Friday, February 3, 2023

Itik Salai Menyambut Kehadiran En Tunang...

Assalamualaikum...

Semalam En Tunang dan anak dia datang Seremban...bukan main seronok si Khalaf tu...nak stay rumah SA sampai Ahad katanya..En Tunang cakap dia sampai menangis bila Babah cakap Jumaat nak hantar balik ..Khalaf ni plak jenis kuat menangis..Babahnya kuat menyakat...Aunty Mama ni plak ada masa back up dia ada masa tegas skit...

So semalam SA dh masakkan lauk Itik masak lemak cili api campur dengan daun puding...eh..eh.. bertambah2 makan..sedap la katanya ..first time makan itik... alhamdulillah so far dia boleh makan itik...rasa macam ayam kampung je....haaa...tu laa...cepat sangat kat x makan kan...dah rasa baru tau sedap ..



SA buatkan ikan cencaru goreng kunyit campur bawang putih


Sotong goreng tepung fav Khalaf


Itik salai masak lemak cili api campur daun puding


Ulam kacang botor


 Sambal belacan

Belacan yang SA beli dari Kedah...tapi ni la yang last...nanti nak kirim lagi kat makcik SA yg duduk di Sg Petani...

Apa program hari ni?

SA ada urusan di Shah Alam...nak pi sana naik Komuter, bawak sekali En Tunang dan Khalaf Zikri..first time Khalaf naik Komuter dan dia x sabar sangat ..balik nanti baru naik kereta...hehehe...nanti SA update ye....


13 comments:

  1. yum yum..semua pun nampaks sedappp

    ReplyDelete
  2. sodap eh itik salai...kalau orang pantai timur agaknya dah kenapa nak kena buh daun bunga,mesti duk bayang pokok bunga puding yg warna warni tu hehehe

    ReplyDelete
  3. lpr la tgk menu sotong and itik salai tu

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap itik salai tu.. Aini tak penah makan itik..hehe

    ReplyDelete
  5. Daun puding tu mana-mana jenis ke sesuai di masak atau ada certain daun puding je. Sebab dalam masakan tu daun puding tu kaler gelap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak...ni bukan daun puding yg pokok bunga tu tau..ni daun puding khas utk masakan rendang...hehehe

      Delete
  6. Lauk Itik Salai tu memang teringin nak cuba... nak-nak ada pulak letak daun puding

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap3 belaka terutama itik salai lemak cili api tu

    ReplyDelete
  8. lama dah tak makan rendang yg letak daun puding...rendang mamam pun sama gak...

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, sedapnyaaa... favourite jugak 🤩 Masak Masak Salai ni 💕 Terliurrr pepagiii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah