Tuesday, February 6, 2024

Resepi Daging Dendeng Perak Style

Aassalamualaikum...

Sekarang fenomena Khairul Aming punya Dendeng kan...siapa yang lepas masa battle beli dendeng KA hari tu? SA tak cuba la..sebab SA sejenis malas nak berebut- rebut...tapi seronok la...bangga gak tengok kejayaan KA bila 80k lebih dendeng dia terjual dalam masa 3 minit...ramai kagum dan x kurang jugak yang mengutuk...yang kutuk tu semua looser la tu...x boleh tengok kejayaan orang...

SA scroll FB la ni ramai pengusaha daging dendeng start enjin promote product diorang...ada yang dendeng daging Sumatera tu..itu memang sedap dan SA dah selalu beli kalau teringin makan daging dendeng..dan SA tiba- tiba terjumpa resepi ni...SA nak simpan kat sini sebab SA nak cuba buat...asyik beli je kan..lagipun SA tengok resepi dan cara buat dia senang je..bahan pun takde yang pelik- pelik..yang ada di rumah je...



Gambar credit to FB Petuaemak



Resepi Daging Dendeng Perak Style


Bahan-Bahan:

  1. 1 kg daging (tak mo yang banyak lemak yer)
  2. – Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.
  3. – Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.
  4. – Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
  5. – Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, deng..deng..deng.. jangan tumbuk sampai hancur pulak tau


Bahan Lain:

  1. 6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
  2. 10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
  3. 1 cawan air rebusan daging
  4. 2 sdb gula
  5. 1 sdt garam
  6. 1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
  7. Sedikit bahan perasa
  8. Kicap manis
  9. Kicap masin
  10. 1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.


Bahan Kisar:

  1. 25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)
  2. 3 biji bawang besar
  3. 8 ulas bawang putih
  4. Sebesar ibu jari halia
  5. 5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
  6. 1 cawan minyak masak


Caranya:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah dicarik-carik dan serai yang dah digoreng. Masak hingga naik minyak dan berubah warna.

2. Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi hingga agak garing. Bila dah agak garing masukkan air rebusan daging.

3. Renjiskan kicap manis (kicap manis kena lebih yer) kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap masin (sekadar nak bagi gelap).

4. Bila dah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, gaul sebati.

5. Masukkan pula bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh buang lebihan minyak

Join group resepi👉:  t.me/petuaemak


10 comments:

  1. ramai dh start review sbb since smlm rmi dh trima parcel Dendeng Nyet KA tu...tk pernh try lg masak sdiri...tp bila tgk resepi yg KA share dlu rmi dh cuba juga

    ReplyDelete
  2. i pun selalu beli dendeng ni kat one seller kat shopee :) memang suka la mkn dendeng..moga2 one day dpt membeli dan merasa dendeng KA tu

    ReplyDelete
  3. Selama ni kalau raya je mesti masak daging resipi turun temurun Pah belah mama. Kalau tengok resipi ni ada persamaan kecuali tak masukkan daun limau purut dan kicap masin. Lain2 sama je resipi ni.

    ReplyDelete
  4. Ke yang saya masak ni adik beradik dendeng jugak.....kalau raya tu makan dengan lemang atau ketupat. Makan dengan nasi boleh....nak cicah roti boleh.....perghhh terliur pulak SA.

    ReplyDelete
  5. aduh mesti sedap ni kak... dana tak pernah masak dendeng ni

    ReplyDelete
  6. Kalau kat JDT ni lebih prefer rendang

    ReplyDelete
  7. Saya kalo resep ini give up lah kak SA 🤣🤣.

    Kalo dah butuh bahan banyak, lama pula dimasaknya, saya menyerah, pilih beli saja 🤣.

    Suka sangat dendeng ❤️❤️. Tapi memang tak pernah coba buat sendiri😅

    ReplyDelete
  8. Itu dia dendeng kak SA,pastinya makan bertambah nii

    ReplyDelete
  9. Akak pun tak tau pernah makan daging dendeng ke tidak heheh...
    Kalau makan pun mungkin daging masak kicap.
    Gamaknya kalau dendeng ni daging tu diketuk dulu lah eh.

    ReplyDelete
  10. sedap , teringat pulak beberapa hari lepas terciduk nak battle dendeng nyet KA

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah