Assalamualaikum...
SA balik kerja semalam nampak ada bungkusan besar atas meja tv...tapi SA biarkan dulu terus pi makan...dah mandi dan dah rehat baru SA belek hadiah dari Kak Amie
Siapa sangka, sekadar meninggalkan jejak di blog sahabat blogger, SA akhirnya terpilih sebagai Top 10 Komentator di blog Amie's Litte Kitchen. Dan sebagai tanda penghargaan, beliau kirimkan hadiah comel yang sangat bermakna buat SA.
Zaman sekarang, tak ramai yang hargai pembaca atau penulis komen. Kak Amie bukan saja rajin menulis, tapi juga menghargai mereka yang menyokong dari belakang tabir. SA antara blogger yang tersenarai untuk menerima hadiah dari Kak Amie..Terharu sungguh!
Nak tahu apa hadiahnya dan kenapa ia sangat bermakna buat SA? Jom baca sampai habis!
Besar bungkusan ni...
Wow ada 3 bag..jom kita tengok satu persatu kandungan bag ni
Ni bungkusan pertama
Ada ikan bilis 2 packs, satu yg besar dan dah siap belah dan satu lagi ikan bilis mata biru...sedap ni buat rencah nasi goreng
Ini dari bag kedua
Dalam email Kak Amie ada mention, Pashmina dari Pakistan ni bukan antara hadiah top 10 komentator tapi hadiah khas memang dh lama nak berikan pada SA..ini yg SA rasa terharu sangat..pemeberian bermakna sangat...SA akan jaga sebaiknya dan boleh guna kat office nanti
Ni SA x pasti apa..tapi cenderahati dari Brunei
White Coffee Tawau...SA x cuba lagi..nanti SA nak cuba la esok..malam x leh minum..nanti x tido
Kain batik..cantik warnanya..SA suka
Fridge Magnet Rumah Terbalik - SA dah lekatkan pada fridge
Bag manik ni dah SA jadikan bekas syiling SA
Keseluruhan hadiah...love sangat!!!
SA memang dah lama jadi pembaca setia blog Kak Amie. Setiap entri dia ada gaya tersendiri kadang lucu, kadang penuh informasi, kadang buat kita terfikir panjang..
Dalam dunia blog yang makin sunyi ni, Kak Amie tetap konsisten berkongsi dan berinteraksi..
Walaupun sederhana, hadiah tu betul-betul buat SA rasa dihargai. Bukan sebab nilainya, tapi kerana keikhlasan dan ingatan yang datang bersamanya. Benda macam ni la yang buat kita rasa berbaloi terus aktif dalam dunia blogging.
Terima kasih sekali lagi, Kak Amie! Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki selalu. Inilah bukti bahawa setiap komen yang jujur dan ikhlas, pasti akan ada ganjarannya walaupun tak diminta.
Love Kak Amie always....
Alhamdulillah.
ReplyDeleteParcel selamat diterima.
Terima kasih menjadi pembaca setia blog Kak Amie. Sama-samalah kita menyokong dan memeriahkan rumah maya, walaupun jumlahnya semakin berkurangan berbanding dahulu.
Tahniah kak SA.... Terus support blogger kawan-kawan. Murah rezeki Kak Amie
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki kak SA dapat pashmina tu..sejuk2 dekat pejabat tu,boleh lah selubung dengan pashmina tu...
ReplyDeleteCongrats sis... Meriah hadiah nya, mcm2 ada
ReplyDeleteTahniah kak dapat hadiah meriah dari kak amie macam2 ada.
ReplyDelete