Saturday, September 27, 2025

Dania Pergi Event World Tourism Melaka 2025

Assalamualaikum...

Melaka minggu ni memang lain macam meriah. Sejak semalam, bandar warisan UNESCO ni jadi pentas utama World Tourism Day & World Tourism Conference 2025 – acara global anjuran UNWTO bersama MOTAC dan Kerajaan Negeri Melaka.

Tema tahun ni, “Tourism & Sustainable Transformation”, kedengaran serius, tapi suasana di jalanan terasa sangat mesra. Dari Jonker Street sampai ke Encore Melaka, semua macam berpadu untuk sambut tetamu dari serata dunia.

Dania berpeluang explore event ni semalam sebab UCAM hantar team tarian zapin..cuma Dania x join la acara menari tu..kalau join and dia bagi tau awal memang SA shoot ke Melaka semalam. Sanggup amik cuti sebab bukan senang nak tengok Dania menari Zapin kan..hahaha..nasib baik x masuk...

Berikut gambar2 yang Dania share sepanjang program semalam...katanya event ni berlangsung 3 hari dari 27hb sampai 29hb..banyak pameran katanya...

Hari Pembukaan Semalam Penuh Warna & Tradisi

Dania sampai ke kawasan Encore Melaka petang semalam, dan terus terasa vibe festival. Ada persembahan zapin serentak (katanya mungkin rekod Malaysia!)  rentak kompang dan gendang buat ramai pelancong luar terpesona.

Selain tarian, ada juga Konda Kondi Festival permainan tradisi yang mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. Kanak-kanak kampung, pelancong Eropah, semua sama-sama cuba baling kayu. Serius comel!

Dekat Dataran Pahlawan pula, Carnival Usahawan Melaka meriah dengan lebih 60 gerai dari dodol hingga kraftangan kontemporari. Paling best, boleh rasa macam-macam makanan tempatan sambil sembang dengan peniaga yang semangat cerita tentang produk mereka.


















Pameran yang paling buat Dania teruja ialah “The Historical Maritime Exhibition of a World Naval Hero: Enrique de Malacca”. Baru Dania tahu, Enrique orang Melaka  mungkin individu pertama mengelilingi dunia bersama Magellan. Cerita ni memang patut diangkat, dan SA suka cara pameran ni gabungkan fakta sejarah dengan teknologi interaktif.

Menuju Visit Malaysia 2026

Yang lagi menarik, Perdana Menteri turut melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 semalam. Jadi, World Tourism Day 2025 ni bukan sekadar festival ia pembuka tirai untuk Malaysia tarik 16.5 juta pengunjung tahun depan dengan sasaran pendapatan RM23.48 bilion. Besar, kan?















 

“Sustainable Transformation” – Melaka Versi Hijau

Walaupun festival ni besar, kerajaan negeri nampak serius bab kelestarian.

Laluan bas ulang-alik percuma untuk kurangkan kenderaan.

Banyak tong kitar semula ditempatkan di setiap sudut.

Pameran teknologi hijau pun ada, tunjuk macam mana pelancongan boleh kekal mesra alam.

Bagi SA, ini menarik, Melaka nak buktikan yang bandar bersejarah bukan sekadar nostalgia, tapi juga contoh pelancongan masa depan.

Kalau korang plan ke Melaka minggu ni, datang awal sebab parkir memang penuh. Naik bas percuma lagi senang. Pakai kasut selesa banyak tempat menarik nak diterokai.

Melaka malam semalam rasa hidup dengan muzik jalanan, aroma kopi baba nyonya, lampu neon di Sungai Melaka. Dalam hati, SA bangga tengok warisan kita jadi perhatian dunia, sambil tetap jaga alam dan budaya.

Jadi, kalau korang cari destinasi hujung minggu yang sarat budaya tapi bernafas global, Melaka semasa World Tourism Day 2025 memang tak mengecewakan..

Cepat...masih ada banyak masa lagi ni..boleh bergambar di kapal besar tu....

Rasa macam nak ke Melaka la malam kang ...


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah