Thursday, October 30, 2025

Dania Melawat Projek Tanaman Rumput Napier Dan Ternakan Burung Puyuh Di Rembau

Assalamualaikum WRT...

SA dapat gambar dari Dania...Hari Isnin Dania dan kawan- kawan ke lawatan Projek Napier dan Projek ternakan Burung Puyuh di Roscorn Agrofarm di Kg Legung Ulu, Kota, Rembau untuk report akhir untuk assignment katanya. Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Usahawan Tani (Projek Tanaman Rumput Napier) dilaksanakan oleh Roscorn Agrofarm dan projek ini merupakan projek dibawah Kementerian Ekonomi.

First Dania dan kawan- kawan melawat projek tanaman rumput Napier. Kalau korang nak tau..Rumput napier, juga dikenali sebagai rumput gajah, adalah sejenis rumput tropika dari Afrika yang banyak ditanam di kawasan tropika kerana ia mampu menghasilkan hasil yang tinggi sebagai makanan ternakan. Ia tumbuh berumpun tinggi, tegap, dan mempunyai batang yang mudah membiak melalui umbisi dan berakar serabut. Rumput ini berpotensi mengurangkan kos makanan ternakan kerana pengeluarannya yang tinggi. 



penerangan oleh pegawai yang bertugas



Ni kawasan ladang dia...luas betul


Menurut Dania, kawasan tanaman rumput Napier ni lebih kurang 30 ekar besarnya..



Terdapat kolam ikan tilapia juga


Cuaca panas ye...


Ada ternakan kerbau juga


sipi2 je dia tinjau




bergambar dengan kawan- kawan


seterusnya mereka ke Projek Ternakan Burung Puyuh. Usahawan burung puyuh ini turut mengusahakan perniagaan burung puyuh frozen..
 

mak aiii...banyaknya...kecik2 je semuanya..Dania tanya pengusaha tu bila diorang ni akan senyap sebab bising..owner projek kata burung puyuh ni takkan senyap...diorang senyap bila capai umur dewasa..ada bahagian puyuh yang berumur 32 hari lagi senyap dan xde bunyi langsung..



tempat minum air


Yang ni umur 10 hari


yang ni 22hari



Ni puyuh yang abru berumur 2 hari


comelnyaaaa...


burung puyuh ni kena duduk bawah haba yang panas dalam bulatan macam ni


So puyuh akan start disembelih apabila mencapai umur 35 hari, kat sini pun di jual pelbagai product sejuk beku...

Ternakan burung puyuh sememangnya mempunyai potensi besar dalam membantu meningkatkan ekonomi pendapatan rakyat, terutamanya bagi usahawan kecil dan sederhana (IKS) di luar bandar. Ini kerana ternakan burung puyuh tidak memerlukan masa yang lama untuk menuai hasil. Burung puyuh frozen juga mempunyai banyak permintaan dia seluruh negara.

Bagusnya Ternakan Burung Puyuh kerana

1. Kos Permulaan yang Rendah
  • Modal permulaan untuk menternak burung puyuh lebih rendah berbanding ayam atau itik.
  • Kos asas termasuk:
  • Pembelian anak puyuh (sekitar RM1.00–RM1.50 seekor)
  • Sangkar, bekas makanan & minuman, dan makanan ternakan.
  • Dengan modal RM3,000–RM5,000, seseorang boleh memulakan ladang kecil 500–1,000 ekor.

2. Pulangan yang Cepat
  • Burung puyuh membesar dengan cepat:
  • Puyuh pedaging boleh dijual dalam 5–6 minggu.
  • Puyuh betina mula bertelur pada usia 6–7 minggu.
  • Seekor puyuh boleh menghasilkan 250–300 biji telur setahun.
  • Ini memberi kitaran tunai yang cepat, penting untuk petani kecil.

3. Potensi Pasaran yang Kukuh
  • Permintaan tinggi di Malaysia bagi:
  • Telur puyuh (untuk restoran, pasar tani, produk jeruk, dan kuih tradisional)
  • Daging puyuh (dalam pasaran segar dan restoran)

Harga pasaran:
  • Telur puyuh: RM0.20–RM0.25 sebiji
  • Daging puyuh: RM2.50–RM3.50 seekor (bergantung kepada saiz dan lokasi)
  • Jika 1,000 ekor menghasilkan 700 biji telur sehari:
  • 700 × RM0.20 = RM140 sehari, atau kira-kira RM4,000 sebulan (sebelum tolak kos).

