Tuesday, September 9, 2025

Lepak 3 Beranak Di Kopi & Kueh By The Beach PD ~ Bergambar Di Tepi Pantai

Assalamualaikum..

Kita sambung lagi dari entry Lepak 3 Beranak di Kopi & Kueh By The Beach sebelum ni .lepas minum kopi, makan pizza dia...kami pun gerak ke tepi pantai..nak amik gambar dan nak main air kononnya..x sedar tu pakai kasut x sesuai...kang basah satu hal..sebabnya material jenis kain kan...tapi SA puas hati dapat gak hirup udara laut..dapat rasa angin sepoi sepoi bahasa..dan paling best dengar bunyi ombak...i am looking forward untuk  datang semula tapi lama skit..dari pagi ke...mandi laut ke...Ahad atau Isnin la kot...itupun kalau Suami SA nak...hahahah.....

Jom tengok gambar kami..gambar yang sharp dan cantik tu semua dari camera Olympus SA..lama dah x guna..bila guna semula..wow...gambar jadi cantik..now Dania dah expert guna..so...biar dia je la guna...mahal uiii camera tu...nasib digital camera..


Dania suka amik gambar candid


Suami cakap SA dh ketara kurus...jangan la kurus lagi katanya...


Nampak macam dh gelap..tapi sebab cahaya je ni...


SA selfie tapi Dania amik gambar...ni guna Olympus Digital Camera


Ni pun sama..sebab x cukup cahaya


Gambar berdua kena la ada...


One more snap


Eh ada lagi...ni kang sure ada yang email lagi bila tengok gambar kami berdua ni...


Ni candid dari belakang plak


Candid lagi..ni macam tengah gaduh pun ada...hahaha


Ni selfie bertiga..tp dania candid gak


Macam lambat je sunset..

Korang rasa camne? SA dh nampak kurus sangat ke?


Bestnya main jetski


Cantikkan ombak


Area sini pantainya bersih dan cantik..orang x berapa ramai


Gambar ni snap dari hp SA..cantik x?


Bestnya dpt mandi pantai


Selfie kami 3 beranak


Ni hasil selfie..Dania snap dari belakang



Nia xde plak minggu ni..kalau x boleh pi mandi laut....


One more selfie


Dah ...jom la balik...
 

 Muka puas hati dapat pi pantai....

Lepas posing-posing amik gambar...kami pun gerak balik...susah gak nak keluar dari situ sebab kereta dah banyak siap ada yang double park...kena lebih berhati-hati sebab kami nak U-turn ikut jalan kem tentera tu malas nak ikut pekan PD or Lukut..sana boleh tahan jugak jammed...

Kenapa SA suka lepak tepi pantai?

Pantai memang ada “magnet” dia yang tersendiri. Walaupun tak buat apa-apa aktiviti besar, sekadar duduk atas tikar sambil pandang laut pun dah cukup bahagia. Kadang-kadang, kita sendiri pun tak sedar kenapa suka sangat pergi pantai. Tapi bila fikir-fikir balik, inilah antara sebabnya:

1. Suasana tenang
Bunyi ombak macam muzik terapi. Lagi lama duduk, lagi hilang rasa serabut kepala.

2. Angin laut yang segar
Hembusan angin dari laut tu lain macam feel dia. Rasa bebas dan lega.

3. Pemandangan indah
Pantai + matahari terbenam = gambar wajib masuk Instagram.

4. Ruang untuk berfikir
Bila duduk menghadap laut yang luas, terasa masalah hidup tu kecil je sebenarnya.

5. Aktiviti santai
Boleh baca buku, jogging, main pasir, atau sekadar jalan kaki tepi air. Semua buat hati senang.

6. Quality time
Kalau dengan family, boleh berkelah. Kalau dengan kawan-kawan, boleh borak panjang tanpa rasa bosan.

7. Nostalgia
Ramai ada kenangan indah di pantai sama ada masa kecil, bercuti dengan keluarga, atau momen sweet dengan orang tersayang.

Jadi, tak hairanlah pantai selalu jadi “port lepak” kegemaran ramai. Kadang bukan pasal tempat tu je, tapi rasa tenang yang kita dapat tu tak boleh dibeli di mana-mana kan?

Korang macam mana? Ada yang suka lepak tepi pantai?


5 comments:

  1. Bestnya SA dapat bersantai-santai tepi laut. Lama dah tak gi Port Dickson.

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaa......kakmieja nampak mcm belangkas & karang dekat tepi pantai 😍😍

    ReplyDelete
  3. Cie dan anak2 pun suka pantai. Kalau bercuti mesti pilih pantai.

    ReplyDelete
  4. Suka ke pantai, tapi waktu petang dah redup barulah best lepak.

    ReplyDelete
  5. Suka jugak lepak tepi pantai. Pernah terfikir nak pergi pantai sorang diri tapi takut pulak kena sorok. Hahaha.. Sesekali healing tepi pantai tu syok Cuma tidak lah nak stay terus rumah tepi pantai...Just amek angin, amek mood bila keletihan...Kan..

    Cantik gambar dari hp akak tu..Whoa..Digital camera punya gambar pun nice..Lagi lagi bila anak Dara SA yang dah reti guna tu..Hehe..

    SA, kurus camni pun nampak okay sebab SA sederhana tinggi, tak pendek sangat..Saya suka tengok versi SA yang ni!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah