Friday, September 12, 2025

Townhall Session With Chairman

Assalamualaikum....

Townhall semalam mungkin dah berakhir, tapi semangat yang dibawa masih terasa. Harapnya akan ada lagi sesi begini supaya kita terus bergerak bersama ke arah masa depan syarikat..Semalam jugak kami diwajibkan pakai Uniform Office..Nasib baik masih muat..jarang pakai sebenarnya..pakai untuk event penting je..

Sebaik masuk dewan, terus terasa vibe semangat tu. Semua hadir dengan senyuman, ada yang sempat borak sambil tunggu sesi bermula. Bila Chairman masuk dan naik ke pentas, terus dewan sunyi semua fokus nak dengar apa mesej yang dibawakan.

Antara point penting yang beliau sentuh ialah tentang teamwork dan future direction syarikat. SA suka bila beliau cakap, “kejayaan kita ni bukan kerja seorang, tapi hasil usaha semua yang ada dalam keluarga besar syarikat.” Simple, tapi betul-betul menusuk hati. Rasa bangga pulak jadi sebahagian daripada team.

Lepas sesi penyampaian, ada juga Q&A  masa ni memang happening sebab ramai ambil peluang tanya soalan. Ada juga moment lawak bila Chairman selitkan jokes ringan, dan dewan pun bergema dengan gelak tawa.





Top management




Our Chairman




Our new GCEO
 

Part paling best mestilah bila semua staff ambil peluang untuk networking & photo session. Tak lupa juga jamuan ringan  walaupun simple, tapi moment makan sambil borak dengan colleagues tu yang buat event rasa lebih santai.

Secara peribadi, SA rasa sesi macam ni memang penting. Selain dapat update terus daripada Chairman, kita juga rasa lebih rapat dan dihargai sebagai sebahagian daripada syarikat. Harapnya Townhall macam ni diadakan dengan lebih kerap, sebab ia bukan sekadar sesi formal, tapi juga jadi platform untuk kita recharge semangat.

Semalam bukan sekadar event, tapi pengalaman yang mengingatkan SA kenapa SA bangga berada dalam keluarga besar syarikat ini.

4 comments:

  1. Sesi ni tak buat secara berkala ye. Kalau ada keperluan baru ada ye kak? Kalau buat 6 bulan sekali atau acara tahunan pun okay jugak ke. Tahu update terkini, ada sesi Q&A sekali tu pun bagus. Segak bergaya semua bila semuanya beruniform untuk acara formal.

    ReplyDelete
  2. sesi townhall bagus untuk sharing knowladge. kadang-kadang ada sesi luah perasaan tapi secara tertib lah. masa ni lah boleh jumpa chaiman depan-depan.

    ReplyDelete
  3. Menarik bila dapat join event macam ni, yang jarang2 dibuat. Macam kat tempat Ai, pernah buat sesi talk with CEO in person.. tiap level jawatan akan diberikan tarikh dan jumpa CEO dan luahkan apa yang nak diluah dan CEO akan bawa ke mesyuarat peringkat atasan. Sama ada luahan itu diambil peduli atau tidak, yang penting dah luah. Nakkan environment kerja yang sihat, jadi pihak atasan kenalah ada ruang 'santai' bersama pekerja bawahan.

    ReplyDelete
  4. Nampak segak bila pakai baju korporat. Best jugak sesi macam ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah