Monday, June 30, 2025

Bawa PZ Balik Kampung & Petik Sayur Kampung...

Assalamualaikum...

Salam Isnin, selamat bekerja buat semua yang bekerja dan selamat menguruskan rumahtangga kepada semua surirumah di luar sana.

Ini cerita Jumaat lepas...pagi Jumaat PZ tiba- tiba nak balik kampung...lama dah x balik katanya...so SA dan Nia bawak la PZ balik kampung..kebetulan Nia pun cuti kan...macam biasa la kalau balik kampung apa je aktiviti kami..PZ paling suka sebab dia dapat merayau cari sayur- sayur kampung...

Jom tengok gambar yang SA share...oh ye..kepada yang tidak tahu..ni adalah kampung arwah Mak SA...memamng suka balik sini...tapi tu la..lepas seorang..seorang dah pergi meninggalkan kami...bermula arwah Mak Long 2018, Arwah Mak March 2024, Arwah Achik 2024 juga...tinggal Mak Lang, Mak Teh, Pak Uda dan Paksu...tapi x semua ada di kampung...semakin hari semakin sunyi...tapi hidup perlu diteruskan...


Jalan menuju ke Seri Menanti


Seronok sebab sejuk je udara walau cuaca panas


Kiri kanan hutan  masih dipelihara memandangkan YDPNS Tuanku Mukhriz selalu balik Istana


Dari jauh nampak bukit bukau


Nak sampai dah


Bandar Diraja Seri Menanti


Gerbang yang menyambut kedatang dan kepulangan anak kampung




Jom tengok hasil kampung yang PZ petik


Terung Telunjuk


Bunga Kantan


Pucuk betik


Daun kunyit


Eh..eh...kenapa ni tutup mulut ni...


Pak Lang yang makin hari makin meniti usia


SA dan Mak Lang


Mak Lang pun dah x berpaa kuat asbab Kencing Manis


Leka kami berbual


PZ jawab call dari adik SA

Tak lama pun kami dikampung...

Sampai dalam pukul 10.30am, pukul 12pm kami dah gerak balik Seremban...nanti la plan lain dan stay sampai petang..boleh main masak- masak kat sana plak...balik sekejap- sekejap x best....dengan hasil kampung ni la SA masak asam pedas petang Jumaat...SA memang suka je balik kampung..mas arwah Mak ada dulu memang boleh dikatakan setiap hujung minggu kami balik...masa arwah sihat la..dan stop balik bila arwah patah kaki dan dah  potong kaki seterusnya arwah makin uzur...

Harap- harap kami ada masa dan kesempatan balik kampung lagi...insyaallah...


12 comments:

  1. bestnya balik kg! MZ suka bunga kantan tuu

    ReplyDelete
  2. semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik buat pak lang dan mak lang SA.. ameen..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dapat balik kejap pun dah nampak PZ seronok dapat jumpa family borak borak

    ReplyDelete
  4. Seronoknya balik kampung petik sayur...
    Selagi ada kesempatan ni gunalah sebaiknya SA kan..

    ReplyDelete
  5. seronoknya ....kutip hasil kg...gemok-gemok terungnya...moga makcik dan pakcik sntiasa dalam lindungganya.....

    ReplyDelete
  6. bestnya..sayur kpg, fresh from the farm...seronok balik kpg di bandar diraja, mesti ada pintu gerbang..sama jg di kuala kangsar..

    ReplyDelete
  7. Seronok balik kampung dapat ziarah saudara mara. Sedih bila ziarah tu terkenang sorang-sorang pergi meninggal dunia.
    Alhamdulillah rezeki tu dapat macam-macam jenis sayur kampung. Betul tu kak, balik kejap je tak syok. Ada masak-masak tu lagi best. Bila lagi nak rasa masakan kampung di kampung kan.

    ReplyDelete
  8. ammi kalau balik kampung pun sekarang ni mcm dah kurang seronok. sepupu semua dah tak duduk di rumah pusaka sebab payah nak uruskan abah dorang yang uzur. jadi dorang duduk di rumah yang kecil. senang abah nak ke tandas bagai.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah ukhuwah berpanjangan dengan adik beradik MP. Wah meriah hasilnya tu.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..yang dekat kampung pun seronok, saudara mara datang ziarah

    ReplyDelete
  11. SA... geramnya tengok bunga kantan dengan pucuk betik tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah