetahuinya, maka ketahuilah oleh kita bahawa kita semua berasal dari rumpun yang sama.

kredit to : Wikipedia

So adalah SA paksa diorang membaca..SA memang la x membaca.gambar pun mana dan aje amik..mana gambar yang Dania bagi je  SA up kat sini..

Lepas ni kami semua terus ke Muzium Negara plak..satu hal cari kaunter tiket..rupanya kat bahagian depan..jenuh la berpusing pi bahagian depan tu..sempat gak la amik gambar di pintu masuk utama...

Jumpa nanti Part 3 masuk Muzium Negara
 


Menu Late Lunch Semalam

Assalamualaikum...

Tak pernah dibuat orang kan makan tengahari pukul 4.00 petang..

Nasib ramai kat rumah..semua kena paksa makan sebab dah masak banyak..mualanya ada yang x nak makan sebab masih kenyang lagi..sekali tengok kitorang duk bagi tau rugi x makan..lauk sedap...terus memasing bangun amik pinggan je..kami makan bersila kat lantai sebab ramai..masak macam ni x best makan kalau kat meja makan..dia kena duduk ramai- ramai, pas tu yang hujung nak nasi..yang tengah nak air, yang duk atas kerusi nak lauk itu ini..haaa..dia kena macam tu baru seronok makan...


Daging salai masak lemak cili api campur pucuk ubi


Sayur bayam goreng


Sayur pucuk tumis air campur telur and kentang


Sup ayam


Ikan tilapia kecik2 goreng garing...


Lauk masak banyak, lepas tu x habis suruh diorang bawak balik..kang x bawak balik siapa plak nak habiskan..tinggal kami sikit jer tak yah banyak- banyak..Dania bawak bekal pagi tadi lauk daging salai tu..SA malas nak bawak bekal..bukan masalah banyak duit ke apa..masalah malas..bila penyakit malas ni nak hilang x tau la..pening fikir...


Bawal Lezi Qainisa

Assalamualaikum...

Ramai yang tanya pasal tudung yang SA pakai Sabtu lepas masa majlis Silaturrahim Warisan Hj Siraj tu..sebenarnya SA baru belajar- belajar pakai..so SA beli bawal instant yang mudah untuk SA pakai. SA x pandai pakai lagi yang jenis shawl atau lilit bawal ni..SA masih belajar lagi insyaallah mana tau doa korang SA terus bertudung secara official. 

Untuk event tu SA memang insist nak cuba pakai tudung..bila lagi nak belajar kan..lepas tu event tu plak confirm ramai sedara mara yang bertudung waima ada je yang ramai free hair..tapi semangat SA nak belajar pakai tu kuat walau belum sepenuhnya..suami pun tak menghalang malah menggalakkan..dia suruh belajar pakai dulu nanti once dah mula pakai official tak mo tanggal- tanggal dah..untuk kali ni belajar dulu..tukang ajar pun selalunya Dania..ikut tutorial pun selalu tak menjadi..sebab muka SA ni sesuai pakai tudung syria je..tapi x nak la satu jenis je boleh pakai kan..

SA tengok Instagram selalu keluar promo bawal lezi Qainisa ni..bawal instant kain lycra...mudah pakai..sarung je ikat kat belakang..lepas tu bentuk ikut suka..nak ikat ke belakang aje pun ok..tapi memandangkan kebaya SA tu bukaan leher tu labuh sampai nampak cleavage terus SA tukar cara pakai..Dania tolong pin..

Korang kalau nak beli boleh search kat Shopee..mudah beli melalui shopee, kalau instagram kena whatsaap bagai..




SA beli 4 warna, hitam. maroon, dark blue dan beige kalau tak salah...baru pakai yang hitam..yang lain belum pakai lagi..


 

Pada SA murah la..4 helai RM90..masa SA beli tu...sekarang tak tau la berapa harga..SA beli sebab bawal ni ada satu lapisan yang boleh sembunyikan double chin..lepas tu ada tali untuk ikat ke belakang..senang bentuk la..

SA ada gak beli beberapa helai tudung bawal 4 segi yang banyak diorang jual kat live tik tok..cuma SA sedang nak belajar pakai..tudung tu corak bunga- bunga la..kena pakai dengan baju plain..hehehe..kadang SA x pandai nak matchkan dengan baju..SA akan mintak tolong atau pendapat Dania..

Doakan SA ye..insyaallah mana tau SA akan officially bertudung..lepas SA up gambar tu kat FB dan Instagram ramai yang DM SA suruh terus pakai, terus istiqomah dan x kurang jugak yang kutuk. SA x nak negative vibes dalam hidup SA mana yang kutuk caci maki SA selama ni tu SA maafkan dan blocked jer terus..insyaallah...one fine day SA akan officially bertudung...masa tu nanti korang x hadiahkan SA tudung..SA x nak kawan..hahaha..xde la..semoga masa tu akan tiba..yang nyata SA sedang belajar..

Search aje kat shopee ye tudung qainisa tu..insyaallah jumpa...trust me..tudung ni senang pakai..senang bentuk walau harga sedikit mahal..

Sarapan Pagi Ahad

Assalamualaikum...

Salam Isnin minggu pertama October...hari ni SA sedikit busy dengan assignment..banyak kerja nak kena buat sebab next week ada event department SA..so banyak betul assignment SA hari ni..kena buat slowly x leh nak rushing sangat..

Semalam SA penat sangat sebenarnya...so SA published la menu sarapan pagi semalam. Tak pernah- pernah sarpaan pukul 10am. Semua penat gara- gara unplanned BBQ session malam tu..penangan betul..Adik SA buatkan nasi lemak..sama- sama la sediakan bahan..Suami SA dah balik sebab Ahad tu kerja kan..pukul 3am dia dah gerak ke JB dan masuk Spore terus..

Jom tengok gambar...complete la nasi lemak kami,.selalu tu x complete sebab xde kacang la apa la...












 

Makan nasi lemak..lepas tu minum kopi 434 dengan harapan mata cerah xde mengantuk..xde maknanya..masing- masing lepas je sarapan terus terbaring dan lelap semula. SA dan Dania keluar ke rumah cousin kejap pergi pulangkan dulang hantaran yang kami pinjam hari tu..dah sebulan kahwin baru pulangkan..memasing sibuk..hahaha...

Makan tengahari plak pukul 4.00 petang...masak lambat sebab masing- masing kenyang makan nasi lemak pagi...nanti SA up entry menu lunch eh..late lunch kami...

Sunday, October 1, 2023

One Month Anniversary

Assalamualaikum..

Pada tarikh 1hb Sept SA bergelar isteri kepada Khairul Khaidi Adrutdin...
Hari ni 1 October 2023 genap sebulan kami berkahwin...
Sekejap aje masa berlalu..



 

Happy 1 month Anniversary En Suami..

Jauh lagi perjalanan kami 

Semoga kita bertemu kebahagiaan seperti yang diimpikan...slowly kita bertatih untuk menuju bahagia..

Love you to the moon and back 


BBQ Dan Sambutan Belated Birthday Dania

Assalamualaikum..

Asalnya cuma nak salai daging dan ikan je...xde plan pun nak buat birthday ke apa ke..lepas tu plan asal Ateh nak pi pantai nak BBQ satu family..Pak Zain ckp nak tumpang salai ikan keli dan daging. Sudahnya semua jadi lain..terus buat BBQ kat rumah je..Suami plak bagi cadangan kita sambut la birthday Dania. Lagipun birthday Dania x sambut lagi..

Maka terjadi lah plan yang on the spot..xde dalam perancangan dan tiba-tiba jadi je...seronok en suami join BBQ...plan nak balik JB petang tertunda gerak awal pagi memandangkan suami penat drive masa balik dari Shah Alam semalam

Jom tengok gambar..lets the photo explain everything...dasar malas nak buat caption kan SA...orang kuat of course la Ateh and family, Lissa dan Dania..SA dan suami bantu apa yang patut je..beli kepak ayam dan kek..












Kepak ayam


Ikan Ateh nak salai untuk rumah dia


Sosej untuk anak2 


Ikan cencaru untuk buat ikan bakar


Ikan keli untuk salai


Daging untuk salai


Air asam untuk ikan bakar


Udang untuk BBQ


Additional bahan sosej dan daging burger










Kek Dania uncle belikan











Alhamdulillah settle...SA x tunggu lama...naik atas mandi, turun balik buatkan diorang kopi 434.

Bila plan on the spot selalunya jadi kan..SA ada call Acu..ehhhh...makcik tu menangis plak dia takde..alahai Acu oiii...nanti la tunggu Acu balik kita berkumpul lagi lepas tu kita buat BBQ lagi ok...xde plan pun nak buat BBQ..x kan la kami plan ketepikan awak kan...Acu jangan merajuk tau..nanti kita semua buat lagi sekali..buat kat tepi pantai pun best...kan..
 


Top Komentator September 2023

Assalamualaikum...

Macam sekejap aje rasanya..macam baru je umum top Komentator August kan..tiba hari ni sampai dah masa SA umumkan top Komentator September plak...



 

Alhamdulillah...

Tahniah buat Mama Zharfan...

Seperti biasa sila emailkan details ke email Suriaamanda@yahoo.com dengan tajuk Pemenang Top Komentator September 2023.

Sekali lagi tahniah buat Mama Zharfan. 

Dengan pengumuman ini SA buka kembali contest top Komentator dan mencari pemenang untuk October 2023.

Kepada yang belum lagi pernah menang boleh la cuba nasib ye..syarat utama pemenang anda merupakan blogger dari Malaysia bagi memudahkan urusan penghantaran hadiah dan blogger luar dari Malaysia SA akan letak link di sidebar serta buatkan 1 entry khas review blog anda...

Jumpa lagi next entry...

Happy 1 Month Anniversary SA dan Suami


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah