Assalamualaikum....
Rasanya ni first time raya Aidiladha kami x buat pape pun makanan raya...ada la nasi impit ngan kuah kacang dan sambal sotong kering (x tau la sotong kering ke sotong basah yg rendam tu..) itu je la menu raya yang ada...xde buat rendang atau sup tulang pun...ada beli tapi x masak..sebab risau xde sape yang makan nanti...adik badik semua tak balik kan...
Jom la tengok sarapan kami di pagi Aidiladha...
Nasi goreng...
Nasi impit, rebus pagi tadi
Kuah kacang beli dh siap dan panaskan aje
Sambal sotong kering katanya...pun beli gak
Air plak buat teh o je...
PZ awal pagi dah pi surau...balik pun kul 3 petang tadi..bawak balik daging dan tulang sedikit..esok ada lagi kat rumah kawan dia and dia pergi jugak menolong...bagus la tu kan..ada aktiviti untuk PZ...dari dia duk rumah je melayankan perut yang sakit...bila ada aktiviti dia akan sihat je...
Itulah juadah kami...adik no 4 call ajak datang rumah dia..dia masak sup gearbox, daging dendeng, rendang ayam dan bihun soto...alhamdulillah murah rezeki dia insyaallah...suami SA pi buat grab dan PZ balik ke rumah aje...penat dh dia...SA balik tadi sempat singgah kat ST Rosyam...mencari barang dapur skit..tapi tu la..cari barang lain...banyak masuk troli barang lain...sabo je la....
Allahu... sedapnya sambal sotong kering.
ReplyDeleteTeringat Aidil Fitri yang baru lalu, kita masak sambal kacang sotong kembang... habis licin sampai ada yang tak dapat. Nak masak lagi, cari sotong kembang di Kuala Selangor, di Puncak Alam, tidak ada! Cari sotong kering yang nak rendam dalam air sotong pun tak jumpa!
Selamat Hari Raya Aidil Adha SA...
ReplyDeleteSedap nampaknya sambal sotong tu ... Macam nak cari juga sotong buat sambal
Sedap juadah pagi raya.
ReplyDeleteBaguslah PZ keluar rumah buat aktiviti.
Macam² adik masak tu.
Selamat hari raya AidilAdha buat SA dan keluarga..
ReplyDeleteMasak serba sikit je bila tak ramai org...dulu2 pun selalu je raya korban @ raya aidilfitri dekat rumah sendiri..sebab suami tak dapat cuti...jadi, kita pun tak balik lah kg..raya dengan suami.
Pernah je pagi raya, raya aidilfitri, lepas semayang raya, kami pergi mall..kikiki
Selamat hari raya Aidiladha. Cie pun menu kat rumah nasi impit kuah kacang. Beraya rumah kakak2 makan menu raya lain pulak.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya AidilAdha
ReplyDeleteSedap menu juadah Raya
Sambal sotong tuh mantap nampaknya kak 😍.
ReplyDeleteKalo saya THN ini sekali dalam sejarah akhirnya masak saat raya 🤣🤣🤣. Suami sampai bilang, "kamu ada pengen sesuatu yaa, kok tumben masak?"
😂😂. Saking tak pernah nya saya masak saat raya 😅
Sambal sotong tu lama tak masak.....
ReplyDeleteBegitulah kalau tak ada yang balik. Masak apa yang ada je. Tak beria masak sangat. Asalkan ada hidangan sikit untuk dimakan. Nasi impit, kuah kacang okaylah tu ada juga hidangan raya. Okay jugalah Pak Zain elok sihat kalau ada aktiviti tu. Taklah dia bosan duduk di rumah.
ReplyDeletesimple dan sedap tuuu
ReplyDeleteAt least SA ada juga kuah kacang, walaupun panaskan yang dah siap beli.
ReplyDeleteSaya plan je nak buat kuah kacang, tapi rancangan berkubur, tak buat pun. Huhu...
Salam Aidiladha ye, SA.
Dapnya...sambal sotong tu.
ReplyDeleteAyu mcm nak repeat kuah lodeh sbb x buat raya kali ni, dpt makan skt je..jiran hantar...emmm...bila la ada kerajinan nak masak kuah lodeh + sambal sotong tu.... 🤔
Kuah Kacang tu nampak sedap sangat Kak SA..berkilat cantikkk
ReplyDeleteNasi impit dengan kuah kacang ni memang lemah… satu pinggan pun rasa tak cukup!
ReplyDelete