Wednesday, August 11, 2021

Kitsui WhiteBerries BB Beaute Review dan Kitsui Fedloss Fibre D’Tox Review

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pernah dengar jenama Kitsui? Jenama ini sememangnya tidak asing lagi di Malaysia. KITSUI dikenali kerana keberkesanan formulasi yang inovatif dan telah dipilih sebagai pemenang anugerah dari Asia Pacific Super Health Brand. Hari ini SA nak share dengan korang tentang dua Produk Kesihatan / Produk Suplemen dari KITSUI iaitu WhiteBerries BB Beaute dan Fibre D'Tox yang semakin mendapat tempat dikalangan penggemar jenama ini. 


Semua produk Kitsui diilhamkan dan menggunakan bahan dari alam semula jadi serta menawarkan pelbagai jenis ekstrak dan ramuan semulajadi yang berkualiti dari seluruh dunia. Produk Kitsui menawarkan produk yang selamat dan  terjamin. Produk Kitsui dipilih dan diedarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Baik dan semua produk Kitsui terkenal untuk membantu wanita dan lelaki bagi menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang singkat. 



Produk - produk Kitsui telah melalui penyelidikan saintifik terkini yang inovatif. Produk Kitsui bebas dari bahan- bahan berbahaya seperti Hormon, Pengawet, Gluten, GMO, Antibiotik, Bahan Kimia. Kitsui dihasilkan dalam kemudahan GMP yang lengkap dan juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta disahkan HALAL oleh JAKIM. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang Vegan.



Jom cuba produk terbaru iaitu Kitsui WhiteBerries BB Beaute

Kitsui WhiteBerries BB Beaute merupakan minuman kesihatan botani campuran yang diperbuat dari bahan- bahan semulajadi yang terpilih.Ianya dirumus khas untuk membantu merawat masalah pada kulit anda. Ramai wanita dan lelaki mengalami masalah kulit. Hal ini berlaku kerana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh kita. Selalunya bermula dari  pemakanan, stress, kurang bersenam, kurang minum air putih, banyak makan manis-manis, berminyak dan berlemak. Inilah sebab utama ia boleh jadi punca kepada kulit bermasalah.

Kitsui WhiteBerries BB Beaute dicipta khas mengunakan formulasi terkini dari Korea dengan menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Menggunakan  mesin vakum TANPA menggunakan vakum alkohol. Teknologi terkini menggunakan buah beri berkualiti tinggi dari Itali untuk membatu masalah seperti berikut :-

  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Liang roma besar akibat parut jerawat
  • Lingkaran gelap bawah mata
  • Kedutan mata dan kedutan senyuman
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit Kering
  • Kulit Kusam


Kebaikkan  Kitsui WhiteBerries BB Beaute

A) Vitamin E

Membantu

  • Melindungi daripada radikal bebas
  • Antioksidan membantu melambatkan tanda- tanda penuaan
  • Mencerahkan dan melembapkan
B) Vitamin C

Membantu
  • Meningkatkan penyerapan zat besi
  • Pembentukan kolagen
  • Mencantikkan kulit
C) Vitamin A

Membantu
  • Menjadikan kulit lebih sihat
  • Penglihatan yang baik


Bahan-Bahan Utama

Mengandungi 6  jenis beri-beri terpilih yang kaya dengan antioksidan Aktif

  • Blueberry - Dipilih oleh Time Magazine antara buah-buahan superfood yg paling disyorkan
  • Cranberry- juga dikenali sebagai buah Rubi, kaya dengan antosianin
  • Strawberry-kaya dengan Vitamin C melebihi oren
  • Raspberry-mengandungi flavanoid dan magnesium
  • Plum-mengandungi serat dan potasium
  • Grape-kaya dengan serat dan VitaminK dan B6


Cara pengambilan

Campur 1 paket ke dlm 150ml air suam,goncang hingga larut dan minum serta merta.

*Minum air yang secukupnya untuk kesan yang terbaik

* 1 paket sehari selepas sarapan atau sebelum tidur


Testimoni 









Berapa harga Kitsui WhiteBerries BB Beaute?




Product kedua yang SA nak perkenalkan pada anda semua adalah Kitsui Fedloss Fibre D’Tox.. jom kita tengok keistimewaan produk detox ini..Fedloss Fibre D'Tox merupakan minuman kesihatan botani campuran yang diperbuat dari bahan- bahan semulajadi yang terpilih. Ianya dirumus khas untuk membantu merawat  masalah pencernaan dan juga masalah berlebihan toksin dalam badan.


Tanda- tanda anda mengalami masalah toksin dalam badan adalah apabila anda menghadapi masalah seperti berikut :-
  1. Masalah Kulit
  2. Masalah Bau Mulut
  3. Masalah Bau Badan
  4. Masalah Cepat Letih
Masalah atau gangguan sistem pencernaan adalah merujuk kepada sebarang kondisi mahupun penyakit yang terjadi pada sistem pencernaan. Sistem pencernaan manusia adalah merupakan satu saluran panjang yang bermula daripada mulut dan berakhir di dubur. Bermula dari mulut, makanan akan melalui saluran pencernaan melewati esofagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Memandangkan sistem pencernaan berfungsi dalam memproses makanan, faktor risiko yang paling besar dalam menyebabkan gangguan sistem pencernaan sudah tentu adalah berpunca dari makanan. 

Masalah pencernaan selalunya disebabkan oleh :-
  • Suka Makanan Berlemak
  • Kuang Makanan Serat
  • Tiada Masa Bersenam
  • Kurang Minum Air
  • Makan dengan berlebihan

Bahan - Bahan Utama Fedloss Fibre D’Tox

A) Buah- buahan : Apple, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas 
     Nutrisi >Kaya dengan serat, Vitamin A,B.C
     Fungsi : Rendah kalori dan membantu tubuh sentiasa terhidrasi

B) Acacia Gum 
    Nutrisi : Serat Prebiotik
    Fungsi : Membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan usus

C) Psyllium Husk
    Nutrisi : Prebiotik > serat larut dalam air
    Fungsi : Membantu melancarkan sistem pencernaan

D) Senna 
    Nutrisi : Sennosides
    Fungsi : Membantu menggalakkan pergerakan usus

E) Teh Hijau 
   Nutrisi :Catechin
   Fungsi : Meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan


Cara Pengambilan

Campur 1 paket ke dalam 150ml air suam, goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan

*minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang lebih baik
* 1 paket sehari selepas sarapan atau sebelum tidur

Testimoni








Berapa harga Kitsui Fedloss Fibre D’Tox ?




Ramuan Semulajadi untuk anda.

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Cantik Semulajadi...


Bagi korang yang ingin mencuba kedua-dua produk ini  boleh dapatkan info di link di bawah :-

Website : https://kitsui.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia

Tik Tok : https://www.tiktok.com/@kitsuimalaysia

Shopee : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq



8 comments:

  1. Produk kitsui ni memang sangat best . Boleh bagi manfaat kepada tbuh badan dari segi luaran dan dalaman. Boleh beli kt drugstore

    ReplyDelete
  2. Biasa nampak produk kitsui ni kat Watson. Tapi tak pernah cuba lagi. Banyak juga pilihan flavour yang ada. Berries tu mesti sedap masam manis.

    ReplyDelete
  3. Untuk kulit tu menarik.. Tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  4. pernah try brand ni, memang best result dia

    ReplyDelete
  5. Tahuu. Kitsui ni selalu nampk dkt tv youtube.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah