Saturday, August 2, 2025

Coffee Lover Giveaway

 Assalamualaikum...

Mana dia geng #TeamKopi? 🙋‍♀️ 

Sebagai pencinta kopi tegar, SA rasa giveaway ni memang dicipta untuk orang macam kita. Serius, hidup tanpa kopi ni ibarat blog tanpa idea..kosong dan lemau. So here I am, cuba nasib dan nak kongsi kenapa SA rasa layak jadi pemenang Coffee Lover Giveaway ni!

Yang belum join....sila tekan banner untuk join ye...kita support GA rakan blogger kita..


Syarat- syaratnya

1. buat satu entry tajuk "Coffee Lover Giveaway"

2. tepekkan pic atas tu

3. just tulis & story sikit...

kenapa you all kena dipilih sbg pemenang "Coffee Lover Giveaway" ni

tu je....x semestinya coffee lover je boleh join

sapa2 pun boleh join tau!

4. pas tu, tinggalkan link entry korang tu...dibahagian komen entry ni

siap!!!


Kenapa SA harus dipilih menjadi pemenang Coffee Lover Giveaway ini?

SA patut dipilih sebagai pemenang Coffee Lover Giveaway ini kerana kopi bukan sekadar minuman kegemaran, tapi satu bentuk terapi harian yang SA tak boleh tinggal. Dalam kesibukan rutin kerja dan kehidupan harian, secawan kopi adalah 'me time' yang paling mudah dan paling bermakna untuk SA.

Setiap pagi, aroma kopi memberi semangat baru macam alarm kedua selepas jam loceng. Kadang-kadang, bila mood tak berapa baik atau rasa penat melampau, secawan kopi mampu buatkan SA tersenyum semula.

Menang giveaway ini bukan saja menggembirakan hati seorang pencinta kopi, tapi juga memberi peluang untuk SA nikmati kopi dengan cara yang lebih istimewa. 

Harap ada rezeki secawan dua kopi dari giveaway ni...😘 ☕💗💗💗

4 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah