Monday, August 30, 2021

Gelabah Tenuk Microsoft Outlook Hilang dari Laptop

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pagi ni betul2 disaster dalam hidup SAa, tak pernah jadi macam ni tiba- tiba terjadi plak..Outlook untuk email company SA hilang dari laptop...suddenly jer. puas SA mencari dan dekat sejam godek laptop..akhirnya SA nekad hubungi staff IT. Mulanya ingat nak pi opis terus kan..tapi nasib baik diorang reply and cakap akan buat guna remote access...untung kan orang belajar IT ni...semua dihujung jari je..kalau tak memang menganga la SA menangis tepi sofa...semua kerja- kerja ada kat dalam email kan...dah la check kat handphone ada banyak task masuk...memang tak leh fikir dah tadi...



 
Staff IT tanya internet ok ke tak kat rumah sebab nak buat ni lama dan perlukan internet connection yang stabil...eloooo....harus la internet ok...UNIFI kot...hahahha...so...dalam masa 2 jam dah settle dah masalah dan SA dapat kembali email SA cumanya tak dapat la sebiji macam sblom ni yang dah setting macam- macam...mana- mana info dan task2 SA sebelun ni yang SA dah pinned memang dah takde...nangis oiii....

SA tanya la staff IT tu apa masalah sampai boleh hilang...akak terdelete kot katanya..kalau terdelete for sure ada dalam dustbin folder...ni masalahnya takde langsung...pelik kan....now semua kerja dah settle...dah takde new task...SA nak solat jap..pas tu nak release mind...kejap lagi nak keluar pi amik kek yang SA order utk dessert masa buka puasa nanti...nanti SA update bab tu erk....

22 comments:

  1. Kalau emel hilang memang menjadi satu tekanan mental..nieyl pernah juga hilang kak, tapi sebab x beraapa pandai bab it ni mmg cari org IT jela..hehe..

    ReplyDelete
  2. Ah, kalau Sk pun mahu gelabah puyuh ni 😅

    ReplyDelete
  3. Fuhhh?! Klu mende penting hilang mmg ibarat hlang nyawa kan.. Tp alhamdulilah nasib bole recover blk

    ReplyDelete
  4. pernah alamai yahoo email abe kie x leh akses terus beberapa thn lps. terus kena buat yg baharu..

    ReplyDelete
  5. Monday blue kak... hihi esok dah cuti..

    ReplyDelete
  6. huhu.. kalau busyra kt tmpat akak pun gelabah jgk.. benda penting.

    ReplyDelete
  7. Fuhh! Boleh hilang ingatan sekejap klau semua email hilang

    ReplyDelete
  8. Haha gelabah tenuk ya..nasib baik boleh setelkan..

    ReplyDelete
  9. kdg2 bila kita tertekan something kdg2 bole hilang...pernah juga aritu apa ntah hilang...nasibaik husband pakar bab IT so die la godek2 tp kena bebel2 juga la...sebelum tu cari juga sbb kot2 terselindung kt mn kn..tp bila tk jmpa mmg kena tanya yg pakar...ni pn kalo ada masalahngan system..mmg IT akan remote je..janji kita install teamviewer so diorang bole remote utk selesaikan masalah

    ReplyDelete
  10. Kesian tenuk juga yang dipersalahkan

    ReplyDelete
  11. Kesian tenuk juga yang dipersalahkan

    ReplyDelete
  12. Kalau saya punnnn gelabah jugak kalau tiba tiba hilang ni. Macam zaman belajar haritu, assignment tiba tiba hilang masa nak print. Menangis tak berlagu. Mujur ada jumpa lepas beberapa jam :')

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah . Semua urusan dipermudahkan. Mujur ada staff IT yang dapat membantu kak SA . .kalau tidak lagilah gelabah

    ReplyDelete
  14. Kalau saya pun mahu gelabah juga.. Bab-bab komputer ni saya tahu guna je..

    ReplyDelete
  15. Alhamdullilah SA.. nasib baik dah selesai dah kan SA, mau tak gelabah kalau Kak Sue pun..

    ReplyDelete
  16. Tengah scroll nak blogwalking tengok tajuk Kak SA terus tergelak. Lama sungguh tak dengan orang cakap gelabah tenuk ni. Adehh..
    Kalau berkaitan dengan sistem mcm ni memang gelabah la. Tak reti nak retrieve kalau hilang.

    ReplyDelete
  17. mmg stress klau keja yg kita save elok2 hilang.. huhu.. sabar ya SA.

    ReplyDelete
  18. Nasib baik boleh diselesaikan. Kalau tidak meraung mengenang macam mana boleh hilang.

    ReplyDelete
  19. Allahu boleh pulak mcm tu. Mesti cuak + Pressure kan. dengan kerja banyak, benda penting hilang tiba2 . Alhamdulillah dah settle. Nasib orang IT laju respond.

    ReplyDelete
  20. mmg stress kalau kerja kita dah setup tiba2 hilang..i feel u kak ^_^

    ReplyDelete
  21. Mujur ada pakar IT. Tapi jenuh juga nak setting semula mana yang dah pinned tu. Aduhaii..bertabahlah kak.

    ReplyDelete
  22. outlook saja bagi tanjat2 manja di pagi hari kot

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah