Saturday, August 28, 2021

Jom Semarakkan Semangat Kemerdekaan Di Kediaman Kita

Assalamualaikum....

Hi korang...

Dah gantung bendera? Tak lama lagi kita nak sambut Merdeka kan.....Bangun pagi SA dah keluar depan rumah...tengok apa yang patut...eh..x perasan Pak Zain dah gantung bendera...tahun ni lorang rumah SA ni x meriah sambutan..lorong- lorong lain pun x meriah...tak macam tahun lepas...tahun lepas satu taman ni macam- mcam decoration ada.....semangat betul walau tahun lepas masih pandemic dan kes x banyak pun...cuma tahun ni takde dah...apa yang SA nampak...rumah- rumah yang ada kawasan kat tepi or rumah tepi semua dah stat buat mini kebun...semua dah luang masa dengan bercucuk tanam..bagus macam ni kan...ad satu rumah tu tanam kobis...dalam pasu...mak oiiiii cantik betul....tgok diorang harvest petang2..rasa nak tanam gak...tapi x pandai....kena selidik ni ilmu tanam kobis....



Bendera Malaysia berkibar kat tepi ni...nampaka x pokok peria Pak Zain...pokok peria ni x mati..tapi layu sebab panas...lepas tu pokok kacang botor Pak Zain dah buang...tinggal dia je la...SA tgh kaji ni..apa nak tanam lagi...nak beli pasu lagi...tanah hitam lagi...


Bendera Negeri Sembilan sebelah kanan rumah....ke kiri ni? eh biar la....janji dah gantung


Setakat ni kat lorong rumah SA ni kan...cuma kami je pasang bendera....x tau jiran- jiran lain blom pasang lagi..x nampak pun..Kita kena kekalkan semangat kemerdekaan kan sebab Jalur Gemilang merupakan lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Selain tu ia sebagai tanda penyatuan kita rakyat Malaysia melawan pandemik Covid-19. Walau hakikatnya x nampak lagi jalan untuk kes yang tinggi akan menurun. Kajian dilakukan mengatakan punca angka makin naik adalah sebab pembukaan sektor ekonomi..

Pendapat SA orang ramai perlu mengambil peluang untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan masing-masing, selain menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan. Ada je yang SA nampak menganjurkan pertandingan untuk anak- anak kan...seronok tengok...dan seronok tolong undi agar anak- anak semangat menyertai program- program yang dianjurkan...

Tema Hari Kebangsaan atau sambutan Kemerdekaan tahun ini ‘Malaysia Prihatin’, dipilih sekali lagi sama seperti tahun lepas, kerana Malaysia masih dalam perjuangan memerdekakan diri dari pandemik Covid -19.

Semoga suatu hari nanti kita semua bebas dari pandemik Covid 19...Amin.....

14 comments:

  1. semoga kemerdekaan dikekalkan sampai bila bila...kibarkan jalur gemilang tanda setuju haha

    ReplyDelete
  2. Bagus ni. Kita mulakan dulu, nanti akan ada yang join. 👍

    ReplyDelete
  3. Dulu2 pagi2 dh terconggok dpn tv..sarapan segala bagai..tgk perarakan hari merdeka..rasa mcm dh lama tak tgk padahal baru 2 tahun kan..

    ReplyDelete
  4. Bagus kak semangat meraikan bulan Merdeka. Pandemik ni kurang meriah orang gantung bendera ye. mungkin kurang semangat agaknya.

    ReplyDelete
  5. Yeayyy SA pun dah gantung bendera... Selamat menyambut hari kemedekaan 64 thn...

    ReplyDelete
  6. Jom ramai-ramai gantung bendera kat kawasan perumahan bagi naik lagi semangat patriotik tu hehe

    ReplyDelete
  7. semarakkan semangat KEMERDEKAAN
    alhamdulillah
    kita dah gantung juga

    ReplyDelete
  8. Ayuh semarakan hari kemerdekaan kita tahun ini

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut bula kemerdekaan

    ReplyDelete
  10. Amin YRA. Rumah saya dah pasang. Bagilah semangat sikit walaupun takde sambutan di dataran

    ReplyDelete
  11. Semangat! Saya tak sempat lagi nak gantung bendera malaysia, baru beli bendera baru sebab bendera lama dah pudar warnanyaaa.

    ReplyDelete
  12. Bagussnya semangat kemerdekaan ni..

    ReplyDelete
  13. Aamiin Ya Rabb.. area rumah Kak Sue belum nampak lagi ada yang pasang bendera SA..

    ReplyDelete
  14. Seronok tengok orang gantung bendera dan hias rumah sempena bulan kemerdekaan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah