Monday, October 20, 2025

Moment Empat Beradik Berkumpul & Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Assalamualaikum

Empat beradik perempuan berkumpul semula selepas lama tak jumpa. Masak mee kari resepi arwah mak, siap sambut birthday tak dirancang! Momen penuh kasih dan kenangan manis. Adik lelaki x balik minggu ni sebab 2 minggu lepas dah balik dah.

Bukan senang nak berkumpul empat beradik perempuan. Ikutkan minggu lepas kami dah plan nak jumpa, tapi adik bongsu kuarantin Influenza A bersama baby dia. Jadi, plan minggu lepas tu kami tangguh ke minggu ni..nasib baik semua free dan dapat juga berkumpul akhirnya!

Antara aktiviti wajib bila dah berkumpul mestilah masak-masak. Kali ni kami pilih nak buat mee kari, ikut resipi arwah mak yang jadi kegemaran keluarga dari dulu. Persiapan awal SA yang uruskan, rebus kerang, potong ayam, cili dan sayur sambil tunggu adik no.4 sampai. Bila semua dah lengkap, teruslah operasi “mee kari warisan mak” bermula! 

Rupanya adik-adik lain pun tak datang tangan kosong. Mereka siap plan nak buat kuih talam dan masak lauk tengahari sekali. Jadinya, meja makan penuh dengan pelbagai hidangan. Ada kari ikan kerapu, ayam goreng, rendang kacang campur hati ayam, sambal udang petai dan macam-macam lagi. Memang meriah suasana dapur hari tu, bau masakan pun semerbak satu rumah.

SA sebak masa ni....bergenang airmata sebab teringatkan arwah mak...kalau arwah masih ada...mesti dia happy tengok anak- anak berkumpul dan cucu-cucu riuh rendah bergurau....ada plak si kecik Tihani tu....meriah dengan suara dia....



Nak isi kerang cantik? rebus dan air dah menggelegak tutup api, terus rendam kerang dalam air ais...cantik la kejadian isi kerang tu macam gambar bawah ni


2kg kerang RM36, beli kat Pasar Besar Seremban


watak ni kena ada sebab dia sebahagian keluarga


dapat beli petai cantik- cantik matanya...adik cakap macam mata SA...sabar jer la


petai...


mee kuning yang dah dicelur


telur rebus, tauge, cili besar


sayur sawi celur


cili oil adik buat


Kuah mee kari


Banyak isinya kan


Kari kepala ikan kerapu


Kari kepala ikan kerapu


Ayam goreng berlada


Sambal udang petai


Rendang kacang buncis campur hati ayam dan isi aam ang dah dipotong kecik




mangkuk SA








Seronok betul bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Tengah sibuk gelak dan borak, tiba-tiba terlintas idea nak sambut birthday kakak Dania dan adik bongsu sekali. SA dan suami pun terus keluar sekejap ke Secret Recipe Centrepoint beli kek. Tak plan pun sebenarnya, tapi itulah yang buat momen ni lebih bermakna, spontan tapi penuh kasih. 

Kadang-kadang moment spontan macam ni lah yang paling kita ingat. Tak perlu tunggu majlis besar pun, asalkan semua ada, borak dan gelak pun dah cukup buat hati tenang. Rasa macam balik ke zaman dulu masa arwah mak masih ada riuh, tapi penuh kasih sayang. 

Harap lepas ni dapat buat aktiviti macam ni lebih kerap. Bukan selalu dapat peluang berkumpul empat beradik, masing-masing pun sibuk dengan keluarga dan kerja. Tapi bila dapat jumpa, memang rasa puas hati perut kenyang, hati pun senang. Kalau boleh nak berkumpul complete 5 beradik la...keluarga kami tak besar tapi kami ada...


2 comments:

  1. Meriah macam2 menu bila berkumpul.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..seronok nya..makan beramai²...moga hubungan adik beradik terus baik..aamin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah