Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!
Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan.
Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.
'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'
Allah Allah.
Menangis saya baca.
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.
Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Ikhlas!
Beri kemudian lupakan.
Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.
Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.
Moga Allah ampunkan kami.
Wallahu'alam
Sumber: Lola Diana Tradisional
kaki ayam skrg pun ada harga.. bkn mcm dulu... dah la byk collagen pulak tu... sy suka sgt kaki ayam, buat sup, buat masak kicap pedas... sedapnyaa
ReplyDeleteKecil bagi kita besar bagi orang lain.. Nasib kita tidak sama
ReplyDeletemoga kita dpt bersedekah sekerap mungkin insya Allah
ReplyDeleteBetul tu sis....Artikel ni baru je lalu dkt FB sy...=)
ReplyDeleteAnak² Linda pun tak reti makan yang nie..kalau kaki ayam tu,Linda suka buat sup...kalau organ dalaman,memang tak reti makan..suami je lah yg makan
ReplyDeletebetul sgt... sedih bila baca
ReplyDeletesetakat ni memang tak buang kaki ayam... selalu masak sup. kolagen orang kata
ReplyDeleteAkak rasa pernah baca juga ni dan apa yang SA alami pun akak pernah rasa. Almaklumle kita kan asal dari kampung bila datang bandor besor KL kerja tempat baru tak pandai nak bergaya. Dia pandang akak atas bawah dengan memek muka seolah menghina walaupun dia tak kata apa. Almaklumle pangkat Besor kan tapi bila lama kerja ala.....ingatkan orang Bando totok rupanya asal Terengganu. Ceker tu walaupun orang pandang rendah sebab kaki suka mencakar tanah tapi bila tahu banyak khasiatnya banyak kolegen apa. Apa pun jangan pandang hina orang sebab kita sama je mahluk ciptaan Tuhan cuma rezeki masing-masing tidak sama. Apa pun syukur atas nikmat yang Allah beri.
ReplyDeletesedih baca...ceker ayam tu mahai skrg, ada artikel kata bagus makan ceker ayam utk otak. akak biasanya akak simpan semua organ ceker ayam leher, sayang nak buang. pergi pasar penjual buang gitu aja, rasa nak kutip ambik
ReplyDeletekaki ayam ni favourite abah sis.. klau dah jadi sup, anak cucu dia kat sebelah pun x pandang.. ^^
ReplyDeleteBab nak kenal jiran2 tu saya pun lambat sikit..susah nak buka mulut...setakat say hi boleh la...nak tanya lebih2 takut...
ReplyDeletePernah baca di FB.
ReplyDeleteMemang tersentuh sangat membacanya.
betul ana pun ada terbaca kisah ni.. sayu hati.. kaki ayam tu paling feveret mak ana & organ dalaman ayam paling suka makan adalah abah hehe
ReplyDeleteSedihnya. Orang yang tak pernah hidup susah memang tak menghargai. Tapi saya tak makan kaki dan organ dalaman. Biasanya kalau beli ayam tu bagitahu siap-siap tak nak. So nanti penjual tu dapatlah buat jualan. Taklah membazir di situ. Bagi pada mereka yang makan.
ReplyDelete