 4. Peluang Nilai Tambah

Usahawan boleh menambah nilai melalui:
  • Telur puyuh masin, jeruk, atau rebus siap bungkus.
  • Daging puyuh goreng sejuk beku.
  • Baja organik dari najis puyuh.

Ini bukan sahaja menambah margin keuntungan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dalam pemprosesan dan pembungkusan.

5. Kesan Sosioekonomi
  • Membantu mengurangkan pengangguran luar bandar dengan projek berskala kecil.
  • Meningkatkan pendapatan isi rumah B40 dan petani muda.
  • Sesuai digabungkan dalam program kerajaan seperti:
            Agropreneur Muda (MOA)
            Projek Pertanian Bandar
            Skim Pembangunan Ternakan Kecil (DVS)

6. Cabaran yang Perlu Dihadapi
  • Ketidakstabilan harga makanan ternakan.
  • Penyakit dan kebersihan reban.
  • Kekangan pasaran jika tiada rangkaian jualan tetap.
  • Perlu pengurusan rekod dan pemasaran digital yang baik.

Ternakan burung puyuh berpotensi besar membantu ekonomi rakyat, terutama sebagai:
  • Sumber pendapatan tambahan atau utama bagi usahawan kecil.
  • Projek keusahawanan desa dengan pulangan cepat.
  • Komponen penting dalam ekonomi makanan tempatan (food security).

Dengan bimbingan teknikal, latihan pemasaran, dan rangkaian jualan yang baik, industri puyuh boleh berkembang menjadi sektor berimpak tinggi seperti ayam kampung atau ikan keli pada masa dahulu. 

Bagus jugak course Business Management in Agroscience ni erk..mana la tau kalau Dania nak meniaga plak lepas ni..banyak aje peluang perniagaan dalam IKS yang menjadi pilihan masyarakat setempat..antaranya ternakan burung puyuh ni la..modal yang kecil dan ada permintaan yang tinggi...Burung puyuh pun merupakan menu yang menjadi kesukaan ramai, x kira di kedai makan, gerai makan mahupun di hotel- hotel..

Siapa suka makan burung puyuh?

SA suka....kalau dapat salai....masak lemak cili api...campur plak bacang ke, pucuk ubi ke...huiiiii...sodap..burung puyuh salai pun antara makanan favourite arwah Mak SA.....kalau pergi pasar tani memang akan beli. Sekarang dah x murah ye...dulu seekor RM3.50 siap salai depan mata kita..sekarang SA x tau la harganya berapa...


7 comments:

  1. Wahhhh menariknya Dania ada field trip. Nanti Dania saya pun akan field trip ke Dairy Farm di Labis kalau tak silap. Kalau ternakan burung puyuh, kat UPM ni ada. Siap buat jual telur dan burung puyuh siap proses lagi kat Putra Mart. Suka juga burung puyuh dan telur burung puyuh.

    ReplyDelete
  2. Teringat dulu2 org kata "kerja tanam rumput" maksudnya kerja yang tak mendatangkan hasil... nah, terbukti tanam rumput pun ada hasil! 😂
    Baru tau burung puyuh dewasa tak berbunyi. Agaknya kuota bunyi tu dah habis masa dieorang kecik lagi hehe.
    Tak pernah try lagi daging puyuh tapi suka makan telur puyuh. Buat masak sambal sedap 🤤

    ReplyDelete
  3. best je kursus Dania nih kan , banyak projek luar kampus. Comel lah pula anak burung puyuh tu, halus je ye hehe :)

    ReplyDelete
  4. wah... jauh perjalanan banyak pengalaman dania

    ReplyDelete
  5. Wah..
    siap.ada perkiraan...
    Bagus tu...Semoga satu hari nanti Dania juga bisa jadi pengusaha berjaya🤲

    ReplyDelete
  6. Wahhh..menarik ni sis..Sy dh lama x mkn burung puyuh..Biasa mkn puyuh goreng..Telur rebus burung puyuh mkn skali skala je =D

    ReplyDelete
  7. tadi baca kisah dania kat blog ezna, ni baca kisah dania kat blog SA plak hehheh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah