Friday, March 24, 2023

Resepi Tauhu Bergedil & Sambal Kicap Berapi..

Assalamualaikum...

SA adalah peminat tauhu bergedil...memang suka sangat tapi tak tau nak buat macam mana..hahaha...sekali lalu lagi resepi Tauhu bergedil ni...SA copy and simpan kat sini la senang nak rujuk..plan nak buat tu ada tapi SA kena study betul- betul baru boleh buat...tak bleh main belasah je buat..kena pandang- pandang bahan, tenung- tenung cara nak buat...rasa macam sedikit renyah..tapi boleh je kalaunak cuba..buat dalam kuantiti sikit kan...resepi dah ada ni...

Selalu beli jer...SA suka ada rakan blogger buat dulu..SA pernah beli dan memang sedap..Cikza kalau tak salah..sekarang dia dah x buat dah rasanya...kadang -kadang beli kat luar rasanya tak berapa sedap..especially sambal kicap x kena dengan selera SA...eh ada satu lagi yang best...Tauhu Bergedil rakan blogger buat jugak..Bro Framestone. Pun sedap..SA pernah share entry tauhu bergedil airtangan dia http://www.suriaamanda.com/2019/07/sedapnya-tauhu-begedil-sambal-kicap.html

Jom tengok resepi..apapun SA nak cuba buat jugak..




TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI

Bahan inti :

  1. Kentang - potong nipis
  2. Bawang merah - hiris
  3. Bawang putih - hiris
  4. Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
  5. Tauhu pok
  6. Garam dan perasa secukupnya
  7. Daun bawang/daun sup
  8. Lada sulah secukupnya
  9. Minyak masak
  10. 3-4 biji telur


Cara masak:-

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.


Bahan sambal kicap :

  1. Cili padi hijau
  2. Cili padi merah
  3. Bawang putih
  4. Kicap manis
  5. Garam dan gula secukup rasa

Cara masak

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Resepi & foto : Naddy's Kitchen


10 comments:

  1. Sedap nya...saya sering buat pergedel kentang dan tahu..mudah bahan dan cara membuatnya,tapi resep SA beda..patut di simpan lain waktu mau coba.makasi resepnya ya..

    ReplyDelete
  2. Sedap ni tauhu begedil ...dah lama tak buat. Kemalasan melanda :D

    ReplyDelete
  3. fav juga ni aduhai tengahari tgk tauhu bergedil ni memang tak senang duduk nak buat tapi malas haha

    ReplyDelete
  4. Suka bergedil tapi sambal kicap berapi tak berani

    ReplyDelete
  5. suka juga..nk2 yg ada byk daging..buat sdiri puas mkn....kita kalo yg bli suka tauhu anora tp isinga tkde daging tp mmg fav la

    ReplyDelete
  6. Pernah sekali ja kot buat tauhu begedil ni...Nak cari tauhu pok tu payah

    ReplyDelete
  7. Ccl pun peminat bergedil jugak ..selalu klw teringin nk makan beli je kt vendor2 ..nnti ada masa terluang nk cuba buat sndiri .

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba buat sambal kicap tu sebab boleh juga makan dengan pisang gak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah