Assalamualaikum...
Fresh Brewed Coffeee With A Simple Touch.. tagline CoffeeBot...menarik kan?
Sebenarnya, dah lama SA perasan kewujudan CoffeeBot ni, tapi tiap kali lalu mesti rasa segan nak cuba. Dalam hati terfikir, “Eh, nanti salah tekan ke… entah macam mana cara nak guna.” 😅 Jadi lama jugalah SA biar je mesin comel ni berdiri tegak tanpa SA berani tekan apa-apa.
Sampailah Rabu lepas, kawan office SA, Kak Nani, dengan penuh yakin ajar cara guna. Rupa-rupanya senang sangat! Tekan skrin, pilih kopi yang kita nak, buat pembayaran guna debit or credit card, tunggu sekejap, dan tadaaa secawan kopi panas terus siap depan mata.
Ada pilihan panas dan sejuk jugak, SA pilih yang panas sebab SA minum pagi sahaja...
Cara cara nak order
SA pilih Hazelnut Macchiato masa tu. Bila hirup first sip… fuhh, harum dan rasa dia smooth, tak sangka kopi dari mesin boleh jadi sesedap ni. Murah..RM8 je...hahaha...first time order Kak Nani yang belanja...
Korang bleh adjust susu, beans dan manisnya coffee korang..ikut preference korang tapi ada je coffee yang dia dah set siap2 tahap manis dia cuma korang pelu set untuk beans dan susunya aje...contoh macam Hazelnut Latte so SA akan adjust bean dan susu je...
Sekarang, tiap kali nampak CoffeeBot, dah tak ada rasa segan dah. Malah rasa macam ada “barista robot” yang setia menunggu bila-bila masa craving kopi datang. Harga pun berpatutan, jadi confirm repeat order lagi lepas ni.
Betul kata orang, teknologi baru ni kena cuba..kalau malu ketinggalan la kan...
Kalau korang pun pernah teragak-agak nak cuba CoffeeBot, jangan tunggu lama macam SA tau. Try sekali, confirm lepas tu korang pun akan jatuh cinta dengan kopi robot ni!










Menarik ni selalunya mesin layan diri ni ada kat restoran hotel, pusat service kereta. Kalau yang canggih2 segan nak tekan takut salah. Yang coffeebot ni tak pernah nampak lagi kat mana2.
ReplyDeleteDekat stesen MRT Titiwangsa pun ada mesin ni tapi tak pernah cuba lagi sebab kito nyo nak cepat & tak boleh bawak makanan/minuman dalam tren
ReplyDeleteWahhh nampak sedapp
ReplyDeleteKalau ada ni suami la yang akan cuba sebab dia suka kopi.
ReplyDeleteBeberapa kali coba mesin kopi begini di JKT, dan rata2 memang sedaaap kak. Kalau kata teman saya, tergantung dari mesin kopinya. Dah pasti mahal 😄. Pengen beli mesin kopi untuk di rumah, tapi yg bagus memang tak sanggub lah 😄
ReplyDeletePernah jumpa sekali je mesin kopi ni, jadi try terus la. Kat tempat saya takde lagi. Boleh tahan sedap kopinya ya, SA.
ReplyDeleteOo namanya CoffeeBot.
ReplyDeletePernah try sekali yang kat dalam stesen minyak.
dulu ada kat opis ayu, tetiba x de dah..x tau la kenapa
ReplyDeletememang menarik laaaa robot kopi ni!
ReplyDeleteKat HPJ pun ada. Pernah cuba sekali masa baru-baru pasang. Tapi ahkak lebih suka kopi biasa je. Hipster2 ni tak pandai
ReplyDelete