Wednesday, September 3, 2025

Meet & Greet Session With GCEO

Assalamualaikum...

Hari ini menjadi satu tarikh yang istimewa buat kami seluruh warga Malakoff Corporation Beehad apabila menerima kepimpinan baharu. Kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada En. Shahrunizam Shamsudin, yang kini mengambil alih jawatan Group Chief Executive Officer (GCEO) menggantikan MDGCEO sebelum ini.

Kami warga kerja mengalu-alukan kehadiran beliau dan berharap kepimpinan baharu ini dapat membawa nafas segar serta idea-idea inovatif untuk terus memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi.








 
Kami dibekalkan dengan pack food yang merupakan nasi hujan panas dengan 2 jenis protein iaitu ayam masak merah dan daging kicap...alamak SA plak order daging masak kicap dengan ayam masak lemak cili api dengan caterer yang sama untuk esok punya lunch meeting...aduhai...tapi takpe kot..bukan melibatkan semua orang...project team aje kan...

Terima kasih juga kepada MDGCEO yang terdahulu atas segala jasa dan sumbangan sepanjang kepimpinan beliau. Sesungguhnya setiap langkah dan usaha anda telah banyak membantu membentuk organisasi ini menjadi seperti hari ini.

Dengan semangat kerja berpasukan dan sokongan padu seluruh warga, kami yakin organisasi ini akan terus berkembang di bawah pimpinan En. Shahrunizam Shamsudin.

Selamat bertugas dan semoga terus sukses!


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah