Sunday, June 22, 2025

Petik Bendi Yang Segar

Assalamualaikum...

Hi korang .

Selamat berhujung minggu..SA masih kurang sihat, masih berehat lagi..kepala ni pening lain macam, bukan sakit kepala tapi pening...tekanan darah pagi ni masa bangun tido 167/93, selepas makan ubat 124/73. SA rasa dah kena naikkan dosage ubat darah tinggi . Sekarang 5mg, maybe kena naikkan ke 10mg..SA kena jumpa doc semula nampaknya...

Tadi sempat SA merayau depan rumah..semalam SA dh petik  4 biji buah bendi..pagi ni tengok ada lagi rupanya...dapat la segenggam lagi..cukup la untuk buat lauk tengahari..pokoknya adalah dalam 4 batang...tapi buahnya banyak...




Buat goreng dengan ikan bilis sedap ni kan?

SA suka bendi yang PZ tanam ni sebab manis...lagipun masak yang fresh memang menyelerakan...

SA x kuat nak masak...badan masih rasa x sedap...kalau setakat goreng bendi ok kot rasanya ..kesian PZ kena masak...

Hari ni x tau nak masak apa...

11 comments:

  1. Take care dan moga cepat sembuh ya SA. Sedapnya bendi tanam sendiri.

    ReplyDelete
  2. Cie suka celur je bendi cicah budu / cencaluk. Sedapnya lama tak makan cencaluk.

    ReplyDelete
  3. bendi kalau celur air panas pun dah sedap.. kalau tumis simple dgn telur pun ok :D

    ReplyDelete
  4. freshnya bendi, masak asam rebus sedapnya.
    terus sihat kakSA.

    ReplyDelete
  5. Better juga bawa² jumpa Doc tu SA ...
    Sayur fresh mmg sedap, ada rasa manis². Kalau rebus/celur buat ulam pun sodap tu

    ReplyDelete
  6. Elok juga tu pergi jumpa doktor. Semoga semuanya baik-baik je kak. Sedapnya makan bendi fresh petik dari pokok. Banyak juga lah boleh buat sekali makan. Rebus cicah sambal belacan pun sedap. Senang kerja masak pun.

    ReplyDelete
  7. bendi goreng biasa pun sedap juga...
    ckp psl bendi smlm tertgk kt TT. ada picky eater tu beritahu dia tak makan bendi sebab lendir bendi tu buat dia terfikir benda lain ish ish ishhh

    ReplyDelete
  8. Biasa Taufik tengok orang masak asam selalu guna Bendi....

    ReplyDelete
  9. moga cepat sembuh SA. sedap bendi. bendi segar rangup dan manis

    ReplyDelete
  10. Bawa-bawa berehat SA.
    Kelmarin Kak Amie sakit kepala. Balik dari ladang terus berehat. Encik Suami yang masak. Hari ini pun berehat saja. Alhamdulillah, sakit kepala hilang.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah