Monday, September 1, 2025

Sarapan Nasi Lemak Di Hari Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum...

Pagi ini suasana terasa sedikit berbeza daripada hari-hari biasa. Bukan sebab cuti umum atau ada majlis besar-besaran, tapi kerana hari ini 1 September, ulang tahun perkahwinan kami yang kedua! Cepatnya masa berlalu, rasa macam semalam je SA sibuk dengan persiapan baju, hantaran, dan debaran di pelamin.. 😆😆😆

Sambutan kami? Sederhana saja. Tak ada percutian jauh ke luar negara. Sebaliknya, kami pilih untuk meraikannya dengan cara paling dekat di hati orang Malaysia iaitu sarapan nasi lemak panas-panas di pagi hari. Aroma sambal pedas manis, telur rebus, kacang rangup dan ikan bilis goreng garing memang terasa nikmat. Kadang-kadang, kebahagiaan bukan datang dari sesuatu yang mahal, tapi dari momen kecil yang dirasai bersama orang tersayang.

Kenapa SA masak nasi lemak? Selain ianya merupakan makanan kegemaran suami, puncanya suami mengigau sebut nasi lemak berulang kali masa tidur...boleh plak mengigau ye ..nasib baik bahan semua ada..








 
Sambil menghirup kopi panas, kami bercerita tentang perjalanan tahun kedua sebagai suami isteri. Ada gelak tawa, ada juga kenangan cabaran yang kami lalui sama-sama. Tahun pertama dan kedua memang fasa belajar, belajar sabar, belajar menerima kekurangan, dan belajar menghargai.

SA rasa, pagi ini indah bukan sebab menunya istimewa, tapi kerana momennya. Duduk sekeluarga, menikmati sarapan kegemaran, sambil mengucap syukur atas rezeki dan kasih sayang yang Allah titipkan. Semoga tahun-tahun mendatang juga penuh dengan cinta, doa, dan nasi lemak… hehehe.

Kadang-kadang, kita tak perlu tunggu tarikh istimewa untuk meraikan cinta. Tapi kalau tiba hari bermakna seperti ini, kenapa tidak kita rayakan dengan cara yang sederhana tetapi membahagiakan hati, kan?

Korang sarapan apa pagi ni?

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah