Monday, August 16, 2021

PM Letak Jawatan Dan Laksana Tugas Sementara Untuk Bantu Negara

Assalamualaikum

Hi korang...

Hari ni Abah kesayangan kita telah pun meletakkan jawatan sebagai Perdana  Menteri...sedih...sebak...semua ada...sepanjang hari SA buka Astro Awani mengikuti liputan khas perletakkan jawatan Abah...Apapun..Abah dh buat yang terbaik untuk negara tapi beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen dan terpaksa melepaskan jawatannya...ternyata Abah menghadapi tekanan politik yang teruk...


Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.



Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

"Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.


10 comments:

  1. Tekanan daripada pelbagai pihak akhirnya Abah undur diri. Semoga dipermudahkan segala urusan Abah. Semoga yang ganti ni boleh buat lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Adatlah dlm politik..pemimpin datang dan pergi..yg baik belum tentu disukai..

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak-banyak PM, ini antara yang terbaik pada pandangan saya. Semoga ada sinar di hujung jalan buat negara kita.

    ReplyDelete
  4. Saya pun semalam ikut rapat liputan mengenai mantan PM kita ni.

    ReplyDelete
  5. tak suka la bicara politik time gawat ni. tp agong made the right decision

    ReplyDelete
  6. Pulau Pandan jauh ke tengah,
    Gunung Daik bercabang tiga,
    Hancur badan dikandung tanah,
    Budi baik dikenang juga...

    ReplyDelete
  7. Dalam pandemik ni tak seharusnya masing masing berebut kuasa. Eloklah settlekan dulu hal COVID ni. Semoga abah sihat sihat je. Aaminnn...

    ReplyDelete
  8. Rasa sayu....!
    Memang jiwa seorang abah!

    ReplyDelete
  9. politik itu jahat mka terimalahh..

    mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal Alamein

    ReplyDelete
  10. Tuela, sedih dan sayu rasanya bila PM umum letak jawatan tapi itulah arena politik kita sekarang..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah