Monday, December 16, 2019

Dating Tengok Wayang & Jalan- Jalan Dengan Dania

Hi korang...

Sabtu lepas bawa Dania balik KL kan...sajo la nak jenjalan dating tengok wayang dengan dia..Tahun ni kami tak kemana- mana..kekangan masa, kekangan kewangan dan juga mama kehabisan cuti..ye uolls..cuti SA habis langsung..betul- betul tinggal sehari je untuk amik result PT3 nanti..buka sekolah nanti terpaksalah mama advance cuti..so Jumaat tu dia dah ikut mama kat opis seharian..malam dah lepak rumah sewa mama..dah tido awal sebab kat rumah sewa mama dia mana ada excitement, tv ada..tapi astro takde..hahaha..tido awal..bangun awal dengan segar..battery dah fully charge kan..hambik...berjalan jer la kami..mulanya SA bercadang nak sewa hotel kat KL ni..tapi macam tak berbaloi sebab rumah sewa ada..buat apa nak bazir duit atau sibuk nak swipe credit card kalau takde keperluan kan..ni keperluan sekolah tak beli lagi..

So seawal pukul 10 pagi kami berdua dah gerak ke Mutiara Damansara sebab nak tengok wayang citer JUMANJI kat  E-Curve. Sampai pun awal giler..so kami ronda- ronda dulu..tak pening nak beli tiket sebab SA dah beli tiket kat Touch N Go Ewallet..so nanti pi redeem je kat kaunter..dia takde machine scan bar code macam kat TGV tu ye...so kena la redeem tiket...itupun tak lama gak...Sekarang kan nak Christmas...so..semua mall akan terhias indah dengan deco- deco Christmas..suka tengok deco kat The Curve ni....



Masa ni muka tak comot mana lagi...


Cuaca pun mendung je nak hujan..eh..dah hujan dah pun sebenarnya..kesian rusa tu berhujan...


Looks like real kan...


Dah kenapa buat muka macam tu...sabar jer la...


Ada flea market kat The Curve tapi tak shopping pun sebab takde keperluan..


Jalan- jalan..belek- belek dan jalan lagi...


Masuk je The Curve...waaaaaa.....tahun ni tema Beary Merry Christmas..deco semua tentang teddy bear...


Geram kan tengok teddy bear besar tu...mahal memang mahal..tapi kalu minat sure beli punya..tapi takde la beli..tumpang amik gambar jer la...sebabnya nak usung macam mana plak teddy bear tu kami naik MRT..balik plak naik bas...kalau bawak kereta tu x tau nk letak mana..bonet pun agaknya penuh dia sekor je...Dania ada satu la bear besa ni..besar skit dari dia dan la ni jadi bantal dia tido kat bilik..


Tengok la muka happy dia..so bakal menantu..nak amik hati anak dara mama ni...sila beli teddy bear ye..hahaha...


Mama pun nak pose..


One more pose from mama 


Deco kat main stage...


Lagi..dan lagi...


Last pose..


Masa ni kat TYPO


Paksa dia pose kat sini...


Lepas tu kami tengok Jumanji...

Sinopsis Jumanji The Next Level

Tanpa diketahui oleh kawan-kawannya, Spencer telah menyimpan kepingan video permainan Jumanji dan satu hari membaiki sistem itu di ruangan bawah tanah rumahnya. Apabila rakan-rakan Spencer iaitu Bethany, Fridge dan Martha tiba di rumah Spencer, mereka menyedari Spencer telah hilang selepas mendengar bunyi yang dikeluarkan dari permainan Jumanji. Mereka memutuskan untuk memasuki semula dalam permainan Jumanji untuk menyelamatkan Spencer. Dan tanpa disedari datuk Spencer Eddie dan kawannya Milo Walker yang turut mendengar bunyi tersebut dan secara tidak sengaja tersedut ke dalam permainan Jumanji. Mereka disedut ke permainan tanpa sempat memilih avatar masing masing. 

Di Jumanji berlaku kekeliruan antara mereka kerana mereka bertukar watak avatar kecuali Martha. Manakla Bethany tidak disedut masuk ke dalam permainan. Dengan usaha baru yang ditawarkan kepada mereka oleh Nigel Billingsley yang mendakwa bahawa salah seorang daripada mereka tidak akan keluar dari pengembaraan ini hidup-hidup, rakan-rakan remaja harus membantu Eddie dan Milo membiasakan diri dalam avatar dalam permainan mereka. Dapatkah mereka membantu mencari Spencer dan menyelamatkan Jumanji sekali lagi sekaligus keluar dari permainan tersebut?Siapa salah seorang rakan mereka yang tak akan keluar dari permainan itu?

Source sinopsis pinjam Mimi Azirah

Best ke Jumanji The Next Level?

Pada SA kalau compare memang x se best Jumanji Welcome To The Jungle la..cuma confuse sebab avatar dalam game ni dah bertukar kan..watak bertukar sebab game board tu rosak dan Spencer yang cuba baiki dan masuk ke alam tu kan..banyak lawak la bila Eddie dan Milo pun tetiba ada dalam tu..banyak gelak la tengok citer ni...so korang kalau nak tau best ke tak..sila tengok sendiri ye..boleh je bawak anak- anak tengok citer ni..cuti sekolah kan...

Saturday, December 14, 2019

Perkongsian Kisah Benar...

JANJI KAMI

Kisah benar ini , Aku alami dan lihat dihadapan mata aku sendiri , Lebih kurang 7 tahun yang lepas .
Ketika itu , Aku sedang bertugas di salah sebuah Hospital Daerah di Johor .

Malam tu seperti biasa , Aku oncall , Di jabatan kecemasan .

Jam 10 malam ..
Jumlah pesakit mula berkurangan .
Aku pun masuklah dalam bilik rehat oncall , Untuk rehat kan badan .

Tak lama lepas tu ..

“ Bos , Ada patient .. Luka dalam dekat kepala ..” Balas salah seorang pembantu perubatan ..

“ Oh , Luka sebab apa ?” Tanya aku

“ Katanya isteri mengamuk ... “ Balas pembantu perubatan

“ Berapa umur patient ?” Tanya aku

“ Dekat 60-an umur dia ..” Balas pembantu perubatan .

“ Mak oi , Ganas betul bini dia ..mengamuk sampai macam tu skali , Mesti laki dia buat hal ni .... kalau tidak , takkan bini nak mengamuk sampai macam ni kan ... ok sekejap , Saya datang tengok ..” balas aku...

Aku pun , Terus melangkah , Ke “ Yellow zone “ Separa kecemasan ...

“ Bos , Ada patient lagi seorang ...Amuk dekat rumah ... Kita dah ikat .. Polis yang bawa.. “ Balas pembantu perubatan

“ Ok , Saya tengok yang luka ni dulu ...” balas aku

Disebelah katil itu , Terbaring nya seorang lelaki yang berumur lewat 60 an , Berpakaian kemas , dengan kopiah di kepala .. Nampak bersih orangnya ..

“ Assalamualaikum , Tuan .. saya doktor yang merawat .. luka dalam juga ni ... apa terjadi ni tuan ?” tanya aku ..

“ walaikumsalam , Doktor .. Panggil saya pak dollah je , Tuan tu tak biasalah saya ... itulah , Saya luka di kepala ni ... kena kuali terbang ... “ balas pakcik tu tersenyum..

“ Macam mana boleh terbang sampai kepala kuali ni ..” Tanya aku ..

“ Saya dah biasa dah doktor .. Bukan setakat kuali .. Baldi , besen , kerusi .. apa saja lagi semua pernah terbang ke arah saya ..” balas pak dollah lagi ...

“ Dasyat betul eh , Semua objek terbang menerbang ni .. dah kenapa pakcik ?” balas aku ...

“ Isteri saya mengamuk ... itu sudah biasa..” balas pak dollah

“ Oh , Boleh pakcik cerita ... kenapa makcik mengamuk sangat ... Sementara tu saya jahitkan dulu kepala pak cik ni ..” balas aku

“ Orang sebelah katil saya ni ... Isteri kesayangan saya ... dah lama dia ada masalah mental ... Bila terlupa makan ubat ... Atau ubat dah habis ... Memang dia akan berubah ... Terus jadi Amuk ..” Balas pak dollah

“ Ohh ... Masalah mental ya .. Ingatkan pakcik kawin baru .. he he he ..” gurau aku

Pak dollah , Hanya tersenyum ...

“ dah tua dah doktor , Nak berbini lagi pun , Bukannya mampu , Tak kuat pun lagi ..” Balas pak dollah ..

Aku teruskan menjahit ..

“ selalu ke jadi macam ni .. sejak berapa lama makcik ada masalah mental ni ...pak dollah ?” Tanya aku ..

“ Boleh tahan kerap juga ... kadang 2 minggu sekali , Ye lah kadang kadang saya pun ada terlepas pandang bila makcik terlupa makan ubat , Mak cik dah ada penyakit ni sejak 5 tahun lepas ...” balas pak dollah ...

“ Tapi hebat lah pak dollah , Boleh bertahan sampai ke hari ni ..” Balas aku tersenyum ..

“ Sejak dia sakit ni 5 tahun lepas , Dia tak seperti dulu ... Perwatakan dia dah berubah .. Tak seperti yang pak dollah kenal dulu ... dia mula jadi cepat marah , Kadang kadang dia tak kenal pak dollah , Meracau sorang2 ... pak dollah hanya hidup dengan jasad saja .. walaupun hati perasaan dia dah lama hilang ... Kdang kadang timbul rasa benci .. cepat cepat pak dollah solat .. untuk buang segala perasaan benci dan marah tu .....” Balas pak dollah tunduk ... matanya merah , Air mata mula membasahi pipi ...

“ Sabar ya pak dollah ..” Pujuk aku ..

“ Maaf doktor , Sedikit emosi .. Tapi doktor jangan risau lah , Mak cik ni tanggungjawab pak dollah ... Sejak dari hari pertama pak dollah nikahi dia .. Itu bermakna Allah dah tanggung jawabkan makcik pada pak dollah .. Dah menjadi kewajipan saya untuk jaga dia seumur hidup ... “ Balas pak dollah ...

“ Makcik boleh uruskan diri sendiri selepas kena penyakit ni ?” tanya aku ..

“ Pak dollah lah yang uruskan semuanya ... Mandi , Makan , Minum , Berak , Kencing ... Pakaian dia .. Aurat dia ... Setiap hari tak pernah putus... Pak dollah jaga yang termampu ... Kalau kena hari yang dia ok ... Pun pak dollah tetap jaga seperti biasa ..“ Balas pak dollah

“ Bila polis datang ?” Tanya aku

“ Tadi makcik baling barang barang sahaja , Tapi dari jauh , Saya nampak makcik dah mula pegang Parang .. Cepat cepat pakcik telefon polis ... “ Balas pak dollah

“ Ya allah , Seram jugak macam tu .. Tapi pak dollah tetap bersabar dengan makcik kan ..” Balas aku

“ Pakcik percaya , Sakit ini ujian tuhan .. Kalau makcik tak kena sakit ni , Mak cik takkan buat macam ni .. Makcik ni sebelum ni , Lemah lembut orangnya .. Dia jaga pakcik bagaikan menatang minyak yang penuh .. Tak setimpal apa yang pakcik buat sekarang ni .. Jatuh naik , kami bersama..” balas pak dollah ...

“ Kagum lah pak dollah .. Sayang betul ... pak dollah dengan makcik ..” Balas aku ..

“ Anak anak pakcik mana ? “ tanya aku

“ Sejak makcik sakit , Anak anak jarang sangat balik kampung , Takut mak dia mengamuk katanya .. Dulu pernah sekalj .. Makcik pernah balik senduk pada cucu dia sendiri .. Itu lah kalj terakhir anak kami pulang ke kampung ..” Balas pak dollah

Mendengar kisah itu ... Aku sendiri mula sebak dan tunduk .. Berat ujian yang allah turun kan pada pak dollah .

Namun , Untuk mengembalikan suasana , Aku cuba mengubah topik ...

“ Makcik saya dah beri ubat penenang , Nanti kita refer pada Pakar Psikiatri ya .. Kepala pak dollah pun saya dah siap jahit ni ... “ Balas aku lagi

“ Doktor , Saya nak mintak kebenaran boleh ? Izinkan saya duduk disebelah makcik boleh ?” Tanya pak dollah ..

“ Ya allah , Mesti lah boleh pak dollah .. Silakan .... “ Balas aku

Pak dollah pun bangun dari katil , Berjalan ke katil isterinya .. Pak dollah duduk sambil mengusap dahi isterinya itu ..Dan mencium tangan isterinya yang terikat pada katil itu berkai kali ..

“ Jangan risau , Awak rehat lah ... Saya kan ada ni ...” bisik pak dollah pada isterinya

Aku hanya terpaku dihujung katil itu ... Sambil aku merenung .. Senyum
pada pak dollah ..

Entah kenapa ... Rasa tenang sangat lihat pak dollah

“ Doktor .. Maaf ... Sekali lagi saya nak tanya .. Boleh tak dapatkan saya kain dan air suam ...” Tanya pak dollah ..

“ Boleh , Kejap ya .. Saya mintak misi ambik kan ..” Balas aku

Tak lama selepas tu , Misi pun bawa kain putih .. dan air suam

Pak dollah menyambut dengan penuh senyuman dan rendah diri ... Menunduk berkali kali tanda penghargaan ..

Pak dollah basah kan kain itu dengan air suam ..

Kemudian , Dia berjalan ke hujung katil , Ke arah aku....

Kain basah suam itu , Pak dollah letakkan pada tapak kaki isterinya ..

Dengan penuh keikhlasan , Pak dollah membersihkan kaki isterinya itu ...

Sambil memandang ke arah aku ..

“ Tadi masa polis ambil dia ... Tak sempat saya sarungkan selipar .. Dah kotor tapak kaki makcik ...” Balas pak dollah ...

Dan pada saat itu .. Aku yang sedang berdiri .. Hanya mampu melihat .. Sesuatu yang paling indah ... Sesuatu peluang yang sengaja tuhan itu beri pada ku untuk memahami .. Apakah itu Cinta ..

Walaupun Pak Dollah di pukul hinga berdarah kepalanya .. Itu bukan lah alasan ..

“ Makcik ni , Seorang saja dalam dunia .. Kalau dia dah pergi nanti .. Pak cik dah tak akan jumpa orang macam makcik lagi ..” Balas pak dollah ..

Jika tuhan berikan kau seorang sahaja untuk kau jaga , Bayangkan Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad terhadap Seluruh umatnya ..

Malam tu membuatkan aku sangat teruja .. Tak sangka aku berpeluang melihat sesuatu yang indah .. Ini semua rezeki dari yang maha esa..

Cinta itu , Jika kurniaannya dan datangnya ikhlas kerana Allah .. Maka indah lah dia ..

Tapi Jika , Cinta itu datang dari nafsu semata .. Maka binasa lah ia..

Di saat aku sedang terpegun dan mengelamun melihat pak dollah yang kusyuk membersihkan kaki isterinya itu ...

“ Kalau doktor nak tahu .. Orang yang di atas katil ni lah Cinta Hati saya , Saya dah berjanji dari hari pertama saya nikahi dia , Yang ...Kami akan menjalani usia tua bersama hingga kesyurga .. “
Balas pak dollah .. tersenyum

Sambil mencium tapak kaki isterinya itu ...

Allahuakbar ....
————————
Mari kita tanya diri kita semula .

Apakah kita mampu lakukan apa yang dilakukan oleh pak dollah ?

“ Ya allah , Kau permudahkan lah perjalanan hidupku dan ahli keluargaku “

Pergaduhan tu memang asam garam dalam rumah tangga , Tapi jaga lah hubungan itu sebaik mungkin yang terdaya .Ambil lah yang positif dari setiap hikmah yang berlaku .

Yang penting , Ingatlah siapa bersama kita dikala naik dan turunya nasib kita.

Kongsilah cinta dengan pasangan anda sementara mereka masih ada .

Gambar ni aku snap dari jauh ... Masa pak dollah ( Bukan nama sebenar) Membersihkan kaki isterinya .

Kadang kadang , Tak perlu hadiah yang mewah , Cukup sekadar kita menghargai insan itu , Kerana ianya lebih bermakna.

Allahuakbar

Friday, December 13, 2019

Dania Ikut Mama Pergi Kerja...

Hi korang....

Hari ni Kakak Dania ikut mama pergi kerja...nasib la kena bangun pagi- pagi subuh sebab nak naik bas sekali ngan mama kan..hahaha...pagi ni awal giler plak sampai KL..7.20am dah sampai dah..ingat nak terus pergi sarapan lupa plak mama tengah IF..mama buka puasa pukul 9am. Dah puasa dari pukul 7pm semalam kan...gigil oiii...mana taknya duk minum air putih jer...tak tau la berjaya ke tak usaha SA ni ha...bukan nak kurus pun..lebih pada nak sihat je...petang ni kakak Dania kena la ikut mama makan pukul 6 petang...esok pagi dia dah request nak makan nasi goreng sardin mama masak..boleh la..xde masalah pun nak masak nasi goreng sardin..

So pagi ni SA dan Dania tapau bihun goreng je and makan kat pantry...takde plak amik gambar..lupa..hahaha...rehat tengahari makan chicken chop kat Paddington Cafe KL Sentral...kebetulan ada set lunch sekali ngan mushroom soup...erm belasah je la....


Selfie jap..nak hantar kat group family


Makan mushroom soup


Takde la kick sangat tapi boleh la...


Set didatangkan dengan teh o ais limau juga


Chicken chop with black pepper sauce 


Kenyang dua beranak makan benda yang sama..

Dania biasa la..chicken chop memang fav dia...SA boleh je makan xde masalah cuma tak tau la bleh kenyang ke tak sampai sblom kul 6pm...just nak elak dari makan sebelum pukul 6pm..kang tak makan plak selepas pukul 6 nanti malam lapar plak..memang tghari ni SA elakkan makan nasi...nanti petang kul 6 cadangnya nak cari nasi..tak pun cari la makanan lain plak...

Esok aktiviti kami berdua..nak tengok wayang kat The Curve, lepas tu nak makan kat Pak John..dia request dari hari tu...so..untuk esok nanti SA update kemudian eh...just nak happy kan dia je ni sebelum ambil result PT3 next week..huiii seram..macam dalam perut ni penuh rama- rama dibuatnya...apapun keputusan dia..SA terima sebab dia dah buat yang terbaik...

Pokok Bunga Tanaman Adik Ipar

Hi korang...

Haa ni ast entry masa pi Muar ari tu ye...adik ipar SA ni suka tanam bunga dan pandai hias rumah...cantik rumah dia sebab tu x berani nak usik apa2 pun...kang rosak satu hal kan..ada mini taman jugak depan rumah dia..ada tersusun indah pasu- pasu berbentuk binatang dan macam- macam lagi untuk cantikkan laman..SA plak pandai sangat x pi amik gambar..just amik gambar pokok bunga je..kat taman dia tu ada flamingo comel kaler pink..ada kerusi dari batang kayu jugak...ada beberapa pokok bunga yang SA sempat snap gambar...Banyak gak pokok bunga dia cumanya SA x tau nama..main bantai snap je...SA ni tangan panas...confirm mati pokok2 kalau SA yang tanam...


Antara hiasan kat luar rumah..cantik kan...


















Semua tanaman kat atas tu adik ipar SA yang tanam...sebelum ni ada beberapa pokok orchid kampung pelbagai warna..mana ntah pokok tu..tak pulak SA tanya dia..kat belakang rumah ada la dia tanam serai sikit, pokok kunyit, daun kesum, pokok kari, pegaga, limau purut, cili dan pokok puding yang buat rendang tu...Yang tu dia tanam kat tanah...ada la sikit tanah kat belakang rumah...pokok bunga telang tu banyak dah bunganya...dia cakap biasa buat kuih talam...dia pun ada bagi benih kat abah...x tau la apa jadi benih tu nanti..samada jadi pokok atau tak jadi..hahaha...satu hal SA nak belajar buat nasi kerabu ngan buat kuih talam guna bunga telang tu...

L'Oréal Malaysia Membantu Wanita Muda Membina Hidup Berkualiti Menerusi Kecantikan


Graduan 2019 Program Beauty for a Better Life



Selepas menjalani latihan selama 12 bulan, 24 orang wanita berusia antara 16 dan 20 tahun yang merupakan kumpulan kelas 2019, kini lulus dari program Beauty for a Better Life (BFBL) L’Oréal Foundation. Mereka kini adalah pendandan rambut dan jururias yang diiktiraf, dan bersedia untuk mengorak langkah dalam industri kecantikan!

Berdasarkan kepada prinsip memperkasa melalui pendidikan, program ini mula dilaksanakan oleh L'Oréal Malaysia sejak 2016 sebagai sumbangan syarikat dalam memainkan peranan untuk memperkasakan wanita muda di negara ini melalui pendidikan. Ia menyediakan wanita muda dengan latihan berkualiti tinggi dan tanpa bayaran dalam sektor dandanan rambut dan kecantikan profesional. Dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) menerusi Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA (VTOC), program ini bertujuan untuk mendidik wanita muda Malaysia yang tidak berpeluang mendapat akses pendidikan yang baik untuk memperoleh pensijilan yang diiktiraf dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan. Dengan kemahiran ini, kumpulan wanita muda ini dapat memperoleh motivasi dan bangga terhadap sendiri, serta berintegrasi secara profesional ke dalam komuniti masing-masing.

Upacara graduasi diserikan lagi dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Menurutnya, program Beauty for a Better Life ini melengkapkan usaha kementerian untuk membangunkan wanita yang kurang bernasib baik dengan menyediakan peluang latihan vokasional pada mereka yang tidak berkemampuan. Beliau juga menekankan bahawa latihan percuma ini mampu mengatasi rintangan bagi wanita muda dari keluarga yang miskin mendapatkan kemahiran profesional, dan yang lebih penting meningkatkan gaya hidup melalui pekerjaan atau memulakan perniagaan perkhidmatan selepas itu.




Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh juga terus menekankan bahawa kerajaan sendiri tidak boleh atau mampu menyediakan latihan vokasional seperti ini tanpa bekerjasama dengan organisasi yang berjaya dalam industri tersebut seperti L’Oréal untuk memberi panduan dan membimbing wanita muda menempatkan mereka dan kekal relevan dalam pasaran ini.



Pengarah Komunikasi Korporat L’Oréal Malaysia, Zaireen Ibrahim menegaskan bahawa L’Oréal adalah peneraju global dalam kecantikan dengan semangat komuniti untuk memberi bantuan kepada yang memerlukannya. “Di Malaysia, kami komited untuk memberi balik kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan salah satunya adalah program Beauty for a Better Life. Dengan program ini, visi kami adalah untuk membantu mengubah hidup wanita muda dengan memberi inspirasi dan pembelajaran kualiti tinggi untuk kerjaya dalam sektor kecantikan dan dandanan rambut, dengan ini membantu mereka untuk menerima pendapatan yang lestari bagi kehidupan yang lebih bagus. Sejak bermulanya program ini, kami telah membantu dengan menubuhkan pusat latihan yang baru, melatih jurulatih, menyediakan latihan motivasi, mengadakan latihan kelas master bersama L’Oréal Professionnel dan padanan kerja bagi pelatih selepas tamatnya program ini

Semasa majlis graduasi di Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA di Kuala Lumpur, kelas siswazah 2019 menunjukkan kemahiran mereka dengan memberi perkhidmatan memotong rambut serta solekan kepada para pelajar daripada Akademi Inovasi SOLS 24/7, pertubuhan bukan untung yang berteraskan pembelajaran dan memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik. Mereka termasuk termasuk remaja yang akan menghadiri temuduga kerja boleh mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut dan solekan profesional untuk membantu mereka tampil yakin untuk pekerjaan impian mereka!

Para graduan tahun ini termasuk empat wanita muda dari masyarakat asli di Gua Musang, Kelantan. Mereka memiliki prestasi cemerlang sepanjang latihan mereka dan tiga daripadanya telah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka.



Bagi Amisha A/P Rudin yang berusia 18 tahun dari Gua Musang, Kelantan, menerima Anugerah Prestasi Terbaik merupakan suatu kejutan besar buatnya. "Saya tidak pernah menjangka dipilih - ia adalah satu penghormatan untuk saya dan saya bersyukur kerana peluang yang diberikan oleh L'Oreal untuk saya mengejar impian menjadi pendandan rambut profesional. Selepas tamat PT3, saya berpindah ke Melaka untuk mencari peluang yang lebih baik sebelum diperkenalkan kepada program Beauty for a Better Life oleh paderi gereja saya. Sepanjang program tersebut, saya mendapat banyak pengalaman dan membuat ramai kawan baharu. Walaupun latar belakang kami berbeza, saya menjadi sangat rapat dengan rakan sekelas saya, yang merupakan sesuatu yang saya tidak pernah saya alami di tempat lain."  Pada ketika ini, Amisha menjalani latihan kerja di sebuah salon kecantikan di Seputeh, Kuala Lumpur dan beliau berharap akan dapat terus bekerja di sana selepas tamat pengajian, dan seterusnya dapat membuka salun sendiri di Kuala Lumpur pada masa depan.

Penerima Anugerah Pelatih Cemerlang, Ramapriya Ramarao, 20, dari Selekoh, Perak, berkongsi bahawa hidupnya berubah menjadi lebih baik sejak menyertai program Kecantikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik.  Dia yang suka melukis, mula berlatih membuat mehendi (inai) pada adik-beradik dan ibunya sejak berusia sembilan tahun. Datang dari keluarga ibu tunggal, dia mendapat tahu tentang program ini melalui seorang guru di VTOC selepas menamatkan SPM. Melalui program Kecantikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik, Ramapriya belajar berdikari. 

Setelah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian lagi, dia berkata dia akan menggunakan kemahirannya untuk tujuan baik sebagai seorang artis kecantikan dan henna, dan mengubah minatnya menjadi satu kerjayanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang L'Oréal Foundation dan program Beauty for  Better Life, sila layari www.fondationloreal.com


Thursday, December 12, 2019

Le.Lab Routine Charcoal Clay Mask Bantu Hilangkan Jerawat & Parut Seawal 7 Hari...

Le.Lab Routine Charcoal Clay Mask Bantu Hilangkan Jerawat & Parut Seawal 7hari


Hi korang...

Ramai wanita mengimpikan kulit yang wajah sihat, cerah dan mulus. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja rawatan kecantikan bagi mendapatkan wajah idamannya. Melakukan perawatan atau penjagaan wajah sangat penting. Dengan merawat serta menjaganya dengan baik, kulit wajah akan terhindar daripada jerawat serta masalah-masalah kulit yang lain. Salah satu penjagaan kulit wajah yang kerap dilakukan adalah dengan penggunaan masker wajah!




Dengan kajian dan nasihat dari pakar kecantikan Le.Lab Routine mengeluarkan masker wajah Pertama di Malaysia yang mengandungi Orange Essential Oil. Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine merupakan produk penjagaan wajah yang berupaya memberikan manfaat dan merawat kulit wajah yang bermasalah. Penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine secara rutin membuatkan wajah menjadi sihat dan cantik semulajadi.




Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine adalah sejenis masker untuk muka yang diperbuat daripada koalin atau clay dan boleh dijadikan sebagai skrub muka. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah terutamanya kulit sensitif, berminyak, berjerawat dan breakout.

Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine Menutrisikan Kulit Dari Dalam Charcoal atau arang merupakan salah satu bahan semulajadi yang bermanfaat untuk menyerap dan menanggalkan kotoran serta minyak yang berlebihan di wajah dan dalam masa yang sama melembutkan kulit wajah. Pelbagai nutrisi yang terkandung di Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dan dipercayai efektif untuk membuatkan kulit wajah menjadi semakin cerah, mulus, bersih dan terhindar dari sebarang masalah.



Apa yang membuatkan Charcoal Clay Mask(CCM)  ini cukup istimewa? Charcoal Clay Mask sememangnya diformulasikan dengan arang dan lumpur untuk menanggalkan segera kotoran pada kulit wajah tanpa sebarang pengelupasan kulit. Bahkan masker ini turut mengandungi Orange Essential Oil yang dapat membantu proses penyembuhan kulit, terutama anda yang memiliki wajah yang berjerawat dengan lebih cepat.


5 bahan utama di dalam CCM:

* Arbutin – berfungsi merawat parut hitam akibat bekas jerawat dan tona kulit tak sekata.

*Orange Essential Oil – Sifat anti-radang yang terkandung pada orange essential oil berupaya mengecutkan jerawat dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru.

*White Koalin/Clay –  kotoran, sel kulit mati dan racun boleh menutup pori-pori. Namun, penggunaan  Charcoal Clay Mask(CCM) dapat menyingkirkan kotoran serta menyedut minyak yang berlebihan dan membersihkan pori-pori tersumbat.

* Luffah Charcoal – berfungsi sebagai agen scrub untuk membantu mengeluarkan kulit mati yang berlebihan.

*Salicylic Acid– berfungsi sebagai bahan utama untuk mematikan jerawat serta merawat masalah breakout. 



Untuk pembelian 500 unit pertama akan akan mendapat Free Mini Pack Daily Deep Cleanser by Le.Lab Routine (bernilai lebih RM15) Serikan wajah anda dengan Charcoal Clay Mask(CCM) Selamat datang kulit yang mulus, bersih dan cerah berseri serta bebas jerawat!! 

Harga yang ditawarkan: RM69.00 (50g)
Charcoal Clay Mask(CCM) boleh didapati di:
Routine HQ Website : www.lelabroutine.com

Update Blog Dalam MRT Sampai Tak Sedar Terlepas Stesen

Hi korang..

Korang tau la kan SA ni bekerja, so setiap kali update blog memang time senggang SA la..time kat dalam toilet, dalam komuter ataupun dalam MRT pagi-pagi nak pergi kerja. Memang gigih la update personal entry sebab lama dah takde entry untuk review...sebelum ni SA banyak tolak job sebab kurang sihat dan bagi tumpuan pada kerja hakiki SA...

Nak dijadikan cerita SA pernah ralit update blog sambil dengar lagu kat hp guna earphone dan SA terlepas station yang sepatutnya SA turun...kalau terlepas satu station takpe at least SA boleh turun dan amik LRT ke KL Sentral ini dah sampai Bukit Bintang uolls...sabar je la...leka sangat update sampai x dengar announcement dah sampai Muzium Negara..sejak dari tu SA berhati-hati dan dengar betul -betul...

sumber google.com

sumber google.com
Maunya tak ralit kan...MRT selesa, ekon kuat dan dan seronok la SA taip satu2 ayat...idea plak ntah kenapa masa tu mencurah-curah berebut nak keluar..hahaha.. statement melampau macam  bagus plak isi blog SA ye tak...macam tu la cara SA blogging sekarang...semua guna hp...laptop battery dah kaput..ntah bila nak pi beli battery baru ntah...tunggu bonus la kalau macam ni .sebab battery baru je beratus harga..x nak beli yang secondhand sebab nanti rosak balik kan...kena beli jugak la kan..mana tau Dania nak guna laptop plak nanti....

Eh...SA dh nak sampai Muzium Negara station ni...jumpa lagi korang next entry ye...kang terlepas lagi plak..jenuh...nasib masuk opis kul 9...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah