Thursday, October 23, 2025

Bual Bicara Hari Mental Sedunia 2025 Oleh Prof Dr Mohammad Aziz Shah

Assalamualaikum...

Tajuk untuk Bual bicara ni adalah Transformasi Minda Positif Ke Arah Organisasi Cemerlang.

Semalam sempat la dengar talk dari Prof Dr Mohammad Aziz Shah dari Jabatan Psikologi & Kaunseling UPSI...talk atau bual bicara ni bersempena dengan Hari Mental Sedunia 2025. Zaman sekarang terlalu ramai yang menghidapi masalah mental. Antaranya Depression, Anxiety, Panic Attack, MTD, PTSD dan macam- macam istilah lagi yang tak sempat SA catat..peserta pun tak rami..ada yang masih bercuti dan ada jugak yang sedang meeing, outstation dan sebagainya...

Apapun ianya tetap meriah sebab di saksikan juga secara dalam talian..

SA salah seorang yang selalu mengalami panic attack dan anxiety attack...so sesi ni sangat- sanagt membantu SA..jom baca selanjutnya..






 
Ada banyak la cara nak elakkan dari Anxiety ni..

Prof cakap...Gangguan kegelisahan atau anxiety attack boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan pelbagai faktor. Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengetahui cara mengatasi anxiety disorder apabila ia berlaku agar anda kekal tenang.

Pernahkah anda mengalami anxiety attack? Atau anda sendiri tidak sedar bahawa anda sebenarnya pernah mengalaminya.

Kegelisahan atau anxiety adalah satu perasaan yang biasa dialami oleh setiap individu. 

Kegelisahan adalah tindak balas emosi terhadap tekanan yang mungkin dirasai dalam bentuk fizikal atau emosi.

Namun, bagi sesetengah individu, perasaan ini boleh menjadi terlalu kuat atau mendalam dan boleh mengganggu rutin seharian mereka.

Punca anxiety attack
  1. Tekanan kerja
  2. Masalah dalam hubungan
  3. Masalah kesihatan
Antara cara mengatasi anxiety adalah seperti berikut:
  1. Pernafasan dalam: Tarik nafas dalam-dalam, tahan sebentar dan lepaskan secara perlahan. Ulangi langkah ini beberapa kali
  2. Berbual dengan seseorang: Berkongsi perasaan dengan orang yang anda percaya boleh meredakan kegelisahan yang dialami. Anda boleh meluahkannya kepada ahli keluarga atau rakan baik anda
  3. Mengatur semula fikiran anda: Kenal pasti fikiran-fikiran negatif dan cuba tukarkannya kepada perspektif yang lebih positif
  4. Lakukan senaman: Aktiviti seperti berjoging atau berenang boleh mengurangkan hormon stres dan meningkatkan rasa gembira
  5. Teknik relaksasi: Kaedah seperti meditasi atau yoga boleh membantu menenangkan jiwa anda. Bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh cuba berzikir, membaca al-Quran atau bersolat sunat 2 rakaat sebagai kaedah menenangkan diri
  6. Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol: Kedua-dua bahan ini merupakan pantang larang anxiety dan boleh mempengaruhi kadar degupan jantung dan menambah kegelisahan anda
  7. Atur rutin harian anda: Memiliki rutin harian akan memberikan anda rasa teratur dan mengurangkan kegelisahan
  8. Rujuk pakar: Jika serangan kegelisahan menjadi terlalu kerap, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi

Tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang mungkin akan mengalami sesak nafas apabila terlalu gelisah.

Apakah cara mengatasi anxiety sesak nafas ini? 

Pada ketika ini, amat penting untuk anda cuba menenangkan diri dan fokus kepada pernafasan anda

Teknik pernafasan diafragma sangat membantu.

Caranya adalah dengan menarik nafas secara dalam melalui hidung dan pastikan perut anda mengembang.

Kemudian, hembus nafas anda melalui mulut.

Cara hilangkan anxiety attack ini dapat memastikan tubuh anda mendapat oksigen yang cukup dan meredakan rasa sesak nafas yang berlaku.

Jika anda melihat mana-mana individu mengalami sesak nafas disebabkan anxiety attack, ajarkan mereka teknik ini untuk membantu meredakan serangan kegelisahan yang dialami.

Walaupun serangan kegelisahan boleh mengganggu aktiviti seharian kita, dengan pengetahuan dan cara hilangkan anxiety attack yang tepat, kita sebenarnya boleh menghadapinya.

Dapatkan bantuan apabila perlu dan jangan segan untuk berkongsi perasaan anda.

Perlu diingat bahawa kegelisahan adalah sebahagian daripada kehidupan.

Namun, dengan sokongan dan teknik yang betul, kita boleh melaluinya dengan penuh keyakinan

So kalau terasa je nak kena panic attack atau anxiety attack..cepat2 bernafas dengan cara yang betul...lepaskan apa yang bermain difikiran..buat senaman pernafasan ini sampai rasa betul- betul tenang...OK?

5 comments:

  1. Hidup makin keras punca ramai ada masalah mental. Kena jaga mental health kita.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok IG Prof ni. Memang membantu cara control emosi.

    ReplyDelete
  3. terima kasih.. perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Memang bulan kesihatan mental agaknya sebab kat UPM pun ada pasal kesihatan mental ni. Ada kes pelajar ni katanya baru clash dengan girlfiriend dia kemudian dia bunuh diri terjun kondo dia (memang meninggal budak tu).....jadi lecturer ada menasihatkan kelas Dania untuk tengok2 kan kawan yang murung tu takut ada benda buruk berlaku.

    ReplyDelete
  5. Memang banyak masalah yang timbul kalau ada penyakit mental nie, kawan² yang kerja dekat wad PSY hosp, selalunya yang admit tu, bukan calang² orang .kadang tu yang hebat² pekerjaannya..stress dengan beban kerja sampai jadi gangguan mental.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah