Sunday, February 4, 2024

Resepi Kailan Ikan Masin

Assalamualaikum..

SA suka mencuba resepi yang orang lain masak walau resepi tu SA boleh buat sendiri. Tukar-tukar dengan resepi milik orang lain dan cuba buat..lain ye hasil dan kejadiannya..nak plak Dania suka kailan ikan masin..sebab tu kadang SA buat sesimple boleh atau ikut resepi kat bawah ni..rasa macam makan kat kedai tomyam..

Macam resepi kat bawah ni...

SA dh cuba buat dan memang sedap...xde la kelainan sangat pun..tp ada la bahan yang pemilik resepi ni guna yang SA x pernah guna..

Jom cuba jom...



 Gambar kredit kepada pemilik resepi


RESEPI KAILAN IKAN MASIN 

Bahan-bahannya :

  • 2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
  • 2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
  • Minyak bijan


Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.

  • Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda,
  • Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
  • Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
  • Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
  • Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .
  • Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  • Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau.
  • Akhir sekali masukkan sayur kailan.
  • Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .
  • Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
  • Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.


Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan


Kredit FB:  Mayani Daniel


11 comments:

  1. Pergi pasar pagi tadi ada beli kailan juga. Nanti boleh try resepi ni, kebetulan ikan tenggiri masin pun ada...

    ReplyDelete
  2. Ni sedap ni.. tapi tak pernah masak sendiri.. makan dengan nasi kosong je tak de lauk pun boleh bertambah

    ReplyDelete
  3. Simple tapi sedap . Kailan & ikan masin ni memang xboleh pisahkan ..kalau nk masak kailan auto akan teringat nk beli juga ikan masin

    ReplyDelete
  4. sedap ni... sy pun mcm tu kak SA... suka cuba resepi org lain.. xde lah boring sgt.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Sedap.....kailan ikan masin ni memang kena combo ikan masin dan kailan tu.

    ReplyDelete
  6. Dua hari lepas Kak Amie pun masak sayur kailan, tapi masak togel begitu jew....

    ReplyDelete
  7. kailan ikan masin ni memang nieyl suka kalau pergi makan dkt kedai tomyam tu mesti order...

    ReplyDelete
  8. Nampla ini yg tak ada. Ntahlah ada dijual di Indonesia atau tak. Terkadang kalo mau coba resep orang lain, sebisa mungkin saya pakai semua yg dia sarankan 😄

    ReplyDelete
  9. Akk pun suka kailan sebab ada combination pahit2 sket.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah