Friday, March 10, 2023

Manjakan Muka Dengan Face Mask MaryKay

Assalamualaikum...

Hi korang...

Dua tiga hari ni SA balik lambat, overtime kan...lepas tu dah penat...badan ni kalau boleh bercakap confirm dia dah bercakap dah...penat oiii...bleh rehat tak? tapi nak buat macam mana kan..tuntutan kerja serta kerjaya..hahaha...settle dah bab board paper dan sekarang SA focus on boss punya travel arrangement plak...flight dan hotel di Middle East...

Malam semalam SA sempat la memanjakan muka dengan facemask timewise MaryKay..best giler...tenang je rasa...SA pakai 15 minit...lepas tu terus pakai night cream..then letak kepala kat bantal je terus tido...best betul...



Kalau pakai mask macam ni...kena pakai terus jangan turun- turun bawah lagi dah..duduk dendiam kat tingkat atas tu...sebabnya kang turun confirm terkejut Mak Pah...satu hal plak kang...hehehe...kalau Pak Zain nampak confirm melatah...kalau anak- anak buah macam Opick and Tiya tu..confirm menjerit...hahaha...



Lepas tu SA letak gambar tu kat FB Story...sekali kawan SA tu repost kat IG Story dia sebab SA beli kat dia kan...skrg ni share kat FB Story dia sync to IG Story...

Masker wajah memberi faedah kepada kulit dengan menambah kelembapan, mengetatkan pori-pori dan mencergaskan semula kulit yang tidak bermaya.

Facial Mask- Boleh Pakai Setiap Hari Dan Apakah Kesannya?
Penjagaan kulit muka untuk kulit yang sensitif sangat penting. Jika produk yang digunakan tidak sesuai atau dipakai secara berlebihan untuk kesan yang lebih cepat, ia akan dapat memberi kesan yang lebih buruk pada kulit wajah. Begitu juga dengan penggunaan facial mask, jika salah cara pemakaian, ia juga akan memberi kesan pada kulit wajah.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama face mask yang dijual di pasaran, tetapi sebelum membeli, kita harus tahu jika ianya sesuai atau tidak dengan kulit wajah kita dan yang paling penting ianya selamat untuk digunakan. Kita juga harus tahu kesan penggunaan face mask jika ianya digunakan pada setiap hari.

Face mask mampu menyegarkan dan melembapkan kulit wajah, tetapi bukan semua face mask boleh dipakai pada setiap hari. Jom kita tengok apa yang boleh dan apa yang tidak dalam penggunaan face mask dan ketahui jenis-jenis face mask.

  • Sheet Mask - Sheet mask boleh digunakan setiap hari kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit terasa lebih bertenaga. Sheet mask biasanya akan digunakan sebelum menghadiri majlis-majlis tertentu kerana ia dapat melembapkan kulit muka sebelum kita bersolek.
  • Gel Mask - Gel mask boleh digunakan setiap hari kerana ianya cukup lembut. Gel mask biasanya digunakan untuk melegakan kulit yang sensitif dan kulit akan berasa nyaman dan sejuk.
  • Moisturising Mask - Mask jenis ini tidak sesuai untuk digunakan pada setiap hari dan ianya hanya sesuai dipakai untuk sekali atau dua kali dalam seminggu. Biasanya face mask jenis ini akan dipakai untuk 20-30 minit . Ianya sangat sesuai untuk kulit kering kerana dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit. Oleh sebab itu, ianya tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana akan menyebabkan kulit wajah menjadi teruk jika digunakan secara berlebihan.
  • Homemade Mask -Facial mask buatan sendiri adalah sangat baik dan sesuai digunakan pada setiap hari pada kulit muka kerana kita tidak menggunakan sebarang bahan yang merbahaya dan biasanya face mask yang dibuat sendiri menggunakan bahan yang sesuai dengan kulit wajah seperti madu, lemon, yogurt, telur, buahan-buahan dan lidah buaya. Bahan-bahan ini tidak merbahaya pada kulit. Ada pelbagai jenis facial mask yang boleh korang lakukan sendiri mengikut pada jenis kulit wajah korang.
Harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat pada semua. Pastikan sebelum korang menggunakan facial mask, penting korang perlu kaji dahulu jenis kulit wajah korang. Jika kornag kurang pasti jenis kulit wajah  dan facial mask apa yang sesuai digunakan, korang boleh rujuk pada perunding. Yang paling penting, pastikan kulit wajah sentiasa terjaga dengan tiga langkah utama yang mudah ini iaitu mulakan dengan membersihkan kulit wajah, kemudian penyegar dan akhir sekali sapukan sunblock atau pelembap.


13 comments:

  1. Saya dah lama tak pakai mask..nak cantik tapi malas..hahaha..

    ReplyDelete
  2. alamak saya main bantai je pakai facialmask ikut suka huhu

    ReplyDelete
  3. Salam SA, pakai mask bagai spa kat rumah, releks dan berehat, untung kawan ada model terus share di story, betulla terkejut orang bila nengok mask nii hehe..

    ReplyDelete
  4. thanks kak share info ni! selama ni saya main pakai aje...rupanya ada yang khas untuk kulit sensitif dan ada yang takleh pakai setiap hari..

    ReplyDelete
  5. Aini ada guna facial mask clay yg warna pink Mary Kay punya.. best gak bau dia mcm rose..
    Sapu kat muka pastu kering jadi mcm bedak sejuk. Anak suka la sapu2 muka kat Aini hehe

    ReplyDelete
  6. x penah try lg mask hitam mcm ni. selalu guna yg mask biasa (biasa maksudnya? sambil terlentok leher๐Ÿ˜‚)

    ReplyDelete
  7. Bolehlah memanjakan diri,sehabis kerja seharian,tubuh dah lelah,me time bentarlah pakai masker ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  8. Selalu pakai face mask putih mcm tisu, ni klu pakai masa tido mau mengucap asben kat sebelah bila dia kejut subuh ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah pakai mask hitam ni tapi dah lupa jenama apa. Sekarang pakai yang putih jew.

    ReplyDelete
  10. Lepas pakai face mask ke buat facial ke selalu rasa glowing je :D

    ReplyDelete
  11. bestnya...me time & manja2 kan diri ni..

    ReplyDelete
  12. Lama pulak tak pakai facial mask ni. Nanti nak pamper diri sendiri.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah