Monday, December 16, 2019

Dating Tengok Wayang & Jalan- Jalan Dengan Dania

Hi korang...

Sabtu lepas bawa Dania balik KL kan...sajo la nak jenjalan dating tengok wayang dengan dia..Tahun ni kami tak kemana- mana..kekangan masa, kekangan kewangan dan juga mama kehabisan cuti..ye uolls..cuti SA habis langsung..betul- betul tinggal sehari je untuk amik result PT3 nanti..buka sekolah nanti terpaksalah mama advance cuti..so Jumaat tu dia dah ikut mama kat opis seharian..malam dah lepak rumah sewa mama..dah tido awal sebab kat rumah sewa mama dia mana ada excitement, tv ada..tapi astro takde..hahaha..tido awal..bangun awal dengan segar..battery dah fully charge kan..hambik...berjalan jer la kami..mulanya SA bercadang nak sewa hotel kat KL ni..tapi macam tak berbaloi sebab rumah sewa ada..buat apa nak bazir duit atau sibuk nak swipe credit card kalau takde keperluan kan..ni keperluan sekolah tak beli lagi..

So seawal pukul 10 pagi kami berdua dah gerak ke Mutiara Damansara sebab nak tengok wayang citer JUMANJI kat  E-Curve. Sampai pun awal giler..so kami ronda- ronda dulu..tak pening nak beli tiket sebab SA dah beli tiket kat Touch N Go Ewallet..so nanti pi redeem je kat kaunter..dia takde machine scan bar code macam kat TGV tu ye...so kena la redeem tiket...itupun tak lama gak...Sekarang kan nak Christmas...so..semua mall akan terhias indah dengan deco- deco Christmas..suka tengok deco kat The Curve ni....



Masa ni muka tak comot mana lagi...


Cuaca pun mendung je nak hujan..eh..dah hujan dah pun sebenarnya..kesian rusa tu berhujan...


Looks like real kan...


Dah kenapa buat muka macam tu...sabar jer la...


Ada flea market kat The Curve tapi tak shopping pun sebab takde keperluan..


Jalan- jalan..belek- belek dan jalan lagi...


Masuk je The Curve...waaaaaa.....tahun ni tema Beary Merry Christmas..deco semua tentang teddy bear...


Geram kan tengok teddy bear besar tu...mahal memang mahal..tapi kalu minat sure beli punya..tapi takde la beli..tumpang amik gambar jer la...sebabnya nak usung macam mana plak teddy bear tu kami naik MRT..balik plak naik bas...kalau bawak kereta tu x tau nk letak mana..bonet pun agaknya penuh dia sekor je...Dania ada satu la bear besa ni..besar skit dari dia dan la ni jadi bantal dia tido kat bilik..


Tengok la muka happy dia..so bakal menantu..nak amik hati anak dara mama ni...sila beli teddy bear ye..hahaha...


Mama pun nak pose..


One more pose from mama 


Deco kat main stage...


Lagi..dan lagi...


Last pose..


Masa ni kat TYPO


Paksa dia pose kat sini...


Lepas tu kami tengok Jumanji...

Sinopsis Jumanji The Next Level

Tanpa diketahui oleh kawan-kawannya, Spencer telah menyimpan kepingan video permainan Jumanji dan satu hari membaiki sistem itu di ruangan bawah tanah rumahnya. Apabila rakan-rakan Spencer iaitu Bethany, Fridge dan Martha tiba di rumah Spencer, mereka menyedari Spencer telah hilang selepas mendengar bunyi yang dikeluarkan dari permainan Jumanji. Mereka memutuskan untuk memasuki semula dalam permainan Jumanji untuk menyelamatkan Spencer. Dan tanpa disedari datuk Spencer Eddie dan kawannya Milo Walker yang turut mendengar bunyi tersebut dan secara tidak sengaja tersedut ke dalam permainan Jumanji. Mereka disedut ke permainan tanpa sempat memilih avatar masing masing. 

Di Jumanji berlaku kekeliruan antara mereka kerana mereka bertukar watak avatar kecuali Martha. Manakla Bethany tidak disedut masuk ke dalam permainan. Dengan usaha baru yang ditawarkan kepada mereka oleh Nigel Billingsley yang mendakwa bahawa salah seorang daripada mereka tidak akan keluar dari pengembaraan ini hidup-hidup, rakan-rakan remaja harus membantu Eddie dan Milo membiasakan diri dalam avatar dalam permainan mereka. Dapatkah mereka membantu mencari Spencer dan menyelamatkan Jumanji sekali lagi sekaligus keluar dari permainan tersebut?Siapa salah seorang rakan mereka yang tak akan keluar dari permainan itu?

Source sinopsis pinjam Mimi Azirah

Best ke Jumanji The Next Level?

Pada SA kalau compare memang x se best Jumanji Welcome To The Jungle la..cuma confuse sebab avatar dalam game ni dah bertukar kan..watak bertukar sebab game board tu rosak dan Spencer yang cuba baiki dan masuk ke alam tu kan..banyak lawak la bila Eddie dan Milo pun tetiba ada dalam tu..banyak gelak la tengok citer ni...so korang kalau nak tau best ke tak..sila tengok sendiri ye..boleh je bawak anak- anak tengok citer ni..cuti sekolah kan...

18 comments:

  1. ankdara ajk juga tgk jumaji tp tk pi2 lagi..lama tk pi the curve..deco2 krismas mana2 mall skarang mmg meriah

    ReplyDelete
  2. seronok Dania berjalan ye.
    Anak-anak pun lama dah tak masuk mall.. takat gi Mydin je. sian budak-budak ni.

    ReplyDelete
  3. cantik nya deko kat sana kak... nanti nak bawak aiyan jalan sana jugak lah...
    anak dara akak nih dah matang, dia ok je dan paham mama nya kan , ajak jalan-jalan gini pun mesti dia dah ok

    ReplyDelete
  4. syoknya girls day out kak.. best tak jumanji

    ReplyDelete
  5. dana kalau nk layan jumanji ni kene tengok yang sebelum ni dulu lah, sebab tak pernah layan jumanji nih... tapi sebab ada the rock macam menarik je... takat jumanji yang kartun pernahla layan hehehe

    ReplyDelete
  6. Seronok dapat spend time macam nie kan.. girls day out gitu. Kak Sue belum tengok lagi Jumanji nie.. tunggu Kakak cuti kut kalau sempat..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya macam kakak & adik. Lama Marsha tak lawat akak...rindunya nak jumpa

    ReplyDelete
  8. Suami dah pergi tengok jumanji.. Ingat nanti layan dekat rumah jelah.. huhuu... Kirim salam dekat Dania ye..

    ReplyDelete
  9. Seronok kakak Dania ke KL jalan jalan. Belum tengok Jumanji lagi. Tengok online je lah nampaknya nanti. Lama betul tak jejak The Curve ni..Dulu rajin juga tengok wayang sini.

    ReplyDelete
  10. bnyk komen tak berapa best mcm yg jumanji yg leps.. tpi lawak tu ada.. sebb 'the rock' ada paksa jugk tengok

    ReplyDelete
  11. Baru ni nak tengok masa balik Ipoh tapi full house daaa..nanti lah dah surut sikit orang serbu panggung, baru kitaorang pi tengok.

    ReplyDelete
  12. hahahha.. kelakar Jumanji ni. Tapi kita lagi suka Jumanji pertama dulu.. eh, sume Jumanji best laaa

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah best spend masa dengan anak2 jalan2 cuci makan tengok wayang ^_^

    ReplyDelete
  14. dah tgk juga JUMANJI memang best...eee..besarnya bear

    ReplyDelete
  15. Geram pulak tengok teddy besar tuh kak... Tuh kalau ada kat rumah buat jadi bantal je.. Jumanji yg ni x sebest yang welcome to the jungle kan? Tapi bolehlah not bad.. Still okay lg la jalan cerita dia

    ReplyDelete
  16. dah boleh jadi BFF dah kan SA :)

    ReplyDelete
  17. Geramnya tengok teddy bear tu..
    Tak tengok lagi Jumanji..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah